Kerjasama Ph Bn Belum Pasti Menjanjikan Kemenangan Tapi Lebih Berpotensi Menjadikan Umno Dominan


 
4 November 2024

Dua hari lalu di Pulau Pimang, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan tetap bekerjasama dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, kerjasama itu perlu diteruskan demi memastikan kestabilan negara pada masa kini dan pada masa depan.

“Kita telah melihat hasil beberapa pilihan raya baru-baru ini, dan sukar bagi mana-mana parti untuk mendapatkan majoriti yang kukuh.

“Walaupun ada yang berjaya memperoleh majoriti, kemungkinan besar majoriti itu tipis dan mungkin tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan yang stabil,” katanya semasa Program Sesi Temu Bersama Anwar di Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea di sini.

Semalam, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, PRN Sabah ke-17 yang dijangka diadakan tahun depan bakal menjadi ‘makmal’ untuk menguji kerjasama antara PH dan BN.

Pengerusi BN itu berkata, PRN Sabah penting untuk menilai persefahaman bagi menghadapi pilihan raya umum seterusnya.

Katanya, kerjasama PH dan BN menjadi asas kepada pembentukan kerajaan perpaduan dan sewajarnya diteruskan bagi menjamin kestabilan politik.

“Bagi meneruskan kerjasama PH dan BN, kita akan terjemahkannya dalam PRN Negeri Sabah terlebih dahulu.

“Selepas itu, formula yang sama akan kita gunakan untuk bekerjasama dengan lain-lain parti,” tambahnya.

Bolehkah kerjasama PH/BN menjanjikan kemenangan pada PRU16 akan datang dan menjanjikan kerajaan perpaduan dapat dikekalkan?

Mengimbas kembali keputusan beberapa PRK dan PRN di enam negeri tahun lepas, adalah jelas kerjasama PH dan BN belum tentu boleh menjanjikan kemenangan.

Dalam PRN enam negeri misalnya, PKR yang bertanding 59 kerusi,  hanya mampu menang 24 kerusi saja.

PKR juga kalah dalam PRK yang diadakan di Padang Serai, Kuala Terengganu dan Sungai Bakap.

Ertinya PKR yang berjaya mengetuai kerajaan perpaduan dengan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri melalui kemenangan 31 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu (82 kerusi secara keseluruhan oleh PH) tidak membuatkan rakyat menambah sokongan mereka kepada parti itu.

UMNO  pula pada PRN enam negeri bertanding di 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi hanya menang 19 daripadanya.

Pencapaian terbaik UMNO hanyalah di Negeri Sembilan dengan menang 14 daripada 17 kerusi DUN ditandingi. 

Prestasi UMNO di Pulau Pinang dan Selangor kurang memberangsangkan apabila hanya menang dua kerusi saja.

Di Kelantan, parti itu hilang enam kerusi disandang dan kini hanya menang satu kerusi iaitu Galas, manakala di Kedah dan Terengganu, UMNO gagal meraih sebarang kerusi.

Bagaimanapun pada PRK Dun Nenggiri, UMNO berjaya merampas kembali kerusi tersebut dengan cemerlang dan selepas itu menang lagi dengan bergaya di Dun Mahkota, Johor.

Berdasarkan situasi itu, adalah jelas bahawa calon UMNO yang disokong oleh kerajaan perpaduan mula  diterima pengundi berbanding calon PKR yang juga disokong oleh kerajaan perpaduan.

Dengan itu, sama ada PRN Sabah yang dijangka diadakan tahun depan atau PRU16 akan datang, potensi UMNO untuk mampu memenangi lebih kerusi berbanding PKR/PH adalah cerah sekali.

Kejayaan UMNO di Nenggiri dan Mahkota, manakala PKR semakin bertambah undi kalahnya di Sungai Bakap, sedangkan calon yang ditonjolkan boleh dikira memiliki pakej yang lengkap adalah gambaran yang tidak sukar untuk dibaca.

Sebab utama penolakan pengundi kepada PKR ialah kerana prestasi Anwar selaku Perdana Menteri yang terus dipertikaikan, selain banyak janji-janjinya selama ini yang sudah pun dibungkus ikat mati dan dibuang ke tepi tanpa sempat dijadikan kenyataan.

Ditambah lagi dengan prestasi menteri-menteri UMNO yang lebih menyerlah dan boleh buat kerja, manakala menteri PKR sering dicemuh serta dipertikaikan, bukan saja oleh rakyat, malah oleh penyokong parti itu sendiri.

Model dan bekerjasama melalui kerajaan perpaduan bagi menghadapi PRU16 akan datang memang wajar diteruskan kerana melaluinya lebih memungkinkan UMNO/BM mampu memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR/PH berdasarkan kedudukan sebagai anggota kerajaan.

Yang penting, UMNO mesti dominan pada PRU16 akan datang sebagaimana yang sering ditekankan oleh Pengerusi BN, Zahid Hamidi sendiri. – ShahbudinHusin 04November2024.

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/kerjasama-phbn-belum-pasti-menjanjikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xi Jinping Kenang 50 Tahun Hubungan China Malaysia Seru Kerjasama Yang Lebih Erat Pada Masa Hadapan

Xi Jinping Kenang 50 Tahun Hubungan China Malaysia Seru Kerjasama Yang Lebih Erat Pada Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 105 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden China Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat di Beijing China pada 7 November 2024 Foto ReutersBEIJING 7 Nov Presiden Xi Jinping menzahirkan rasa puas hatinya ketika bertemu Perdana Menter...
Beli Ayam Tapi Masak Bila Belum Tahu

Beli Ayam Tapi Masak Bila Belum Tahu

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum WBT SEMPENA perayaan Deepavali FAMA Johor menganjurkan Jualan Kasih Sk baru tahu Jualan Kasih ni memang ada setiap kali sambutan perayaan di negara kita Yang tahu tahulah kan Pak Inche bukan saja beli beras tapi juga bahan b...
Lesti Feat Fildan Lebih Dari Selamanya Chord

Lesti Feat Fildan Lebih Dari Selamanya Chord

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 175 hits
A m G F Fm D F G F G A m A m G F Fm D F G F G A m A m G Ku akan menyayangmu F G A m Sampai waktu memanggilku A m G Se lalu menjagamu F G A m Janjiku pada Tuhanku G Aku terlanjur D A m C Cm A m Teramat sayang padamu G Aku Tak sanggup D F Bil...
Mac Mini Baru Apple Lebih Hebat Lebih Kecil Dan Dicipta Untuk Apple Intelligence

Mac Mini Baru Apple Lebih Hebat Lebih Kecil Dan Dicipta Untuk Apple Intelligence

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 108 hits
29 Oktober 2024 SIARAN MEDIA Mac mini baru Apple Lebih berkuasa lebih kecil dan direka untuk Apple Intelligence Desktop kompak yang serbaguna kini dilengkapi dengan kuasa chip M4 dan M4 Pro serta merupakan Mac pertama yang karbon neutral CU...
Apple Umum Mac Mini Baharu Dikuasakan Cip M4 Dan M4 Pro Saiz Lebih Kecil

Apple Umum Mac Mini Baharu Dikuasakan Cip M4 Dan M4 Pro Saiz Lebih Kecil

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 110 hits
Apple hari ini mengumumkan kemas kini Mac mini baharu yang dikuasakan oleh cip M4 dan M4 Pro dengan rekaan lebih kecil bersaiz 5 5 inci Mac mini M4 Mac mini dengan cip M4 dimuatkan 10 teras CPU 10 teras GPU serta 16 teras Neural Engine Ia d...
Xiaomi Hyperos 2 Rasmi Lebih Berprestasi Lebih Ai

Xiaomi Hyperos 2 Rasmi Lebih Berprestasi Lebih Ai

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 87 hits
Xiaomi telah melancarkan HyperOS 2 sistem operasi terbaharu yang membawa beberapa peningkatan teknologi utama pada peranti di China Antara teknologi utama yang diketengahkan ialah HyperCore HyperConnect dan HyperAI HyperOS 2 kini hadir deng...
5 Hobi Kreatif Yang Bikin Kamu Lebih Produktif Di Era Digital

5 Hobi Kreatif Yang Bikin Kamu Lebih Produktif Di Era Digital

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 146 hits
BloggerBorneo com Di era digital yang serba cepat ini kegiatan yang dulunya hanya sekadar hobi kini bisa berkembang menjadi aktivitas produktif yang penuh manfaat Banyak dari kita yang ingin lebih produktif di tengah kesibukan namun kadang ...
Kos Lawatan Anwar Ke Luar Lebih Rendah Ketimbang Pm Terdahulu

Kos Lawatan Anwar Ke Luar Lebih Rendah Ketimbang Pm Terdahulu

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 103 hits
Kerajaan membelanjakan sejumlah RM13 7 juta bagi menampung kos 39 lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke luar negara sejak dia mengambil alih kuasa pada Nov 2022 hingga Okt tahun ini Hasil daripada perjalanan tersebut Menteri Wilayah Pers...
Lebih 4 Jam Layar Sehari Terkait Dengan Tingginya Kadar Kebimbangan Dan Depresi Di Kalangan Remaja Menurut Data

Lebih 4 Jam Layar Sehari Terkait Dengan Tingginya Kadar Kebimbangan Dan Depresi Di Kalangan Remaja Menurut Data

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 145 hits
Remaja yang menghabiskan empat jam atau lebih di depan layar setiap hari cenderung mengalami kecemasan dan depresi menurut laporan terbaru dari Pusat Statistik Kesehatan Nasional Dalam laporan yang dibagikan oleh agensi tersebut Rabu lalu d...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik