Kerjasama Pelbagai Parti Trend Politik Semasa Berlaku Di Johor Nik Nazmi


 



Pro dan kontra kerjasama politik antara KEADILAN / Pakatan Harapan (PH) dan Umno disensasikan oleh media arus perdana yang menimbulkan kritikan daripada sebilangan penyokong akar umbi, terutama berkenaan rekod buruk Umno yang tidak harus dijadikan rakan politik.





Bagi Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, hubungan dengan parti pesaing sejak 1998 itu belum sampai ke peringkat kerjasama.





Bagaimanapun, beliau tidak menolak usaha ke arah itu kerana pada peringkat kerajaan, Umno telah pun bekerjasama dengan PH dalam pembentukan legislatif di Johor.





"(Soal kerjasama) boleh dibincang, bukan kita kata sudah pasti kerjasama, bukan ada persefahaman, belum ada. Memang wujud kebimbangan.

"Kita tidak mahu menghakis nilai-nilai yang kita bina sebagai KEADILAN. Kita juga mahu mempertahankan PH. Pada masa sama kita juga kena menerima hakikat bahawa konsep kerjasama parti tidak sama seperti dahulu





"Dulu kita lihat parti Perikatan; Umno, MIC, MCA dari awal letak satu calon bertanding dan kemudian mereka terus kerjasama lepas pilihan raya. Di peringkat kita, kita pernah ada Angkatan Perpaduan Umah, Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan PH.





"Tetapi adakah itu satu-satunya model? Di Jerman mereka bertanding semua (parti). Ada Green Social Party ada Christian Democrat. Tetapi selepas pilihan raya jika tak cukup bilang mereka akan cari kawan untuk membentuk kerajaan.





"Misalnya kita lihat (kerajaan) Johor (legislatif), Menteri Besar (MB) Umno, Speaker Amanah, Timbalan Speaker DAP. Di Perak dalam kemelut selepas jatuhnya MB Bersatu, timbul cadangan untuk DAP bersedia sekiranya perlu kerjasama dengan Umno.





"Bagi saya itu bukan suatu yang mustahil malah menjadi trend politik negara, kita bergerak ke arah itu," katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, semalam.





Bagaimanapun, Ahli Parlimen Setiawangsa itu memberi jaminan sekiranya hubungan lebih serius dianjurkan bersama Umno prinsip utama perjuangan Reformasi tidak akan dikompromi.





"Dalam isu rasuah, dalam isu salah guna kuasa, perkara-perkara itu tidak boleh ditolak ansur, KEADILAN juga berpegang kepada Perlembagaan mengenai agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah Sarawak, Raja-raja Melayu dan sebagainya. Tetapi kita juga menekankan kepentingan masyarakat lain. Rakyat Malaysia (kaum) lain sebagimana termaktub dalam Perlembagaan," katanya .





Mengulas mengenai struktur PH yang belum ampuh sebagaimana persediaan gabungan itu ketika melawan BN pada pilihan raya umum (PRU) 14 lalu dengan menetapkan calon PM, Tun Mahathir dan Timbalan PM Datuk Seri Dr Wan Azizah empat bulan sebelum PRU, Nik Nazmi berkata isu tersebut masih diperhalusi. Malah PH juga katanya, tidak membuat kabinet bayangan kerana beberapa perkara yang belum diselesaikan.





"Sebab itu saya dan beberapam pimpinan lain, kami yakinkan Presiden Datuk Seri Anwar, di peringkat Parlimen kita ada jurucakap (bagi membayangi kementerian pemerintah)





"Satu lagi (kabinet bayangan) cara pembentukannya tidak disepakati. Kita mahu fokus supaya ia efektif. Tidak guna ada kabinet bayangan tetapi tidak berfungsi.





"Di United Kingdom sistem shadow cabinet mereka ada peruntukan dipanggil Short Money, ia diberi khusus kerana parti pembangkang tidak ada akses yang sama kepada penjawat awam. Pembangkang ada peruntukan untuk penyelidik, penggubal dasar tetapi tidak ada di sini," katanya lagi.





Ura-ura pembentukan kerjasama antara KEADILAN/PH dan Umno menjadi tajuk utama media sejak wawancara akhbar Utusan Malaysia bersama Datuk Seri Anwar beberapa hari lalu, yang dianggap sebagai tindakbalas KEADILAN kepada 'pembelian' beberapa Ahli Parlimen parti itu menyertai kerajaan memerintah.





Namun dalam penjelasan Pengerusi PH pada 16 Mac lalu, penerokaan hubungan tersebut masih di peringkat awal dan belum ada sebarang kata putus dibuat.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/kerjasama-pelbagai-parti-trend-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Habis Lagi Cerita Pasal Anwar Jadi Pm Move On La Nik Nazmi

Tak Habis Lagi Cerita Pasal Anwar Jadi Pm Move On La Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 261 hits
March 21 2021 Ini Tahap IQ pemuda PKR paling Educate la Dok Sembang pasal PM lagi Bagus lagi Sharil Hamdan dari UMNO Pemuda depa banyak sentuh isu Rakyat Hat UMNO PAS masa langkah Sheraton tarik Sokongan pada Tun Sebab depa tak Boleh terima...
Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 326 hits
PAS tidak mencampuri urusan Umno sekiranya rakan sekutunya itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PKR Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata dalam negara demokrasi kerjasama itu sentiasa terbuka namun PAS tetap berpendirian tidak akan menjal...
Saman Budak 17 Tahun Rm10 Ribu Boleh Nak Bagi 18 Tahun Mengundi Takut Pulak Nik Nazmi Sindir Rais

Saman Budak 17 Tahun Rm10 Ribu Boleh Nak Bagi 18 Tahun Mengundi Takut Pulak Nik Nazmi Sindir Rais

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 347 hits
March 20 2021 Saman budak 17 tahun RM10 000 boleh nak bagi 18 tahun mengundi takut pulak Nik Nazmi
Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dap Langgar Keputusan Parti

Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dap Langgar Keputusan Parti

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 389 hits
bharian com Mac 20 2021 7 55pmIsmail Sabri pada sidang media ketika lawatan kerja di Batalion Kelapan Belas Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Pantai Seberang Takir hari ini NSTP Ghazali KoriKUALA NERUS Mana mana ahli UMNO termasuk pemimp...
Anwar Dijemput Sertai Langkah Sheraton Nik Nazmi Bohong

Anwar Dijemput Sertai Langkah Sheraton Nik Nazmi Bohong

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR Bekas Penyelaras Parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Nik Nazmi Nik Ahmad berbohong apabila memberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput dalam Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada...
Menjelang Pru 15 Majoriti Sokong Kerjasama Politik Umno Ph

Menjelang Pru 15 Majoriti Sokong Kerjasama Politik Umno Ph

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 283 hits
ARIF ATANMajoriti pengguna Facebook dan Twitter bersetuju dengan kerjasama politik antara Umno dan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 ini Keputusan undian atas talian menerusi saluran Facebook Studio Dahsyat malam ini mendapa...
Politik Anwar Digesa Tolak Kerjasama Dengan Kleptokra

Politik Anwar Digesa Tolak Kerjasama Dengan Kleptokra

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 384 hits
Beberapa pemimpin blok pembangkang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com vide...
Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 345 hits
Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Agak terlalu awal un...
Kematian Nik Khatijah Ikram Sedia Beri Kerjasama Kepada Polis

Kematian Nik Khatijah Ikram Sedia Beri Kerjasama Kepada Polis

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 518 hits
FAZLI RADZIPertubuhan IKRAM Malaysia sedia memberi kerjasama penuh dengan polis berhubung siasatan kematian seorang kakitangannya di sebuah rumah di Taman Bangi Jalan Reko Kajang semalam Pejabat Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia da...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap Simple Mudah

Moving House Where My Bank Account Goes To Die

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Tidak Dapat Akses Misteri Di Sebalik Halangan Digital

Myolie Wu 45 Jadi Ibu Kepada Pelakon Cina Berusia 38 Tahun Dalam Drama Terbaru

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik