Kerjasama Pas Umno Rapuh Umpama Chipsmore


MOHD ALI HASHIMJune 26, 2019 10:00 am
Pemimpim Pas dan Umno-BN ketika hadir pada Muktamar Pas ke-65 di Kuantan pada Jumaa lepas.-Foto AStroawani.
Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pas akan membentuk kerjasama dengan Umno bagi menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) ke 15 adalah suatu kerjasama yang rapuh umpama ‘chipsmore’ yang bersifat kejap ada kejap lagi tiada., kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil.

Beliau , sekiranya tahaluf Pas-Umno kukuh, sudah pasti kedua-dua parti tersebut yang mentadbir empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang sudah mampu dirombak komposisi exco bagi membolehkan ianya diwakili oleh kedua-dua parti.
Muhammad Faiz FadzilNamun begitu jelasnya, ia bukannya satu gabungan yang kukuh seandainya tiada rombakan exco dapat dilaksanakan.

“Seandainya kedua-dua parti tidak mempunyai ‘political will’ bagi membentuk kerajaan gabungan kini, ia bukanlah gabungan kukuh yang perlu diberi sokongan oleh rakyat.

“Kerjasama ini juga memperlihatkan kerapuhannya apabila ia hanya melibatkan gabungan dua parti Melayu yang tidak mewakili kaum lain dalam negara ini, sedangkan politik negara ini perlu berlatarbelakangkan kemajmukan masyarakat.

“Oleh kerana itu, gabungan politik ini lebih bersifat perkauman dengan kedua-dua parti sejak kebelakangan ini sering memainkan isu sentimen Melayu meskipun pembangunan negara perlu diasaskan oleh tadbir urus yang baik serta keadilan sosial dan ekonomi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, negara yang berlatarbelakangkan masyarakat majmuk memerlukan apa sahaja dasar pentadbiran dan model ekonomi yang dirangka hendaklah atas premis keadilan kepada semua kaum.

Tambahnya, setiap rakyat berhak untuk diberikan peluang pendidikan, pekerjaan, perumahan dan kualiti hidup yang adil tanpa mengambil kira latar belakang kaum dan agama.

Sehubungan itu katanya, rakyat tidak boleh menyokong gabungan politik yang membawa agenda perkauman mengatasi agenda perubahan.

“Sentimen perkauman yang sedang dicanang oleh Pas-Umno akan membangkitkan kebencian kaum yang lebih parah serta boleh mengancam keharmonian kaum dan kemakmuran negara yang sedang dibina oleh kerajaan PH kini.

“Piagam kerjasama Pas-Umno yang bakal dibentuk tidak lama lagi tidak berpremiskan kepada agenda ekonomi dan rakyat, sebaliknya agenda perkauman dan kebencian yang tidak memberikam manfaat kepada negara terutamanya masa depan generasi muda.

“Justeru itu, ahli dan penyokong Pas serta Umno perlu membuka mata sebesar-besarnya bagi menilai keikhlasan dan keutuhan gabungan politik tersebut, ” saran beliau,

Maka itu kata Faiz, kegagagalan Pas untuk menentang kebatilan dan penyelewengan Umno yang dahulu banyak menzalimi dan mendiskriminasi Pas tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

“Ahli Umno pula tidak harus lupa fahaman mengkafirkan Umno sebelum ini.

“Gabungan politik ini yang mana telah pun diuji sebelum ini dengan isu RUU 355 ternyata tidak berjaya dilluluskan di Parlimen memperlihatkan gabungan ini hanya mementingkan diri sendiri seperti ular sawa yang akan membelit mangsanya apabila mendapat peluang.

“Ia bukannya satu agenda politik yang sihat untuk pembangunan negara dan kemakmuran rakyat,” ujarnya lagi.

Faiz juga menyatakan bahawa ahli Pas dan Umno berhak untuk memilih samada menyertai mana-mana parti gabungan dalam PH setelah terbukti bahawa ia lebih kukuh dan inklusif serta mempunyai agenda politik yang lebih jelas untuk membawa perubahan dan islah dalam negara.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/kerjasama-pas-umno-rapuh-umpama-chipsmore/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/kerjasama-pas-umno-rapuh-umpama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Jadi Kafir Jika Kerjasama Dengan Umno Kata Pm

Pas Jadi Kafir Jika Kerjasama Dengan Umno Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 316 hits
June 23 2019 10 19 PMDr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja 4 hari sempena Sidang Kemuncak Asean ke 34 di Bangkok hari ini BANGKOK Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti meng...
4 Garis Panduan Kerjasama Umno Pas Mohon Hadam

4 Garis Panduan Kerjasama Umno Pas Mohon Hadam

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 307 hits
Majlis Syura Ulamak menetapkan empat perkara yang perlu dipatuhi dalam garis panduan kerjasama antara Pas dan UMNO Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata antaranya ialah segala polisi dan dasar kerjasama kedua dua parti h...
Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 389 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti mengisytiharkan Umno sebagai parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik dengan parti pembangkang itu Dengan nada sinis perdana menteri berkata PAS sebelum ini mengisytihark...
Majlis Syura Ulama Luluskan Kerjasama Politik Pas Umno

Majlis Syura Ulama Luluskan Kerjasama Politik Pas Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 346 hits
KUANTAN Majlis Syura Ulama PAS sudah meluluskan tiga jenis hubungan kerjasama yang bakal dimeterai dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan tiga jenis hubungan politik itu ialah...
Dewan Ulama Pas Pusat Lulus Usul Kerjasama Dengan Umno

Dewan Ulama Pas Pusat Lulus Usul Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 340 hits
Dewan Ulama Pas Pusat menyokong kerjasama dengan Umno dengan meluluskan dua usul berkaitan taawun siyasi dengan Umno pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke 58 di Wisma Belia di sini semalam Usul berkenaan diterima sebulat suara perwakilan...
Muktamar Ke 65 Mampukah Kerjasama Pas Umno Tewaskan Ph

Muktamar Ke 65 Mampukah Kerjasama Pas Umno Tewaskan Ph

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 436 hits
Muktamar ke 65 Mampukah kerjasama Pas Umno tewaskan PH Posted By on June 18 2019ANALISA Analisa awal Muktamar Pas kali ke 65 yang berlangsung pada minggu ini menunjukkan isu utama kerjasama Pas Umno yang bakal dibahaskan oleh para perwakila...
Pedulikan Sindiran Dr Mahathir Perkukuhkan Kerjasama Umno Pas

Pedulikan Sindiran Dr Mahathir Perkukuhkan Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 315 hits
Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu PAS supaya mengesahkan terlebih dahulu UMNO adalah parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik hanya bertujuan memecah belahkan kerjasama UMNO PAS kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Sh...
Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tempat Paling Misteri Di Dunia Yang Ke 3 Masih Jadi Tanda Tanya Saintis

4 Cara Mudah Nak Bezakan Samaada Telur Segar Atau Tidak

Pulang Ke Luar Negeri

Biodata Rita Nadira

Biodata Anna Jobling Pelakon Model Popular Malaysia

Kilafairy Terus Istiqamah Bertudung Doakan Saya Terus Kuat