Kami singgah sarapan di Old Town White Coffee.Tak ingat dah air apa ni...Dah dekat seminggu berlalu.
Mama Yan order nasi lemak,Suami pula makan roti bakar je.Masa waitress tu hantar makanan,Dia letak nasi lemak kat depan suami MY,Roti bakar dia letak depan Mama Yan,Lepas adik waitress tu beredar,Suami MY cakap, mesti adik ni belum kahwin.Kalau dah kahwin,Mesti dia letak nasi lemak ni depan isteri.Orang perempuan ni,Masa belum kahwin,Makan sikit je... kontrol ayu..Lepas 5 tahun kahwin,Hilang ayu..Masuk 15 tahun kahwin...Makanan anak tak habis, semua mak yang sapu...Hahahaha...Memang la...sayang kot makanan tak habis.
Ini la makan tengahari kami berdua hari tu.Padahal kat rumah lauk ayam goreng jugak.Cuma kami yang tak sempat nak makan sebelum keluar semula.Kedai makan ni jual lauk ayam goreng yang digoreng menggunakan dapur kayu.Sebenarnya biasa biasa je rasa dia..Tapi orang ramai sentiasa.Kami pergi ni dah lewat juga. dalam pukul 2.30 rasanya.Hujan lebat berangin.Rasa nak terbang bumbung zink kedai tu.Makan je lah laju laju...Harap harap takde apa lah yang jadi.
Selesai makan,pergi ambil cat kat kilang Nippon.Cat ni semua nak dihantar ke Mersing,Bukan takde cat yang dijual di Mersing,ada...banyak...bukan harga yang jadi masalah..Tapi..Kalau kita beli cat di luar dari kilang Nippon,Kalau Nippon tahu,Nippon akan void warranty.Bila takde warranty dari pengeluar cat,Bangunan susah nak serah nanti.Tu je lah masalah dia.Ada la orang ajar cara lain untuk dapat warranty.tapi taknak gunalah.Setakat ni masih selesa bekerjasama dengan Nippon Paint.Dan tak mahu rosakkan kerjasama yang baik selama ni|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |