Makan Tengahari Di Warung Boyan
Assalamualaikum wbt
SEJAK tengahari semalam, Iman dah balik dari asrama. Pagi, cuma masuk 50 minit kuliah secara dalam talian. Kemudian, dah habis kuliah. Tugasan belum ada lagi. Jadual kuliah Iman, seciput sana, seciput sini. Tapi, tertakluk pada perubahan la. Mungkin akan datang ada penambahan.
Sempena perayaan Deepavali Isnin depan, kelas pada hari ahad, juga diadakan secara dalam talian. Ramai pelajar yang mengambil kesempatan pulang ke pangkuan keluarga walaupun cutinya hanya sehari pada isnin. Tapi, campur Jumaat, Sabtu, dapatlah emoat hari. Pensyarah pun faham, tu agaknya tak buat kelas bersemuka. Semalam, Iman minta hantarkan seorang kawannya ke Larkin Sentral yang hendak pulang ke Jengka, Pahang. Kemudian kami ke Warung Boyan untuk makan tengahari. Macam biasalah jika ke sini, Iman makan Nasi Ayam Penyet
Berkilat muka lepas minggu orientasi dan kadang berjemur semasa menunggu bas. Boleh nampak belang kat dahi dan pipi bila buka tudung, hahaha. Bertabah ajelah Iman. Tu nasiblah muka tak berjerawat macam Sk dulu. Sk punya jerawat dulu.. yassalammmm. Tu takpa, mulut orang macam longkang kan, kalau nampak orang jerawat, mulalah tuduh kita kuat berangan, mitos
Nasi Rawon untuk maknya. Merah muka makan, hahaha. Apa ketidaknya, sup tu panas berempah campur dengan sambal yang pedas berdesing tu... tapi, sedapppp. Sambal nasi ayam penyet Iman pun sedap la semalam. Minta sambal lebih pun tak lokek la dia nak bagi. Suka makan kat sini tapi masalahnya depan tu sekolah, jadi faham-faham sajo laaa.. nak parking susah
Tepek menu dan senarai harga makanan kat sini. Bolehlah bandingkan dengan harg sebelum ni atau akan datang sama ada, ada kenaikan atau tidak. Tanya Iman, nak sate tak, dia kata tak nak. Makan nasi ayam penyet pun dah kenyang banget, mana nak sumbat sate kan.. fuhhhhh.. selamattttt.. hahahaha
HARGA LAMA WARUNG BOYAN DI SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/10/makan-tengahari-di-warung-boyan.html