Makan Sup Tulang Di Restoran Tom Yam Ainoni
Assalamualaikum wbt
MALAM tadi Pak Inche ajak makan di luar walaupun Sk tawarkan untuk masak. Selain tu, ada baki Mee Sanggul Daging Goreng Pedas dan sebungkus Laksa Penang yang dia beli di pasar malam Isnin lepas. Pun tak nak. Dah lama tak makan kat Restoran Chinese Muslim Yeo di Gelang Patah, katanya. Hurmmm, jauh tu satu hal, dahlah berdua aje. Kesian Iman, hehe. Lepas tu, suruh Sk bawa kereta. Kalau suruh Sk, jangan ngada-ngada nak sampai Gelang Patah, makan kat Kangkar Pulai sudah, hahahaha. Jadi, kami ke Restoran Tom Yam Ainoni yang pernah Sk CERITAKAN DI SINI.
Kerabu Mangga. Setiap kali pesan Kerabu Mangga, kami akan ingatkan agar jangan letak ikan bilis. Kami makan ikan bilis dengan nasi lemak, jemput-jemput atau sambal tumis aje. Kalau letak dalam kerabu mangga, kami kurang gemar.
Pak Inche ni suka makan benda yang masam-masam mengalahkan perempuan. Sk ingat lagi masa sama pejabat dengan Pak Inche, kawan-kawan perempuan yang sepejabat dengan dia, suka simpankan dia asam sebab dia suka makan. Sekarang pun rasanya masih macam tu. Di pejabat Sk sekarang, Pak Inche seekor jer kumbang, yang lain bunga. Tapi semua bunga dah kembang la, tak ada yang kuncup.. hehehe
Maaf ya, kembang tu maksudnya dah berkahwin, bukan gemuk. Terasa tau i
Keterujaan setiap kali nampak makanan terhidang depan mata. Kadang-kadang kena jerit dulu beritahu nak ambil gambar. Tengok gaya macam dah seminggu tak makan, hahaha. Sebenarnya, siang tu, Pak Inche ada perjumpaan makan tengahari, makannya berhidang tapi dia dapat nasi ciput, nak mintak tambah segan, tu yang dia geram tu, hahaha
Sup Tulang, mintak dia buat pedas. Agaknya, siap masak baru dia campak cili api merah Bangladesh tu. Memang sipi-sipi pedasnya, tidaklah terlampau. Berdesing jugak tu kalau bercampur semua dalam sup. Sedap sangatlah sup dia, bolehlah jika nak bersaing dengan Restoran Senoko
Nasi Putih 2Sup TulangSotong SambalSotong Goreng TepungBaby Kailan Goreng (ada sotong)Telur DadarKerabu ManggaAis Limau 1Ais Kosong 1
Jumlah RM52
Berbaloilahkan sebab orang belanja.. hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/10/makan-sup-tulang-di-restoran-tom-yam.html