Kerja Rumah Memang Takkan Pernah Habis Bersabarlah Dalam Uruskan Rumahtangga



Memang benar kerja rumah memang takkan pernah habis. Mesti ada sahaja kerja yang nak dibuat. Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak yang masih kecil, penatnya memang berganda

Oleh itu pengurusan masa dalam menguruskan anak-anak dan kerja rumah sangatlah penting. Tak perlu serabut, tertekan mahupun stres. Mak-mak perlu tenang-tenang sahaja, uruskan segalanya dengan tersusun, insya allah segala urusan rumahtangga akan jadi lebih mudah

Perkongsian daripada Puan Najibah Mustaffa ini tentang kerja rumah ada benarnya. Semoga menjadi panduan

Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan

Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya

Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan

Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan


Silap-silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu

Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi-lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa

10 Tip Tenang Urus Rumahtangga
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan-rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja. Insyaallah tips ini membantu ibu rasa kuat, tersusun dan kurang terluka seperti dalam gambar itu

1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting

Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan ada zikir tertentu yang kita amal. Ia beri tenaga luarbiasa kepada jiwa kita masyaallah. Biiznillah

Ibu ibu, jika tak jaga perkara ini, kita akan mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian. Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing

2. Kuatkan Fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira

3. Jaga Kesihatan Mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan

4. Bab Memasak Dan Makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri untuk setelkan kerja rumah. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain

Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan

5. Pengurusan Bahan Dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam

6. Pengurusan Rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju

7. Pengurusan Anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama

8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je

9. Mindset dan Rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis

10. Nikmati Dan Bina Pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya

Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga, selesaikan kerja rumah di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc

Ibu ibuTenanglah yaDan berbahagialah

Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan bantu soal kerja rumah dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita

Lain padang lain belalang
Lain orang lain pandangan
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya

Najibah MustaffaSurirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014

Sumber: Najibah Mustaffa via Mingguan Wanita

from Sehinggit Media https://ift.tt/2TvW2Cc
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/03/kerja-rumah-memang-takkan-pernah-habis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Masa Knduri Tuan Rumah Mnangis Bila Tok Guru Salam Beritahu Minta Maaf Banyok Ambo Takdok Duit

Pernah Masa Knduri Tuan Rumah Mnangis Bila Tok Guru Salam Beritahu Minta Maaf Banyok Ambo Takdok Duit

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 531 hits
Pada 12 Februari lalu genap lima tahun pemergian Almarhum Tuan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menghmbuskan nfas terakhir ketika usianya 84 tahun Pmergian Allahyrham tokoh ulama dan ilmuan agama ini ditangisi jutaan rakyat tanpa mengenal batas ...
Habis Tu Nak Suruh Tupai Pergi Interview Kerja Ke Hanat Pekebun Seksa Tupai Kerana Tebuk Buah Durian Diselar Netizen

Habis Tu Nak Suruh Tupai Pergi Interview Kerja Ke Hanat Pekebun Seksa Tupai Kerana Tebuk Buah Durian Diselar Netizen

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 563 hits
Habis tu nak suruh tupai pergi interview kerja ke hanat Pekebun seksa tupai kerana tebuk buah durian diselar netizenKejam dan tidak berperikemanusian Itulah ayat yang sesuai diberikan kepada pelaku ini Haiwan sekecil tupai ini dianggap sepe...
Anies Izinkan Pns Alami Gejala Mirip Corona Kerja Di Rumah Gaji Tkd Tak Dipotong

Anies Izinkan Pns Alami Gejala Mirip Corona Kerja Di Rumah Gaji Tkd Tak Dipotong

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 160 hits
Selama menunggu hasilnya PNS tersebut bisa mengisolasi diri Orang tersebut kata Anies harus mengikuti semua instruksi dari pihak kesehatan
Boleh Kaya Ke Kerja Dari Rumah

Boleh Kaya Ke Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 307 hits
Mungkin topik ini ramai yang tidak percaya kerana bagi sesetengah pihak tiada yang mudah di dunia ini Untuk menjana pendapatan kita perlu bekerja keras dan terpaksa mengorbankan sesuatu demi sesuatu Tapi itu adalah minda pemikiran orang zam...
Dalam Diam Jatuh Cinta Kisah 2 Suami Cuba Mengorat Isteri Mereka Ini Memang Sweet Habis

Dalam Diam Jatuh Cinta Kisah 2 Suami Cuba Mengorat Isteri Mereka Ini Memang Sweet Habis

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 361 hits
Manis manis belaka img alt 7fae157f8aa85772640f366a3271d6d1 src https images says com uploads brand avatar 379 7fae157f8aa85772640f366a3271d6d1 png img Published for ECOWORLD 12 Mar 2020 06 42 PM small Cover image via Joshua Koh Photography...
Tertekan Kerja Kerja Pembinaan Suri Rumah Fail Saman Rm5 5 Juta

Tertekan Kerja Kerja Pembinaan Suri Rumah Fail Saman Rm5 5 Juta

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA TERENGGANU Tertekan dengan kerja kerja pembinaan berhampiran sehingga mengakibatkan rumah didiami rosak teruk selain berdepan masalah debu dan bunyi bising berterusan sejak lima tahun lalu seorang suri rumah memfailkan saman terhadap ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut