Kerja Part Time Sebagai Penulis Blog Boleh Dapat Income Rm100 Rm500 Setiap Bulan


Adakah anda memerlukan pendapatan tambahan?
Anda ada terfikir nak buat kerja part time bagi menampung keperluan perbelanjaan anda?
Adakah komitmen kewangan anda semakin hari semakin bertambah?
 
Jika jawapan anda adalah ya, bagi mana-mana satu persoalan diatas, mungkin anda boleh luangkan sedikit masa untuk membaca perkongsian saya ini.
 
Manalah tahu, selepas ini anda akan dapat idea yang bernas, untuk anda mulakan langkah pertama anda bagi mencipta pendapatan tambahan.
 
Biasanya, respon biasa bagi mereka yang ada masalah kewangan dan memerlukan pendapatan tambahan ini adalah, cari kerja part time.
 
Ini adalah langkah dan usaha yang baik, berbanding hanya mengeluh tapi tak melakukan sebarang usaha untuk meningkatkan ekonomi. Perbincangan kali ini, saya sebenarnya nak bercerita mengenai kaedah untuk menghasilkan pendapatan tambahan sebagai penulis blog.
 
Ya, kita buat kerja part time sebagai penulis blog.

Jangan tak tahu, kalau jadi penulis blog, anda juga berupaya untuk hasilkan pendapatan sekitar RM100 – RM500 setiap bulan. Sebenarnya, aktiviti blogging ini, jika dibuat dengan teknik dan strategi yang betul, anda juga berupaya untuk hasilkan pendapatan yang berkali ganda lebih tinggi dari itu.
 
Tapi sebagai permulaan, apa kata kita target satu jumlah yang tak terlalu tinggi, dan tak mustahil untuk dihasilkan.

 
Kalau anda ada komputer atau laptop dan dekat rumah tu pula ada sambungan internet yang bagus, anda sangat bertuah, sebabnya anda tak perlu susah payah nak cari kerja part time diluar.
 
Gunakan sahaja kelengkapan yang memang dah tersedia dekat depan mata tu untuk buat kerja sambilan hanya dari rumah.
 
Dalam posting ini, saya akan kongsikan kepada anda, cara-cara untuk membina sebuah blog yang berjaya dan mampu untuk menghasilkan pendapatan yang konsisten dalam masa yang singkat.

Saya pernah menulis sebuah blog yang mana dalam blog tersebut, saya bercerita mengenai
1. Aktiviti-aktiviti yang saya lakukan semasa bercuti
2. Tempat-tempat menarik yang saya kunjungi
3. Restoran dan tempat makan yang best
4. Pengalaman menginap di hotel atau homestay yang saya pilih
 
Pada mulanya saya anggap blog tersebut hanya sebagai sebuah travelog yang merekodkan pengalaman percutian saya sebelum ini. Kalau sekadar merakamkan gambar, saya rasa akan ada banyak perkara yang saya akan lupa satu hari nanti.
 
Jadi saya mula merekodkan pengalaman pergi bercuti tersebut dalam bentuk artikel dan seterusnya saya siarkan dalam blog.
 
Pada satu hari, kewujudan blog saya ini mula disedari oleh syarikat yang menjalankan perniagaan dalam industri pelancongan.
 
Lalu mereka mula hubungi saya untuk meminta bantuan saya supaya menulis tentang perniagaan yang mereka jalankan. Salah satu bisnes yang mereka lakukan adalah bisnes kereta sewa di Kota Kinabalu.
 
Ini pula adalah artikel yang saya tulis untuk syarikat kereta sewa tersebut.
Baca disini: Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu, Sabah
 
Anda nak tahu berapa bayaran yang mereka sanggup bayar untuk servis menulis artikel promosi seperti ini? Mereka sanggup bayar tidak kurang daripada RM100 untuk dapatkan khidmat pemasaran melalui penulisan di blog.
 
Anda rasa, RM100 untuk bayaran upah menulis artikel blog tu, mahal ke murah?
Mahal atau murah itu sebenarnya adalah subjektif.
 
Apa yang anda rasakan sebagai mahal, mungkin murah bagi orang lain. Selain melihat dari sudut harga, ia juga perlu dilihat dari perspektif sama ada penulisan tersebut berupaya untuk memberi impak positif terhadap perniagaan yang dijalankan, dan seterusnya membantu syarikat tersebut dalam menghasilkan jualan.
 
Tak lama selepas itu, syarikat yang sama mula menghubungi saya semula untuk dapatkan khidmat penulisan yang lain pula. Kali ini, mereka bukan sekadar mahukan saya menulis tentang bisnes kereta sewa yang mereka jalankan, sebaliknya mereka ingin saya promosikan juga pakej percutian yang mereka tawarkan.
 
Kemudian, apabila saya semakin aktif menulis dan menghasilkan konten di blog, muncul pula syarikat lain yang turut menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pengiklanan dari saya. Mereka meminta saya untuk menulis tentang perniagaan yang mereka jalankan di blog saya.
 
Berapa bayaran yang saya tetapkan, mereka akan ikut tanpa banyak soal.
 
Sudah tentu, bukan semua tawaran job penulisan akan saya terima. Mana-mana job yang saya rasakan kurang sesuai, saya akan tolak.
 
Satu masa dulu, ketika saya masih baru dalam bidang penulisan ini, saya agak takut-takut nak kenakan bayaran. Saya pernah caj sekadar RM20, RM35, RM50 dan RM70 untuk servis menulis sebuah artikel.
 
Dari apa yang saya pelajari dari pengalaman yang lalu, harga murah bukanlah jaminan untuk saya dapat banyak job penulisan.
 
Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, saya pernah tawarkan harga serendah RM5 sahaja untuk iklankan bisnes milik para pelanggan saya dalam blog ini. Iklan yang saya maksudkan ini adalah dalam bentuk advertorial, dan bukannya sekadar banner display ya.
Baca juga: Apa itu iklan Advertorial?
 
Walaupun saya tawarkan harga yang sangat murah, tak ramai yang rebut peluang ini. Mungkin mereka tak nampak apa sebenarnya yang saya tawarkan.

Kemudian, dalam banyak-banyak orang yang rebut peluang ini, ada yang bersikap acuh tak acuh. Ada antara pelanggan saya, yang sudah buat bayaran sebanyak RM5, kemudian menghilangkan diri. Satu info tentang bisnes yang dia nak saya promosikan pun dia tak bagi.
 
Sudah tentu saya tak boleh nak mula menulis, kalau saya langsung tak ada sebarang maklumat mengenai bisnes yang beliau jalankan. Saya tunggu dan terus menunggu. Manalah tahu kalau nanti dia akan hubungi saya semula dan berikan maklumat yang saya perlukan.
 
Ada juga yang lebih kelakar, siap minta refund pun ada. Ah… suka hati dia la. Bukan saya yang rugi. (saya cuba memujuk hati)
 
Tapi sekarang ini, saya dah tak berminat nak letak harga yang murah-murah. Bila letak harga yang murah-murah ni, pelanggan yang saya dapat ada yang jenis mengarut.
 
Saya baru buat satu artikel terus tak sabar nak minta hasilnya.
 
Adakah dia fikir, bila dia bayar RM5 kepada saya sebagai upah penulisan, kemudian mengharapkan yang dia akan dapat pulangan RM20, RM50 atau mungkin RM100 dalam masa yang singkat?
 
Itu semua merupakan kenangan pada masa dulu.
 
(1) Kerja part time menulis blog Saya mula menulis blog sekitar tahun 2009. Pada masa tu, saya masih lagi menuntut di UiTM Malaysia. Bila ada masa terluang, saya akan menulis di blog tersebut.
 
Saya tahu, ada kawan-kawan yang bekerja part time di restoran makanan segera untuk dapatkan pendapatan tambahan sewaktu zaman belajar. Ada juga yang buat kerja part time setiap kali cuti semester.
 
Tapi saya tak buat begitu. Lagipun saya tak jumpa kerja yang sesuai, yang boleh saya lakukan mengikut kesesuaian dan jadual saya.
 
Akhirnya saya cuba buat duit sebagai penulis blog.
 
Percubaan kali pertama menulis blog, berjaya membuahkan hasil. Itupun setelah hampir setahun menulis. Maklumlah, pada waktu tu, saya tak mempunyai strategi dan formula menulis blog yang betul.
 
Tapi, kalau saya boleh kembali ke masa lalu dengan pengetahuan yang saya ada pada hari ini, mungkin saya hanya perlukan 3 ke 4 bulan sahaja untuk mula menghasilkan pendapatan yang konsisten dari kerja-kerja menulis blog secara part time.
 
(2) Kelebihan bekerja part time sebagai blogger Apakah kelebihan bekerja sebagai penulis blog part time ini?
 
Sebenarnya kelebihannya memang sangat banyak. Mari kita bincangkan satu per satu.
 
2.1 Masa kerja yang fleksibel
Sebagai penulis blog, anda boleh tetapkan masa kerja anda dan dari mana anda ingin bekerja.

Berkemungkinan, dalam sehari anda hanya ingin bekerja selama 2 jam sahaja maksimum.
 
Maka apa yang anda perlu buat ialah, buka laptop anda, login ke sistem blog anda dan mula menulis.
Cukup 2 jam, anda boleh berhenti menulis dan sambung keesokkan hari.
 
Bercakap mengenai soal masa bekerja ini, tak semestinya anda perlu habiskan dua jam sekali gus. Mungkin anda boleh peruntukkan satu jam pada waktu pagi, dan satu jam lagi pada waktu malam.
 
Kemudian pada hari anda cuti, waktu itu anda boleh luangkan lebih banyak masa untuk buat kerja parti time sebagai blogger ini.
 
Sambil-sambil anda makan sarapan pagi, anda ambil sehelai kertas dan mula buat mind map, apa topik yang anda nak tulis dalam blog nanti.
 
Cuba buat brainstorming dan tulis satu atau dua point. Lepas tu, simpan kertas tu ditempat yang mudah anda capai dan sambung nanti.
 
Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, jika ia tak mengganggu, anda sambung lagi sesi brainstorming.
 
Biasalah dalam satu artikel, kena ada pendahuluan, isi-isi penting dan seterusnya penutup. Apabila anda rasa dah cukup point, boleh berhenti ataupun mungkin dah boleh mula merancang untuk tulis artikel yang lain pula.
 
Ini adalah proses yang saya sendiri gunakan bagi menghasilkan artikel. Ini contoh mind map yang saya buat di atas kertas A4.

Ya tulisan saya memang buruk, dengan ejaan banyak yang salah. Tapi peduli apa kan. Ini cuma draf dan lepas ini saya akan buang kertas ini. Yang penting adalah apa yang bakal saya terbitkan dalam blog saya nanti.
 
Bila saya dah ada draf macam ni, bila dah duduk depan laptop, kerja-kerja penulisan akan jadi lagi mudah. Saya tak perlu nak merenung ke skrin putih dengan jiwa kosong tak tahu nak tulis apa.
 
Saya hanya perlu tulis apa yang telah saya coretkan dalam mind map ini dalam bentuk artikel dan ayat yang lengkap. Itu sahaja. Saya rasa teknik yang saya pakai ini sesuai dengan saya dan ia menjadikan kerja-kerja penulisan di blog jadi lagi mudah.
 
Tapi ini merupakan cara lama yang agak perlahan dalam proses membina artikel.
Tahukah anda sekarang ini kita dah ada teknologi baru, yang boleh kita gunakan untuk buat artikel blog yang lebih berkualiti dengan masa yang lebih pantas.
 
Jawapannya adalah dengan menggunakan teknologi Artificial Intelligence.

Boleh gunakan ChatGPT dari Open AI
Atau teknologi BARD yang dibangunkan oleh Google.
 
Teknologi AI ini sangat membantu dalam proses untuk menghasilkan artikel blog yang lebih berkualiti. Saya juga memanfaatkan teknologi ini dalam fasa untuk membuat kajian diinternet.
 
2.2 Kebebasan
Anda adalah bos untuk diri anda sendiri. Anda sendiri yang pilih, apakah topik yang anda ingin tulis pada setiap hari.
 
Tiada siapa yang akan beri arahan atau menyuruh anda lakukan perkara yang anda tak suka untuk buat.
 
Walaubagaimanapun, anda perlulah bijak dalam memilih topik. Pilih topik yang ada nilai komersial. Barulah ia ada potensi untuk memberikan pendapatan kepada anda.
 
2.3 Menyerlahkan daya kreativiti
Blog membenarkan anda untuk bebas menghasilkan sebarang karya penulisan mengikut daya kreativiti anda. Lagi kreatif anda menghasilkan konten, lagi baik hasil kerja yang anda boleh hasilkan.
 
2.4 Pelbagaikan sumber pendapatan
Melalui platform blog, anda juga boleh mempelbagaikan sumber pendapatan.

Pendapatan yang bakal anda hasilkan tidak terhad semata-mata melalui servis penulisan artikel advertorial semata-mata. Anda boleh terokai lain-lain sumber pendapatan, misalnya seperti melalui
1. Program pengiklanan
2. Program affiliate
3. Program Network marketing
4. Penjualan produk digital
5. Sewaan tapak pengiklanan
 
Ya, ada banyak lagi cara yang anda boleh lakukan untuk buat duit menerusi blog. Perkara ini kita akan bincangkan dengan lebih lanjut dibawah nanti ya.
 
2.5 Perkembangan peribadi
Bila kita jadi penulis blog, secara tak langsung kita akan jadi seseorang yang peka dengan isu yang sedang hangat diperkatakan disekeliling kita.
 
Kita juga akan mula menjadi seorang yang gemar membaca. Bahan bacaan ini ada macam-macam, ia boleh jadi dalam bentuk artikel blog, buku, ebook dan sebagainya.
 
Lagi banyak yang kita baca, lagi banyak perkara yang kita akan mula tahu. Ini sedikit sebanyak sangat memberi kesan terhadap pembangunan diri.
 
2.6 Bina networking
Kerja-kerja penulisan blog ini juga membantu dalam membina networking dan kenalan baru.
 
Apabila konten dalam blog anda sudah semakin banyak, orang akan mula kenal dan sedar kewujudan anda. Ada antara pembaca anda yang akan minat untuk berkolaborasi dan membina networking dengan anda.
 
2.7 Pembinaan jenama
Satu hari nanti, orang akan mula mengenali blog anda. Tak kisahlah, walaupun orang yang betul-betul kenal anda mungkin dalam 50 – 100 orang sahaja. Mereka ini mungkin pembaca dan pengikut yang setia membaca karya penulisan anda.
 
Cuma yang menjadi persoalan ialah, anda ingin dikenali sebagai blogger yang bagaimana? 
Itulah yang bakal menjadi jenama atau identiti blog anda.
 
2.8 Jadi influencer
Orang ramai akan mula mendengar apa yang anda cuba sampaikan. Sesetengahnya akan mula mengikuti saranan dan nasihat yang anda berikan, jika ia merupakan nasihat yang bagus.
 
Sampai satu tahap, anda juga berupaya memberi pengaruh terhadap keputusan yang bakal dilakukan oleh pembaca anda.
 
Fungsi sebuah blog bukan sekadar sebagai satu platform untuk membantu anda buat duit semata-mata. Ia sebenarnya mampu memainkan peranan yang lebih besar lagi.
 
Namun, memandangkan konteks perbincangan kita adalah mengenai cara untuk bekerja part time sebagai penulis blog, maka mari kita fokus kepada aspek itu sahaja.
 
2.9 Pendapatan yang konsisten dan berulang 
Tahukah anda, pendapatan yang boleh dihasilkan melalui blog sebenarnya boleh diperolehi secara berulang-ulang kali. Sebagai contoh, kalau bulan ini anda berjaya hasilkan pendapatan sebanyak RM200, bulan seterusnya juga anda ada potensi untuk hasilkan pendapatan yang sama atau mungkin boleh dapat lebih.
 
Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
Ia sebenarnya bukannya sesuatu yang mustahil.
 
Ringkasnya, keadaan ini berlaku disebabkan
1. Konten blog yang anda hasilkan semakin hari semakin bertambah
2. Trafik blog anda semakin meningkat disebabkan pertambahan konten
3. Setiap trafik yang masuk ke blog akan menyumbangkan kepada income
 
(3) Cara mencari niche blog yang menguntungkan Apa perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk menjadikan blog sebagai platform yang mampu memberikan pendapatan?
 
Jawapannya adalah mengenalpasti apakah niche, bidang atau topik yang anda ingin fokus untuk tulis. Ya, kita akan bina konten untuk blog berdasarkan kepada topik atau niche yang kita pilih.
 
3.1 Pilih niche blog berdasarkan kepada ilmu dan kepakaran
Sesetengah orang, dia akan pilih niche berdasarkan kepada minat, ilmu dan kepakaran yang dia miliki.
Boleh jadi, semasa dia belajar di universiti dulu, dia mengambil jurusan pengurusan kewangan.
 
Tapi bila dah bekerja, dia lari bidang.
Jadi, untuk tidak mensia-siakan ilmu yang dia belajar dengan susah payah satu masa dulu, dia pun memulakan blog dalam niche tersebut.
 
3.2 Pilih niche berdasarkan kepada hobi & minat
Ada juga yang memilih hobi tertentu sebagai niche blog.
Kalau hobi dia ialah memancing, maka dia akan banyak menghasilkan konten yang berkaitan dengan topik tersebut.
 
3.3 Pilih niche berdasarkan kajian kata kunci
Cara seterusnya adalah dengan memilih niche berdasarkan kepada kajian kata kunci dan menganalisa potensi yang wujud pada niche dan kata kunci tertentu.
 
Bila bercakap tentang kajian kata kunci ini, ada beberapa software atau laman web yang kita boleh jadikan rujukan.
Antaranya adalah seperti
1. Google Keyword Planner
2. Keywordtool.io
3. Ubersuggest
4. Ahrefs
 
Sebagai contoh, saya ingin melihat potensi bagi kata kunci “kerja dari rumah” dan ini merupakan data yang saya perolehi menggunakan perkhidmatan dari Google Keyword Planner.

Dari data diatas ini, kita boleh dapatkan maklumat seperti
1. Keyword Kerja dari rumah
Ada 1,000 – 10,000 purata carian sebulan.
 
2. Keyword Kerja part time di rumah
Ada 1,000 – 10,000 purata carian sebulan.
 
Maksudnya? Topik mengenai kerja dari rumah atau peluang kerja part time dari rumah ini, memang ada ramai orang yang berminat nak tahu. Bukan itu sahaja malahan ada banyak orang yang cari maklumat ini melalui kata kunci tersebut di enjin carian google.
 
Apa kita patut buat setelah mengetahui maklumat ini?
Dekat sini, kita boleh buat keputusan sama ada mahu ataupun tidak kita menulis artikel blog yang berkaitan dengan topik ini.
 
Rasionalnya kenapa kita nak pilih topik ini ialah ini merupakan topik yang terbukti ada ramai orang cari. Jika anda mampu untuk hasilkan konten yang lebih baik berbanding konten sedia ada, anda juga berpeluang untuk mendapatkan ramai pembaca di masa akan datang.
 
Ideanya memang mudah.
Kita pilih niche melalui kajian kata kunci, dan kita pilih kata kunci berdasarkan kepada jumlah carian yang banyak.
 
Tapi cara ini, kita juga perlu lihat pada kolum competition atau persaingan.
Sebenarnya persaingan bagi kata kunci “kerja dari rumah” ini juga sebenarnya sangat sengit.
 
Lihat screenshot dibawah.

Pada waktu catatan ini saya tulis, sebenarnya sudah ada 294,000,000 halaman yang telah diterbitkan yang mengandungi kata kunci tersebut.
 
Anda perlu bersaing dengan kesemua halaman ini, bagi memastikan konten yang anda hasilkan berjaya masuk ke halaman pertama Google. Jadi, dalam keadaah ini, anda mempunyai beberapa pilihan.
1. Cuba bersaing dengan menghasilkan konten yang lebih baik
Anda mungkin akan menang dan berjaya masuk ke page pertama Google
 
2. Tinggalkan kata kunci yang banyak persaingan dan fokus pada yang kurang persaingan
Ataupun anda cari saja kata kunci lain. Cari kata kunci yang ada kriteria seperti ada banyak jumlah carian dan pada masa yang sama, jumlah persaingan tak terlalu sengit.
 
Jadi dekat sini, dalam fasa pemilihan niche ini, saya syorkan anda pilih niche mengikut
1. Kepakaran dan ilmu yang anda ada
2. Minat yang anda miliki
3. Kajian kata kunci dan pilih niche yang ada potensi
 
Ketiga-tiga kaedah ini anda boleh gunakan untuk tujuan mendapatkan niche bagi blog anda.
Sebaik-baiknya, elakkan blog anda menjadi sebuah blog rojak yang cuba untuk menulis semua perkara.
 
Saya masih ingat lagi, waktu saya baru mula melibatkan diri dalam bidang penulisan blog, saya mengambil masa yang agak lama untuk mula menerima bayaran daripada kerja-kerja penulisan yang saya lakukan.
 
Semua ini berpunca daripada strategi penulisan saya yang tak konsisten.
Saya juga tak mempunyai niche yang khusus untuk difokuskan.
 
Apa yang saya rasa nak tulis, saya akan tulis.
 
Rupa-rupanya bila saya buat begitu, kebanyakkan artikel yang saya tulis tak berjaya masuk ke page pertama Google, dan tiada trafik yang masuk secara konsisten. Ini secara tak langsung menjejaskan keupayaan blog saya untuk menghasilkan income.
 
(4) Cara menulis artikel blog yang berkualiti “Kalau saya tulis blog, akan ada ke orang yang nak baca karya penulisan saya nanti?”
 
“Bagaimana kalau ada orang yang kenal saya, baca artikel yang saya tulis di blog?”

Persoalan ini adalah antara persoalan popular yang sering menghantui penulis-penulis yang masih baru dalam bidang ini.
 
Sebenarnya anda tak perlu bimbang kalau-kalau artikel yang anda tulis kelak tidak mendapat sambutan atau tidak dibaca.
 
Saya ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan kepada anda, bagi memastikan artikel yang bakal anda tulis kelak, pasti akan dibaca.
 
Mula-mula sekali, saya ingin kongsikan kepada anda mengenai istilah user intent.
 
Apa benda sebenarnya user intent ini? Kalau kita terjemah dalam bahasa Melayu, ia membawa maksud “niat pengguna” atau “hasrat pengguna”.
 
User intent ini sebenarnya merujuk kepada matlamat atau tujuan sebenar disebalik tindakan seseorang pengguna internet ketika membuat carian menggunakan kata kunci tertentu menerusi halaman search engine seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.
 
Perkara ini penting untuk anda ambil tahu, kerana ia sangat membantu dalam proses membina konten yang benar-benar relevan dengan keperluan dan kemahuan pengguna internet.
 
Ada 4 jenis user intent yang kita perlu tahu.
1. Informational intent
Pengguna seperti ini membuat carian kerana ingin mendapatkan sesuatu maklumat ataupun informasi berkenaan dengan sesuatu perkara.
 
Mereka ini mungkin ingin
a. Belajar sesuatu perkara yang sebelum ini mereka tak tahu
b. Mereka ingin menyelesaikan masalah tertentu
c. Mereka ingin buat keputusan
d. Mereka mencari fakta, sama ada saintifik atau sejarah berhubung sesuatu perkara
e. Mereka ingin kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu isu
 
Matlamat mereka membuat carian dan pembacaan adalah semata-mata untuk mendapatkan informasi.
Contoh keyword: Kelebihan buat iklan advertorial
 
2. Navigational intent
Pengguna yang memiliki navigational intent ini sebenarnya sudah tahu laman web atau blog apa yang mereka ingin cari.
 
Laman web tersebut mungkin adalah laman web yang mereka pernah layari sebelum ini. Namun disebabkan mereka terlupa nama dan alamat url website tersebut, maka dia perlu buat carian semula menggunakan enjin carian.
Contoh keyword: arkib blog sabreehussin
 
3. Commercial intent
Pengguna yang mempunyai commercial intent ini sebenarnya bercadang untuk membeli sesuatu produk. Tapi mereka ini masih belum buat keputusan untuk beli produk yang mana satu, memandangkan diluar sana terdapat terlalu banyak pilihan.
 
Jadi, apa yang dia lakukan adalah dia membuat perbandingan harga, membaca review, mencari maklumat tambahan berkenaan dengan jenama serta model produk tertentu dan sebagainya.
Contoh keyword: Review jam tangan G-Shock
 
4. Transactional intent
Pengguna yang mempunyai transactional intent ini adalah mereka yang sudah buat keputusan untuk membuat pembelian.
Contoh keyword: Beli jam G-Shock
 
Apabila anda ingin menghasilkan konten untuk blog, cuba tanya pada diri anda terlebih dahulu, artikel yang anda tulis ini sebenarnya memuaskan pengguna yang berada di fasa yang mana satu?
Informational intent? Navigational intent? Commercial intent? Atau transactional intent?
 
Kalau anda kata, entri yang anda hasilkan tidak memuaskan dan tak termasuk dalam mana-mana satu kelompok user intent yang saya senaraikan, bermakna anda sedang melakukan kesilapan yang agak besar.
 
Risikonya, artikel yang anda hasilkan mungkin tak akan dibaca, walaupun ia berjaya masuk ke halaman pertama Google.
Pengguna akan mengangap artikel anda tak relevan dengan apa yang mereka cari.
 
“Tapi saya cuma nak meluahkan perasaan, nak cerita pasal pengalaman pergi beraya…”
Aduhai… kita tengah sembang pasal nak jadikan aktiviti blogging ini sebagai suatu kerjaya yang boleh berikan pendapatan secara part time.
 
Bab bercerita pasal hal peribadi, meluahkan perasaan… ini semua tak membantu dalam matlamat kita untuk buat duit dengan blog. Tapi kalau anda nak tulis juga hal-hal sedemikian sekali-sekala, sebagai selingan, itu tak ada masalah.
 
Tapi janganlah jadikan ia sebagai agenda atau fokus utama blog anda.
 
Dalam konteks buat duit melalui blog, fokus kita sebenarnya adalah pembaca. Kita ingin hasilkan artikel atau konten yang relevan, bernilai dan bermanfaat kepada pembaca.
 
Strategi yang kita akan gunakan sebenarnya adalah menjurus kepada strategi “menjual konten yang berkualiti” kepada pembaca, bukannya “menjual diri” atau “menjual kisah peribadi”.
 
Gunakan imej dan visual yang menarik Bila kita menulis posting di blog, pastikan kita masukkan juga imej yang menarik. Kalau blogpost kita hanya mengandungi ayat-ayat semata-mata, ianya agak membosankan.
 
Kalau anda tak tahu, dekat mana boleh dapatkan gambar-gambar yang menarik yang anda boleh gunakan dalam posting anda, saya syorkan anda pergi ke halaman
1. Pexels.com
2. Pixabay.com
 
Kebanyakkan gambar-gambar di platform tersebut boleh digunakan secara percuma untuk dimasukkan dalam artikel blog kita.
 
Pastikan anda semak kandungan sebelum tekan butang publish Sebelum anda menyiarkan apa-apa artikel, pastikan anda buat semakan dan edit mana-mana bahagian yang perlu.
 
Tujuannya adalah untuk mengelakkan terdapat kesalahan ejaan, salah maklumat, dan sebagainya.
 
Waktu awal-awal dulu, saya memang agak malu kalau ada orang yang saya kenal, akan baca blog saya.
Macam mana kalau saya tulis benda yang tak betul, atau mungkin merepek dalam blog saya?
 
Mungkin benda itu memang betul-betul terjadi.
Maksud saya, mungkin memang ada kenalan yang baca blog saya.
 
Tapi tak ada seorang pun yang pernah tegur saya,
“Hei Sabree, aku baca blog kau… aku rasa blog kau ni…bla… bla… bla…”
 
Saya dapati, kebanyakkan masa, manusia ini hanya sibuk dengan hal dan masalah mereka. Mereka tak ada masa nak baca blog saya, dan komen serta kritik penulisan saya.
 
Lagipun, penulisan saya bukannya ditujukan kepada kenalan saya. Sebaliknya, penulisan saya ini saya tujukan kepada individu seperti
1. Orang yang minat nak buat bisnes kedai runcit
2. Orang yang cari maklumat untuk buat bisnes menjual buku
3. Orang yang mencari maklumat cara untuk buka homestay
4. Dan lain-lain kategori pembaca seperti yang diberitahu oleh data search engine
 
Mungkin secara kebetulan, ada orang yang kenal saya secara peribadi juga membaca blog saya.
Tapi saya tak kisahpun hal-hal itu.
Its not a big deal.
 
(5) Cara mempromosikan artikel blog yang anda tulis Anda telahpun siap menulis sebuah artikel. Apa langkah seterusnya?
Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan adalah mempromosikan artikel tersebut.
 
Kebiasaannya, jika anda bukan seorang yang popular, memang agak sukar untuk mendapatkan pembaca. Anda kena berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapatkan pembaca.
 
Mujurlah sekarang ini, kerja-kerja mempromosikan artikel blog tidak terlalu sukar untuk dilakukan. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah seperti
1. Kongsikan link artikel blog anda di media sosial
2. Boost artikel anda di media sosial jika anda ada bajet
3. Tulis artikel dengan teknik Search Engine Optimization (SEO)
4. Tinggalkan komen dan url blog anda di blog orang lain melalui kaedah blog commenting
 
(6) Cara membina audiens untuk artikel blog anda Kalau nak jadikan blog sebagai mesin duit, ada dua perkara penting. Pertama konten yang berkualiti dan kedua trafik yang banyak.
 
Setelah kita bercerita mengenai konten, kita juga perlu tahu cara bagaimana untuk dapatkan trafik bagi konten yang telah kita hasilkan. Maka fokus kita seterusnya adalah mengenai trafik dan juga audiens.
 
1. Hasilkan karya penulisan yang berkualiti tinggi
Ini merupakan perkara yang sangat penting, yang banyak penulis blog mungkin terlepas pandang.
 
Artikel dan blog anda agak sukar untuk mempunyai pengikut sekiranya konten yang anda siarkan tidak begitu bermanfaat dan kurang berkualiti.
 
Ya saya tahu, isu mengenai kualiti ini mungkin agak subjektif. Jadi saya katakan beginilah, artikel yang anda hasilkan perlu dilihat berkualiti dari perspektif pembaca anda.
 
Lagipun mereka ini yang akan baca karya anda. Biarlah mereka yang jadi judge untuk menilai artikel anda.
 
2. Promosikan blog anda di media sosial
Gunakan platform media sosial bagi tujuan mempromosikan blog anda. Kalau kita sekadar mengharap trafik yang disumbangkan oleh platform search engine, ia mungkin akan mengambil masa untuk nampak hasilnya.
 
Sebaik-baiknya, kita cuba promosikan juga blog kita di media sosial, dan jika ada bajet, apa kata anda gunakan juga fungsi boost post.
 
3. Berinteraksi dengan pembaca blog
Apabila ada pengguna internet yang meninggalkan komen pada artikel blog yang anda hasilkan, cuba cari masa untuk balas dan berinteraksi dengan pengguna tersebut.
 
Selain itu, boleh juga hantar email sebagai menyatakan penghargaan diatas komen yang ditinggalkan.
 
(7) Cara buat duit menerusi blog anda Kali ini, saya akan sentuh mengenai cara untuk buat duit dan jadikan keputusan anda untuk menjadikan aktiviti blogging ini sebagai kerja part time berbaloi untuk anda.

7.1 Servis Advertorial Awal-awal tadi saya ada sebut tentang beberapa syarikat yang mula menghubungi saya untuk saya menulis tentang perniagaan yang mereka jalankan. Kaedah ini kita panggil dengan istilah advertorial.
 
Advertorial ini merupakan gabungan perkataan advertisement dengan editorial. Ia merujuk kepada kaedah pengiklanan melalui penggunaan artikel editorial.
 
Kaedah pengiklanan seperti ini sangat sesuai untuk disasarkan kepada pengguna atau bakal pelanggan yang berada dalam fasa untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara. Kalau dalam konteks perbincangan tentang user intent, pengguna ini berada dalam kategori informational intent.
 
Kalau anda ingin jadikan kerjaya blogger ini sebagai kerja part time, dan anda berminat untuk tawarkan servis penulisan artikel advertorial, ada dua kaedah untuk anda dapatkan job seperti ini.
 
Kaedah pertama anda hubungi mana-mana individu atau syarikat yang ada potensi untuk gunakan khidmat anda.
 
Kaedah kedua, anda tunggu mana-mana syarikat atau orang perseorangan untuk hubungi anda dan tawarkan kerja.
 
Pada masa yang sama, anda juga perlu selalu menulis di blog anda, dan war-warkan bahawa anda menerima dan bersedia untuk terima tawaran job advertorial.
 
Oleh sebab saya tak suka cari klien, maka saya gunakan pendekatan kedua, iaitu tunggu sahaja kalau-kalau ada klien yang berminat nak dapatkan khidmat penulisan dari saya.
 
Kalau ada, Alhamdulillah… rezeki.
Kalau tak ada, Alhamdulillah… rezeki juga tu.
 
Saya tak perlu nak pening-pening kepala nak fikir untuk bina konten untuk mempromosikan bisnes orang lain. Saya boleh fokus pada kerja saya sahaja.
 
Cara pertama ini, adalah melalui servis advertorial.
 
7.2 Program pengiklanan Cara yang kedua ialah melalui program pengiklanan. Program pengiklanan yang terbaik yang saya pernah sertai setakat ini adalah program pengiklanan Google Adsense. Saya syorkan anda belajar dari panduan ini kalau minat nak tahu dengan lebih mendalam.
 
Untuk buat duit dengan program pengiklanan, anda perlu pastikan blog anda ada banyak trafik. Sekurang-kurangnya 1,000 dan keatas. Lagi banyak trafik lagi bagus, kerana disitu nanti anda akan dapat lagi banyak pendapatan.
 
Macam mana nak dapatkan trafik yang banyak?
Salah satunya adalah dengan membuat kajian kata kunci terlebih dahulu sebelum terus memulakan aktiviti penulisan.
 
Sebab itu penting untuk kita pilih niche atau topik yang memang ada orang akan berminat nak cari.
 
7.3 Program Affiliate Jika blog yang masih baru, dengan trafik yang tak begitu banyak, saya syorkan anda guna cara ketiga iaitu buat duit melalui program affiliate.
 
Menerusi program affiliate ini, kita akan dibayar apabila kita berjaya hasilkan jualan, untuk produk mahupun servis yang kita promosikan melalui artikel yang kita tulis.
 
Dalam program affiliate ini, anda tak perlu trafik yang banyak untuk nampak hasilnya. Perkara yang penting ialah apabila anda menulis mengenai sesuatu topik, anda tulislah dengan sepenuh hati dengan cara yang paling meyakinkan. In Shaa Allah apabila pembaca membaca penulisan anda, mereka akan rasa teruja dan akan beli produk yang anda tulis.
 
Saya perlu highlight disini, kalau anda ingin fokus kepada affiliate marketing, bermakna anda perlu ada pengetahuan yang sangat baik berkenaan dengan bidang jualan.
 
Salah satu buku berkaitan dengan bidang jualan dan pemasaran yang saya baca berulang-ulang kali, adalah buku berjudul The Psychology of Selling karya Brian Tracy. Buku ini membincangkan tentang topik menjual dengan mengambil kira keadaan psikologi pelanggan yang bakal kita hadapi.
 
Banyak input yang dimuatkan dalam buku tersebut, saya dapati sangat berguna untuk dipraktikkan sepanjang saya mempromosikan produk-produk affiliate.
 
7.4 Network marketing Sambil saya menulis blog, saya juga turut menjalankan program network marketing. Ini salah satu sebab kenapa saya juga turut menulis topik tentang bisnes MLM atau multi level marketing dalam blog ini.
 
Pembaca yang berminat dengan topik ini, ada juga yang mula mendaftar untuk jadi downline saya dalam bisnes network marketing yang saya promosikan.
 
7.5 Program Dropship Bisnes berasaskan konsep dropship ini juga sesuai jika ingin dijalankan menerusi platform blog.
 
7.6 Jual produk atau perkhidmatan sendiri Anda mungkin ingin mencipta produk anda sendiri, dan buat untung melalui produk tersebut. Antara produk yang biasa dihasilkan oleh penulis blog ini biasanya adalah seperti
a. Buku hasil tulisan sendiri
b. Ebook
c. Online courses
d. Personal coaching
e. Cenderahati
 
Pemilihan produk dan juga perkhidmatan ini sebenarnya terpulang pada anda. Apa yang saya boleh katakan ialah, apabila anda sudah cukup popular, dan anda mempunyai pengikut yang ramai, anda boleh mula menjual apa sahaja.
 
Penutup Saya meletakkan anggaran RM100 – RM500 sebulan, sebagai pendapatan yang boleh dihasilkan melalui blog kerana saya yakin ianya adalah satu jumlah yang munasabah. Dalam sebulan ada 30 hari, dan saya percaya dalam masa tersebut, jika anda lakukan dengan bersungguh-sungguh, pasti boleh dapat angka tersebut.
 
Peringkat permulaan, tak apalah kita target RM100 sahaja dulu. Bila dah biasa dapat RM100 setiap bulan, naikkan lagi target kepada RM200, RM400, RM500, RM1,000 setiap bulan dan seterusnya.
 
Saya faham, antara persoalan yang kerap bermain di fikiran orang yang masih baru dengan kerja-kerja penulisan blog ini adalah persoalan seperti
“Adakah blogging masih relevan, sedangkan pada hari ini sudah ada instafamous, tiktoker, social media influencer… dan sebagainya.”
 
Ya saya sedar itu semua.
 
Saya bercerita tentang peluang buat duit dengan blog dan jadikan kerjaya menulis blog sebagai kerja part time, atas kapasiti saya sebagai seorang penulis blog.
 
Saya tahu apa yang saya lakukan, dan saya tahu bidang ini boleh menghasilkan pendapatan, terutama sekali jika ianya dibuat dengan betul.
 
Saya pernah cuba untuk jadi youtuber, pernah juga nak jadi social media influencer.
Walaubagaimanapun, saya dapati cara kerja dan lifestyle seperti itu tak kena dengan personaliti saya.
 
Kalau anda lebih selesa merakam dan menghasilkan konten dalam bentuk video, maka sila teruskan. Mungkin rezeki anda ada disitu.
 
Dalam situasi saya pula, saya lebih selesa menulis.
 
Walaupun diluar sana ada banyak platform media sosial, namun ini tak bermakna jadi penulis blog itu ketinggalan zaman atau sudah tak boleh hasilkan income. Pemikiran seperti itu tak betul. Buktinya? Ini bayaran yang saya terima baru-baru ini.

Saya tak ada buat benda yang pelik-pelik. Saya menulis di blog seperti biasa.
1. Saya buat kajian kata kunci untuk kenalpasti potensi pada topik tertentu.
2. Buat research dan cari poin-poin untuk dijadikan konten.
3. Tulis artikel dengan sebaik mungkin.
4. Publish.
5. Dapatkan pembaca untuk artikel.
6. Tunggu dapat income.
 
Memandangkan saya ada pengalaman yang agak lama dalam bidang ini, saya boleh katakan kerja menulis blog ini sebenarnya senang. Lebih-lebih lagi pada hari ini, dah ada teknologi Artificial Intelligence, ia menjadikan kerja penulisan dan kerja-kerja research jadi makin mudah.
 
Bukan itu sahaja, mereka yang sebelum ini tak berapa pandai menulis pun dah boleh hasilkan artikel yang berkualiti tinggi dengan bantuan teknologi AI. Jadi saya kira, inilah masa yang terbaik untuk mula serius buat konten diblog.
 
Cubalah dulu, cuba dengan sebaik mungkin dan lepas tu kalau gagal juga, hubungi saya untuk saya review apa masalah blog anda.
 
 
The post Kerja Part Time sebagai penulis blog boleh dapat income RM100 – RM500 setiap bulan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/kerja-part-time-sebagai-penulis-blog/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Sara Hidup Rm300 Akan Dibayar Setiap Bulan

Bantuan Sara Hidup Rm300 Akan Dibayar Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 138 hits
Bantuan Sara Hidup RM300 akan dibayar setiap bulan Bantuan bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasaran masing masing Bantuan Sara Hidup RM300 Akan Dibayar Set...
Mee Rebus Versi Baby Boleh Bagi Seawal 9 Bulan Boleh Dijamu Seisi Keluarga Juga

Mee Rebus Versi Baby Boleh Bagi Seawal 9 Bulan Boleh Dijamu Seisi Keluarga Juga

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 187 hits
Siapa kata mi rebus hanya ada untuk orang dewasa sahaja Mi rebus untuk baby pun ada tau Bahan yang digunakan lebih sihat dan sesuai dengan tubuh badan baby untuk meresap nutrien yang ada Bahan yang digunakan tidak sebanyak dan sesulit seper...
Panggilan Sayang Atau Dear Di Tempat Kerja Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib Spa

Panggilan Sayang Atau Dear Di Tempat Kerja Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib Spa

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 447 hits
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan satu surat edaran yang menekankan pelbagai jenis kesalahan yang berkaitan dengan gangguan seksual dan hubungan sulit di kalangan penjawat awam Dalam surat tersebut SPA menjelaskan bahawa tind...
Tawaran Kerja Sebagai Juruteknik Kawalan Serangga Di Easelife Services Sdn Bhd

Tawaran Kerja Sebagai Juruteknik Kawalan Serangga Di Easelife Services Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 352 hits
Mencari kerjaya yang mencabar dan memberikan ganjaran dalam industri kawalan serangga Kami kini sedang mencari Juruteknik Kawalan Serangga yang terlatih dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami Sebagai Juruteknik Kawalan Serangga anda...
Part Time Job Di Malaysia Peluang Buat Duit Hari Hari Dengan Mobile Spa

Part Time Job Di Malaysia Peluang Buat Duit Hari Hari Dengan Mobile Spa

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 221 hits
Hi Assalamualaikum semua terima kasih kerana melawat blog kami Sekarang ni kos sara hidup semakin tinggi Inflasi juga meningkat setiap tahun Jadi ramai yang berusaha menambah income keluarga samada yang dah ada kerja tetap student dan juga ...
Apa Yang Anda Boleh Buat Jika Tak Puas Hati Dengan Tempat Kerja Sekarang Ramai Hadapai Isu Ini

Apa Yang Anda Boleh Buat Jika Tak Puas Hati Dengan Tempat Kerja Sekarang Ramai Hadapai Isu Ini

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 182 hits
Carmen Medina ialah seorang pegawai analisa CIA yang sangat cemerlang Pada awal tahun 1990 an dia ditugaskan ke Eropah Dia kekal selama 3 tahun di sana Selesai tugasan dia balik semula ke Amerika Dia dapati peluang untuk naik dalam kerjayan...
Penulis Blog Di Tahan Kerana Membantu Siasatan Kes Rasuah Projek Rm41 Juta

Penulis Blog Di Tahan Kerana Membantu Siasatan Kes Rasuah Projek Rm41 Juta

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 180 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang penulis blog semalam bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek bernilai kira kira RM41 juta di sebuah kementerian Lelaki berumur awal 60 an itu ditahan...
Di Upah Menulis Artikel Seo Bagi Pihak Klien 7 Keseronokan Yang Saya Dapat Sebagai Penulis Artikel Seo

Di Upah Menulis Artikel Seo Bagi Pihak Klien 7 Keseronokan Yang Saya Dapat Sebagai Penulis Artikel Seo

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 263 hits
Apabila di upah menulis artikel bagi pihak klien Perkara utamanya mestilah seronok Bukan lagi seronok sebab berjaya menerima upah daripada klien Yang ini dah jatuh nombor 2 Saya sendiri rasa seronok sebab dapat belajar dalam niche baharu Ma...
Masa Pegang 33 Bulan Teloq Dan Minyak Masak Pun Tak Boleh Selesai Orang Melayu Lupa Ka

Masa Pegang 33 Bulan Teloq Dan Minyak Masak Pun Tak Boleh Selesai Orang Melayu Lupa Ka

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 194 hits
Dia kata 70 hingga 80 peratus rakyat sokong PN Tak agak agak Kalau nak kata PN kuat sokongan dalam 60 peratus aku boleh la senyum Tapi kalau sampai 80 peratus aku gelak besar wei Pengaruh PN bukan tak ada Tapi dah tak segagah sebelum PRU15 ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm