Di Upah Menulis Artikel Seo Bagi Pihak Klien 7 Keseronokan Yang Saya Dapat Sebagai Penulis Artikel Seo
Apabila di upah menulis artikel bagi pihak klien. Perkara utamanya mestilah seronok. Bukan lagi seronok sebab berjaya menerima upah daripada klien. Yang ini dah jatuh nombor 2. Saya sendiri rasa seronok, sebab dapat belajar dalam niche baharu. Masya allah, sungguh seronok dapat buat sedikit research mengenai bisnes klien yang sebenarnya. Dalam artikel kali ini, saya mahu kongsikan pengalaman sebagai penulis upahan yang juga menulis artikel SEO di website klien.
Belajar perkara baharu
Setiap kali saya menerima permintaan menulis daripada klien baharu. Perkara pertama adalah belajar. Saya perlu belajar niche yang tidak pernah menulis sebelum ini. Namun, dengan hasil research tersebut dapat menulis dengan baik mengenai niche bisnes klien.
Strategi artikel Klien
Bila menulis artikel klien. Ada segelintir klien kongsikan terus mereka punya kempen marketing kepada saya. Jadi, mereka tidak mahu kempen tersebut tersasar jauh daripada strategi. Tidak mahu artikel yang bakal ditulis oleh saya tersasar. Jadi, sebagai penulis yang mempunyai sedikit ilmu pemasaran digital saya faham dan sesuaikan.
Tambahan lagi, penulisan artikel SEO. Ada keyword yang tertentu perlu saya fokus bagi satu-satu niche klien. Ada artikel untuk tarik prospek atau suspek atau pelanggan mereka, dan bagaimana pula jika mahu menulis artikel selepas prospek mereka tertarik.
Serta bagaimana pula mahu mengikat pelanggan mereka supaya menjadi setia.
Mencari keyword
Paling seronok, sebelum menghasilkan artikel SEO. Saya teruja sangat mencari keyword yang bersesuaian dengan niche klien. Ada segelintir klien memberikan keyword khusus yang diperlukan, tetapi untuk lebih tepat penggunaan keyword dengan volume yang digunakan. Selaku ghostwriter perlu lakukan seeding daripada pihaknya.
Ianya wajib bagi menulis artikel SEO ( Search Engine Optimization ).
Mencabar
Semua orang tahu, menjadi penulis artikel SEO sangat mencabar tugasannya. Saya pernah mendapat klien yang sudah memiliki artikel yang banyak di website nya.
Apa yang buat saya terasa kerja sangat mencabar dengan klien tersebut adalah :
Saya perlu meneliti artikel-artikel yang sudah sedia ada di dalam website tersebut. Bayangkan jumlah keseluruhan artikel sedia ada ialah 550 jenis artikel. Dan, saya selaku penulis perlu meneliti keyword apa yang belum ditulis.
Bagi mengelakkan artikel ditulis berulang, saya lakukan terlebih dahulu dengan keyword seeding. Sehinggakan senak anak mata saya, kerana fokus berjam di depan laptop. Mujur lah klien ini mudah untuk berkomunikasi, jadinya saya dapat siapkan hari yang sama bagi pencarian keyword. Belum lagi untuk menulis artikel.
Pengalaman menulis artikel SEO
Antara artikel yang pernah ditulis oleh saya ialah artikel islamik, kekeluargaan, kecantikan, kesihatan, Digital Marketing, Wanita, teknologi, hartanah, food and beverages, fesyen, Keselamatan kanak-kanak, zakat negeri, dan paling mencabar adalah niche bisnes aircond rumah.
Antara jenis artikel yang paling mencabar setakat ini adalah yang perlu di lakukan pengiraan seperti zakat dan aircond rumah.
Di mana saya perlu faham mengenai hose power ( hp ) aircond. Ehehehe. Apa pun, satu pengalaman baharu bagi saya. Klien ini mengambil pakej artikel. Lain-lain klien ada yang mengambil sehingga 90 artikel untuk langganan selama 3 bulan.
Website klien
Bukan keseronokan sebagai penulis yang menyediakan artikel klien sahaja. Bahkan, saya sendiri dapat terokai website klien. Iaitu klien memberi keizinan dengan menjadikan saya sebagai editor dalam website tersebut.
Satu bonus kepada saya, kerana saya juga pemilik wordpress di www.azlinaghostwriter.com
Disana, saya sebagai penulis perlu menulis artikel serta menyediakan gambar yang bersesuaian dalam artikel tersebut. Juga merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memastikan SEO On Page klien lengkap.
Blog
Bukan itu sahaja. Ada juga klien datangnya kepada saya untuk upah saya menulis artikel di blog persendirian mereka. Selaku penulis, saya menerimanya sahaja. Memandangkan saya memang pengguna blogspot untuk blog personal milik sendiri.
Kesimpulan :
Apa yang dapat saya simpulkan sebagai penulis artikel SEO yang juga merupakan ghostwriter. Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan lagi. Dengan mengambil upah menulis artikel SEO klien, banyak tercetusnya idea lain pula yang datang. Satu-satunya pengalaman bernilai sebagai penulis artikel.
sebahagian klien artikel SEO yang saya uruskan
Jika kalian berminat mahu upah saya menulis artikel SEO di website kalian atau mahu artikel sahaja? atau kalian tiada masa untuk seeding keyword, boleh bekerjasama dengan saya untuk pelbagai niche bisnes.
Hubungi saya : wasap.my/60189107161/nakartikelSEO
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Wordpress : Azlina Ghostwriter
P/S : Penulis wanita yang mahu belajar mengenai SEO sebagai penulis artikel klien, boleh sertai Kelas Basic SEO . Kelas ini, turut saya kongsikan strategi hasilkan artikel SEO dan formula berkesan buat penulis wanita dalam menjadikan artikel bebas spam, formula copywriting dalam artikel, penggunaan tools berbayar untuk mencari keyword sesuai dan secara manual mencari keyword tepat dengn niche klien.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2023/05/7-keseronokan-upah-menulis-artikel-SEO-klien.html