bertampal tampal kepala dengan koyok.dengan bau minyak anginnya lagi..MY nak tolong drive tak bagi.Dia kata lagi sakit kepala dia kalau bini yang bawak kereta.Dressing tak macam orang nak pergi dah gayanya.Lantak la bos..asalkan kau bahagia.Dah banyak kali MY nak bawakan le klinik hospital,Tapi dia taknak.Dah sampai tahap nak pergi bilik air kena jadi suster ngensot nanti, Barulah dia minta nak pergi klinik.
Site pertama,ada buat renovation dengan sebuah pejabat kerajaan.Pening wooo buat kerja dekat pejabat kerajaan ni.Diorang asyik tukar tukar request.Taknak stick dengan kontrak.Padahal tahu je kami yang susah kalau tak ikut kontrak ni.Suka suka nak tambah sana,ubah sini.Bila kita taknak ikut,Mula la nak cari pasal.HQ dia bagi bajet sebegitu, tapi end user nak sebegini,Eh korang settle kan la masalah domestik korang dulu...boleh tak jangan susahkan kontraktor yang suci ni?hahaha..malas la nak tulis banyak banyak...nak marah...tapi kena sabar..Nak maki...tapi mesti zikir...
Site seterusnya,sebenarnya taknak buat sebab ni site orang.Barang barang dah hantar ke tapak pembinaan.Memang la belum siap, tapi,Bila ada kontraktor dah masuk,Memang kami ni segan segan la nak take over kerja orang.Nampak macam kontraktor penyelamat,Tapi keselamatan kami?Hmm... Silap silap boleh kena santau oiii..Orang tak nampak pun penyelamatan yang dilakukan..Yang orang bilang dan kira,kita suka carass kerja orang.Berat hati...tapi kami pun nak jaga hubungan baik dengan kontraktor utama.Kami juga nak kemudahan kemudahan untuk masyarakat setempat cepat siap.
Lepas tu ramai ramai pergi makan kat Medan Ikan Bakar kat Endau.Lauk pauknya banyak..macam macam makanan laut..udang, sotong, ketam, kerang...besor besor..Ikan macam macam jenis..Maklumlah...dekat dengan jeti nelayan.Meriah..ramai orang.Walaupun kami makan beramai ramai..ada juga bergambar, cukuplah buat kenangan sendiri sendiri.MY taklah muatnaik gambar bersama sama staff kontraktor utama dan staff MY berada di meja makan sekali di mana mana media sosial.Kena jaga profesionalisme gitu.
Kat seberang jambatan tu dah masuk negeri Pahang
Dah nampak dah gading gajah kat menara tu...Tanda jajahan takluk tok gajah.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |