Kerja Dari Rumah Kurangkan Risiko Jangkitan Covid 19


Oleh Rafidah Mat Ruzki Pendekatan bekerja dari rumah dilihat antara amalan yang boleh mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di tempat kerja. - Foto hiasan PUTRAJAYA: Peningkatan kluster membabitkan tempat kerja menyumbang hampir separuh daripada jumlah kluster COVID-19 yang aktif di negara ini.
Kebimbangan wujud apabila pekerja membawa jangkitan ke tempat kerja atau perumahan pekerja yang sesak.
Sehubungan itu pendekatan bekerja dari rumah dilihat antara amalan yang boleh mengurangkan risiko jangkitan di tempat kerja.
Disyorkan Untuk Anda Syor kerajaan nilai semula kelonggaran pergerakanAktiviti sosial di zon merah perlu diperketatPKP: Pakar jangka tamat Jun jika pematuhan meningkatSyor PKP bersasar, ketat SOP kekang penularan Pakar Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata antara pendekatan boleh diambil adalah majikan perlu memastikan pekerja yang hadir ke tempat kerja kurang daripada 50 peratus.
Beliau berkata, pilihan bekerja dari rumah juga perlu diberikan kepada kakitangan.

Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh.Katanya, majikan digalakkan untuk membenarkan tugasan diselesaikan menerusi aplikasi dalam talian bagi mengurangkan keperluan pekerja berada di pejabat.
"Pilihan bekerja dari rumah perlu ditawarkan tanpa tindakan disiplin atau potongan gaji dan sebagainya, asalkan hasil kerja sama atau dipersetujui bersama oleh pihak majikan.
"Mereka yang bergejala dan berisiko tinggi juga digalakkan untuk bekerja dari rumah kerana berkemungkinan menjangkiti atau dijangkiti selain meningkatkan risiko jangkitan teruk atau kematian," katanya kepada BH, hari ini.
Dr Sharifa Ezat berkata, bagi kakitangan yang perlu berada di pejabat atau tempat kerja pula, mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Beliau berkata, pekerja dinasihatkan untuk tidak singgah di mana-mana tempat ketika dalam perjalanan pergi atau pulang dari pejabat bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Katanya, majikan juga perlu mengelakkan pekerjanya yang berada dalam zon merah untuk bertugas di pejabat.
Selain itu, pekerja dan kakitangan di tempat kerja berisiko seperti balai polis, hospital dan penjara, perlu menjalani ujian saringan berkala yang dibiayai oleh majikan.
Dr Sharifa Ezat yang juga Timbalan Dekan Jaringan, Penjanaan, Alumni, Fakulti Perubatan, berkata langkah itu penting bagi mengelakkan ada kakitangan yang positif COVID-19 tetapi tidak bergejala.
Ini kerana kira-kira 40 peratus daripada penghidap dikesan tidak menunjukkan sebarang simptom.
Mengulas mengenai kluster membabitkan sebuah klinik baru-baru ini, beliau berkata, masalah dihadapi petugas kesihatan seperti di klinik mahupun hospital adalah pesakit yang hadir tidak diketahui status kesihatan mereka.
Sebelum ini juga pernah dilaporkan sekumpulan kakitangan di Hospital Teluk Intan dijangkiti COVID-19 selepas ada kakitangan yang dijangkiti dari dalam komuniti.
Katanya, biarpun ada kenyataan dan peringatan diletakkan di luar klinik dan hospital mengenai siapa dan bagaimana seseorang boleh dijangkiti, adalah sukar untuk petugas terbabit benar-benar memastikan mereka bebas jangkitan kerana tiada saringan yang dibuat terlebih dahulu terhadap pesakit.
"Hanya pesakit yang mempunyai gejala batuk, demam, pesakit akan menjalani pembedahan dan wanita bersalin yang disaring.
"Jadi pesakit yang bukan dalam kategori itu akan dilihat sebagai kes biasa. Walhal kadang kala, mereka sebenarnya positif," katanya.
Dr Sharifa Ezat turut mencadangkan supaya kehadiran pesakit ke klinik disaring secara RTK-AG yang boleh mendapat keputusan dalam tempoh 24 jam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/kerja-dari-rumah-kurangkan-risiko.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Risiko Jangkitan Lebih Tinggi Jika Parlimen Bersidang Lebih Lama Kp Kesihatan

Covid 19 Risiko Jangkitan Lebih Tinggi Jika Parlimen Bersidang Lebih Lama Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 242 hits
BernamaDr Noor Hisham berkata persidangan Parlimen yang terakhir ialah pada 23 Sept dan terdapat jurang selama enam minggu sebelum saringan dilakukan pada minggu lepas maka punca jangkitan tidak diketahui Gambar hiasan PUTRAJAYA Persidangan...
Pkpb Mungkin Tamat Lebih Awal Jika Risiko Jangkitan Covid 19 Berkurangan

Pkpb Mungkin Tamat Lebih Awal Jika Risiko Jangkitan Covid 19 Berkurangan

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 382 hits
PKPB MUNGKIN TAMAT LEBIH AWAL JIKA RISIKO JANGKITAN COVID 19 BERKURANGANDalam sidang media petang 16 November 2020 Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKPB di Kedah Terengganu dan Johor mungkin ditamat jika ...
Ahli Politik Makan Ikan Mentah Buktikan Tiada Risiko Covid 19

Ahli Politik Makan Ikan Mentah Buktikan Tiada Risiko Covid 19

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 287 hits
FAZLI RADZISanggup menggigit ikan mentah untuk membuktikan bahawa hidupan laut itu tidak membawa risiko jangkitan Covid 19 Itu yang dilakukan seorang ahli politik Sri Lanka Dilip Wedaarachchi 63 yang juga bekas menteri perikanan negara dige...
Hiburan Meskipun Terkesan Dengan Wabak Covid 19 Hael Husaini Tak Mahu Ambil Risiko Dengan Berlakon

Hiburan Meskipun Terkesan Dengan Wabak Covid 19 Hael Husaini Tak Mahu Ambil Risiko Dengan Berlakon

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 338 hits
Meskipun pendapatan terjejas gara gara penularan COVID 19 di negara kita penyanyi dan juga komposer Hael Husaini masih belum berani untuk terjun dalam bidang lakonan demi meneruskan kelangsungan hidup Mengakui banyak aktiviti seni terpaksa ...
Benarkah Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk Parkinson

Benarkah Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk Parkinson

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 254 hits
Minuman kopi sering menjadi antara salah satu minuman wajib ketika bersarapan pagi Namun tahukah anda bahawa minum kopi sebenarnya boleh memberikan manfaat kepada otak manusia Terdapat kajian menunjukkan bahawa minum kopi boleh melambatkan ...
Covid 19 Jangkitan Seluruh Dunia Hampir 46 4 Juta

Covid 19 Jangkitan Seluruh Dunia Hampir 46 4 Juta

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 275 hits
JUMLAH kumulatif kes positif COVID 19 di seluruh dunia kini mencecah 46 386 903 Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara pal...
Bekerja Dari Rumah Sila Kemas Pejabat Dan Bawa Pulang Dokumen Kerja Yang Penting

Bekerja Dari Rumah Sila Kemas Pejabat Dan Bawa Pulang Dokumen Kerja Yang Penting

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 352 hits
assalamualaikum salam sejahtera saya di ofis hari ni giliran saya bekerja di pejabat dah ada list dah nak settle kan kerja dgn segera dan sempurna nak kemas kemas bilik next saya bakal bekerja in shaa Allah Selasa depan pertama sekali saya ...
Isteri Nubhan Berhenti Kerja Doktor Gigi Pilih Jadi Suri Rumah

Isteri Nubhan Berhenti Kerja Doktor Gigi Pilih Jadi Suri Rumah

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 340 hits
Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Afifah Tawfek menerusi lama Instagram miliknya memaklumkan di nekad dengan keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai doktor gigi di sebuah Klinik Pergigian Seremban dan memilih menjadi suri rumah sepen...
Kes Jangkitan Covid 19 4 Angka 3 Hari Berturut Turut

Kes Jangkitan Covid 19 4 Angka 3 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 220 hits
freemalaysiatoday com November 5 2020 6 17 PMPETALING JAYA Kes jangkitan baharu Covid 19 hari ini dilaporkan 1 009 kes hari ke 3 berturut turut kes mencapai 4 angka Perkembangan di Sabah membentuk 55 9 daripada keseluruhan kes jangkitan dal...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya