Benarkah Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk Parkinson



Minuman kopi sering menjadi antara salah satu minuman wajib ketika bersarapan pagi. Namun, tahukah anda bahawa minum kopi sebenarnya boleh memberikan manfaat kepada otak manusia.
Terdapat kajian menunjukkan bahawa minum kopi boleh melambatkan perkembangan penyakit berkaitan otak seperti demensia dan kehilangan memori.
Ia juga mungkin boleh memberikan banyak manfaat kepada warga emas yang merupakan kumpulan paling berisiko untuk mendapat gangguan berkaitan otak. Ikuti kupasan lanjut di bawah ini.
Kandungan dalam minuman kopi yang mungkin anda tidak tahu
Kopi mengandungi sebatian bioaktif yang membuatkannya mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan manusia.
Kebanyakan daripada sebatian ini adalah antioksidan, yang membantu melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dalam sel tubuh. Antara bahan aktif yang terdapat dalam minuman kopi ialah:
Kafein: ia adalah bahan aktif utama dalam kopi. Kafein merangsang sistem saraf pusat. Ia adalah bahan psikoaktif yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.Asid klorogenik (CGA): Antioksidan polifenol ini dapat memberikan manfaat kepada beberapa jalur biologi seperti metabolisme gula darah dan tekanan darah tinggi, yang keduanya berkaitan dengan risiko penurunan mental yang berkaitan dengan usia.Cafestol dan kahweol: Terdapat dalam minyak semula jadi kopi, sebilangan besar sebatian ini terdapat dalam kopi yang tidak ditapis. Ia mungkin bermanfaat untuk hati dan melindungi diri daripada kanser, tetapi pengambilan yang tinggi dapat meningkatkan kolesterol LDL.Namun, jumlah bahan ini dalam secawan kopi yang anda nikmati adalah berbeza. Perbezaannya juga bergantung kepada bagaimana kopi tersebut dihasilkan, jenis kopi yang anda minum dan jumlah kopi yang anda ambil.
Kopi dan peningkatan memori
Minum kopi dan kafein juga boleh mempengaruhi ingatan anda, tetapi kajian mengenai perkara ini mempunyai hasil yang pelbagai. Beberapa kajian mendapati bahawa kafein dapat meningkatkan ingatan jangka pendek.
Kajian lain pula melaporkan tidak ada sebarang kesan pada memori, bahkan mendapati bahawa kafein boleh merosakkan prestasi tugas memori.
Para penyelidik masih membahaskan kesan kafein pada ingatan jangka panjang.
Namun, satu kajian kecil mendapati bahawa kafein dapat meningkatkan ingatan jangka panjang ketika diberikan setelah tamat waktu belajar.
Ketika responden mengambil tablet kafein setelah mempelajari satu set gambar, kemampuan mereka untuk mengenali gambar tersebut dalam tempoh 24 jam seterusnya menjadi semakin kuat.
Kafein juga menjadikan ingatan itu lebih sukar untuk dilupakan, berbanding dengan responden dalam kumpulan plasebo.
Minum kopi kurangkan risiko penyakit demensia dan Alzheimer
Penyakit Alzheimer adalah penyebab demensia yang paling biasa di seluruh dunia.
Secara amnya ia bermula dengan perlahan tetapi semakin teruk dari masa ke masa. Alzheimer boleh menyebabkan kehilangan ingatan, serta masalah dengan pemikiran dan tingkah laku.
Pada masa ini tidak ada penawar yang diketahui. Menariknya, faktor berkaitan diet boleh mempengaruhi risiko anda menghidap penyakit Alzheimer dan bentuk demensia yang lain.
Kajian pemerhatian telah mengaitkan pengambilan kopi secara biasa dan sederhana boleh mengurangkan risiko sebanyak 65% untuk mendapat penyakit Alzheimer.
Walau bagaimanapun, kesan perlindungan yang diberikan oleh kopi dan kafein ini belum disahkan oleh percubaan terkawal secara rawak.
Minum kopi juga kurangkan penyakit Parkinson
Penyakit Parkinson adalah sejenis gangguan kronik pada sistem saraf pusat.
Ia dicirikan oleh kematian sel saraf di otak yang mengeluarkan dopamin dan penting untuk pergerakan otot.
Penyakit Parkinson mempengaruhi pergerakan dan sering merangkumi gegaran. Tidak ada penawar yang diketahui untuk penyakit ini, yang menjadikan pencegahan terhadapnya sangatlah penting.
Namun, ada kajian menunjukkan bahawa kopi dapat membantu mencegah penyakit ini.
Satu kajian tinjauan yang besar melaporkan bahawa risiko penyakit Parkinson adalah 29% lebih rendah dalam kalangan mereka yang minum 3 cawan kopi setiap hari.
Namun, pengambilan 5 cawan kopi kelihatan seperti tidak memberikan lebih banyak faedah berbanding 3 cawan kopi.
Ia menunjukkan bahawa lebih banyak jumlah kopi yang diminum tidak semestinya memberikan kesan yang lebih baik. Kafein dalam kopi merupakan bahan aktif yang bertanggungjawab memberikan kesan perlindungan ini.
Jadi, perlukah saya meminum kopi?
Jika diminum dengan kadar yang sederhana, ia boleh memberikan beberapa manfaat terhadap kesihatan anda.
Bagi tempoh jangka masa pendek, kopi boleh membantu anda untuk memperbaiki emosi, pembelajaran dan kewaspadaan.
Untuk tempoh jangka masa panjang pula, ia boleh melindungi atau mengurangkan risiko otak untuk mendapat gangguan berkaitan minda seperti Parkinson dan Alzheimer.
Oleh itu, minum kopi mungkin boleh memberikan manfaat yang banyak kepada warga emas seperti datuk dan nenek anda untuk perkembangan otak mereka.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/11/benarkah-kopi-boleh-kurangkan-risiko.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kopi Kurma Boleh Jadi Ke

Kopi Kurma Boleh Jadi Ke

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 411 hits
Pada umumnya biji kurma adalah sisa makanan yang dibuang dari pasar raya dan pengeluar makanan komersial Teknologi telah membenarkan pengeluaran sebatian kimia yang berguna dengan cekap daripada bahan ini memberi laluan untuk penciptaan pro...
Benarkah Sumbatan Dalam Saluran Darah Boleh Dibersihkan

Benarkah Sumbatan Dalam Saluran Darah Boleh Dibersihkan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 339 hits
BENARKAH SUMBATAN DALAM SALURAN DARAH BOLEH DIBERSIHKAN Assalamualaikum Saya ada sumbatan pada saluran darah arteri koronari Adakah sumbatan itu boleh dibersihkan atau ia kekal dan menjadi lebih teruk Terima kasih Walaikumusalam Sumbatan da...
Ancelotti Everton Akan Buktikan Boleh Menang Tanpa Richarlison

Ancelotti Everton Akan Buktikan Boleh Menang Tanpa Richarlison

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 263 hits
Kehilangan tonggak utama sudah pasti menjadi masalah besar buat mana mana pengurus pasukan Begitu juga dengan Everton yang kehilangan khidmat Richarlison yang menjalani penggantungan Pengurus The Toffess Carlo Ancelotti mengingatkan anak bu...
Kenapa Tak Boleh Lukis Wajah Nabi Muhammad Saw

Kenapa Tak Boleh Lukis Wajah Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 504 hits
SEORANG muslim tentunya sudah tahu bahawa hukum dari melukis wajah nabi adalah haram Tapi ramai di antara kita yang belum mengetahui alasannya Nah berikut ini alasan mengapa wajah nabi Muhammad tidak boleh dilukis Saat Nabi Muhammad SAW hid...
A S Boleh Pru Mengapa Perlu Darurat Elak Prn Sarawak

A S Boleh Pru Mengapa Perlu Darurat Elak Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 319 hits
Via WhatsApp Kenapa pilihanraya tidak boleh diadakan semasa penularan Covid 19 Ya PRN Sabah dilihat kemuncak penularan wabak tetapi PRK dun Slim di Perak pula dilihat selamat Even perhimpunan berhimpit himpit 2 3 ribu ahli Umno depan Mkmh J...
Adakah Kerajaan Tidak Boleh Lakukan Pindaan Di Parlimen

Adakah Kerajaan Tidak Boleh Lakukan Pindaan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 266 hits
Rohayuddin Yaakub 1 Perdana Menteri dah kenapa Seolah ingin mencetus ketakutan awam menimbul ketidak puas hati terhadap YDPA dan menyalahkan pihak lain 2 Tidak bolehkah DUN atau parlimen meminda perlembagaan utk peruntukan sementara bagi me...
Parti Kecil Belasah Ketua Wanita Parti Besar Umno Boleh Terima Lagi

Parti Kecil Belasah Ketua Wanita Parti Besar Umno Boleh Terima Lagi

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 365 hits
Azmin Saifuddin belasah menteri Umno dalam mesyuarat Kabinet2020 11 01 AdminMuhammad AfiqMENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membelasah menteri Umno dalam mesyuarat Kabinet kerana mengeluarkan kenyataa...
Kononnya Boleh Kabulkan Permintaan Seorang Doktor Kerugian Ditipu Beli Lampu Ajaib

Kononnya Boleh Kabulkan Permintaan Seorang Doktor Kerugian Ditipu Beli Lampu Ajaib

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 472 hits
Dua orang India dari negara bahagian Uttar Pradesh India ditangkap minggu ini kerana didakwa menipu seorang doktor tempatan untuk membayar 335 000 dolar kepada mereka hanya kerana tertarik dengan lampu ajaib yang didakwa mampu mengabulkan s...
Jasmin Hamid Bila Saya Dah Tak Ada Nanti Bila Rindu Boleh Tengok Muka Adik Saya

Jasmin Hamid Bila Saya Dah Tak Ada Nanti Bila Rindu Boleh Tengok Muka Adik Saya

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 473 hits
Siapa yang mengikuti Jasmin Hamid pasti tahu pelakon ini jarang tampil berkongsi mengenai hal hal melibatkan keluarga dan peribadi kepada umum source
Continuous Learning In Business

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semuanya Dibalas Sempurna

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Now Pkr Youth Chief Backs Nurul Izzah As Deputy President

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Why Is Dragon Fruit So Famous

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor