Kerja Amal Ebit Lew Sepatutnya Disokong Bukan Dibubuh Racun


 
Pada mulanya saya agak malas untuk melibatkan diri menulis sebarang kata berkaitan isu yang muncul kebelakangan ini melibatkan pendakwah budiman, Ustaz Ebit Lew.
Bagi saya, sama ada apa yang dibangkitkan oleh Caprice atau Nadir Al Nuri tentang misi bantuan Ebit Lew ke Gaza, ia tidak lebih “gelagat budak-budak baru nak up” cuba menumpang publisiti daripada populariti pendakwah tersebut.
Isu-isu yang mereka bangkitkan terlalu remeh berbanding pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang sanggup Ebit Lew lakukan selama ini.
Begitu pun, dengan sampai beliau membuat laporan polis terhadap mereka yang dianggap memfitnahnya, luka hatinya ternampak begitu dalam rasa pedihnya.
Meski pertama kali memberi bantuan untuk Gaza, tetapi beliau telah banyak menabur bantuan di seluruh pelusuk negara sebelum ini sehingga peranannya kadangkala melebihi wakil rakyat atau menteri.
Barangkali boleh dibilang dengan jari mereka yang berkemampuan dan kaya, namun sanggup ke sana sini mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit mencari orang susah, lalu menghulur bantuan kepada mereka.
Kebanyakan yang kaya, sementara ramai yang suka hidup dengan kekayaan mereka, yang berhati mulia pula kebanyakannya lebih suka memilih jalan mudah dalam menderma iaitu hanya dengan memberi wang atau membelikan apa yang diperlukan.
Tetapi, Ebit Lew lebih daripada itu, beliau memberi wang untuk menolong orang susah hasil rezeki kekayaan daripada perniagaannya, sambil memberikan sama masa dan tenaga untuk pelbagai misi bantuan yang dilakukannya.
Tidak dinafikan mungkin ada penderma atau rakan-rakannya yang pemurah turut sama menghulur bantuan kepadanya, namun mereka melakukannya secara ikhlas tanpa perlukan publisiti atau mahu dikenali oleh sesiapa.
Maka dengan itu, asalkan bantuan yang dilakukannya ternampak sudah disampaikan, itu sebenarnya sudah memadai tanpa perlu ada pihak yang gila publisiti menuntut agar audit dilakukan pula.
Baik untuk Gaza atau segala bantuan yang dilakukannya selama ini, Ebit Lew tidak pernah menadah tin milo untuk meminta sumbangan daripada orangramai atau daripada syarikat korporat tertentu.
Jika tiada dana awam yang dikutip, sepertimana Pas yang mengutip berjuta-juta ringgit untuk Gaza baru-baru ini tapi sehingga ini senyap begitu saja, di mana perlunya audit dilakukan terhadapnya?
Kenapa tidak diminta audit dilakukan terhadap parti dan NGO yang banyak mengutip dana awam itu?
Selain itu, sekali baca apa yang Caprice dan Nadir bangkitkan juga dengan mudah terlihat adanya unsur-unsur dengki dan iri hati di dalamnya.
Soal agen yang digunakan untuk masuk ke Gaza, berapa bayarannya dan di mana barang keperluan untuk bantuan itu dibeli, itu bukanlah urusan pihak lain untuk campurtangan dan menentukannya.
Barang di rumah kita dan teksi apa yang perlu kita gunakan, kenapa orang lain yang sibuk-sibuk melihat tepi kain kita?
Soalnya juga, adakah mereka yang menceceh berkenaan Ebit Lew itu mampu memberi sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit melebihi atau menyamai apa yang pendakwah itu lakukan?
Jika kita sendiri tidak mampu dan mempunyai keupayaan terhad, janganlah dengki atau iri hati.
Kerja-kerja amal Ebit Lew adalah misi kemanusiaan yang secara sukarela dilakukannya dengan hanya satu tujuan sebagaimana kerap disebutnya di mana-mana – semoga Allah sayang kita semua.
Maka, berhentilah mempertikai atau mencari pasal terhadap apa yang dilakukannya jika derma atau amal jariah kita sendiri sekadar menderma seminggu sekali saja di tabung masjid pada hari Jumaat atau pemergian kita sendiri ke Gaza melalui dana orangramai.
Kerja amal dan menolong orang susah yang dilakukan Ebit Lew kadangkala melebihi kemampuan wakil rakyat yang bergaji mewah dan berkereta Mercedes atau kebanyakan orang kaya yang kita sendiri kenali.
Jadi, kita patut bersyukur ada manusia seperti Ebit Lew di sekeliling kita.
Kerja-kerja amalnya perlu disokong sambil kita juga harus mendoakan kemurahan rezeki untuknya kekal berpanjangan agar misi bantuannya, di dalam negara, Gaza atau di mana saja, sentiasa berterusan.
Durjana sangatlah jika ada di kalangan kita yang sanggup meletak racun terhadap kerja amalnya, walhal kita sendiri, jangankan mahu berkorban masa, tenaga dan wang ringgit, menulis di FB dan mengangkat tangan berdoa untuk Gaza pun hanya sesekali dan sambil lewa saja. 


(ShahbudinHusin 22/07/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/kerja-amal-ebit-lew-sepatutnya-disokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ebit Lew Sampai Kena Bersumpah Semata Mata Nak Jawab Tuduhan Sembah Dan Sujud Kaki Menteri Palestin

Ebit Lew Sampai Kena Bersumpah Semata Mata Nak Jawab Tuduhan Sembah Dan Sujud Kaki Menteri Palestin

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 305 hits
Itu fitnah Ebit Lew jawab dakwaan dia sujud kaki menteri bagi mendapatkan kebenaran masuk ke Gaza bersabarlah ya ustaz ARTIKEL BERKAITAN https www mstar com my spotlight sensasi 2021 07 22 caprice trigger ebit lew tentang arwah bapa punca k...
Ebit Lew Guna Duit Sendiri Masuk Gaza Hati Terluka Dimaki Dicaci Tanpa Belas Kasihan

Ebit Lew Guna Duit Sendiri Masuk Gaza Hati Terluka Dimaki Dicaci Tanpa Belas Kasihan

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 339 hits
PENDAKWAH terkenal Ustaz Ebit Lew mengakui dihujani pelbagai mesej caci maki di media sosial susulan kontroversiberhubung pemergiannya ke Gaza Ujar Ebit dia digelar syaitan dajal babi dan perompak oleh segelintir individu yang salah sangka ...
Patut La Ebit Lew Block Caprice Rupa Rupanya Ada Kaitan Dengan Arwah Bapa

Patut La Ebit Lew Block Caprice Rupa Rupanya Ada Kaitan Dengan Arwah Bapa

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 448 hits
Akhirnya Ustaz Ebit Lew buka mulut punca dia block Instagram Caprice rupa rupanya ada sebab kenapa UEL terasa hati dengan Caprice ARTIKEL BERKAITAN https www mstar com my spotlight sensasi 2021 07 22 caprice trigger ebit lew tentang arwah b...
Mana Sumbangan Rm20 Juta Rakyat Malaysia Soal Ebit Lew Kepada Nadir Al Nuri

Mana Sumbangan Rm20 Juta Rakyat Malaysia Soal Ebit Lew Kepada Nadir Al Nuri

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 271 hits
Ebit Lew menjelaskan beliau menjalankan misi ke Gaza menggunakan dana sendiri tanpa membuka tabung berbeza dengan Nadir Al Nuri yang meminta sumbangan PETALING Pendakwah bebas Ebit Lew memulangkan paku buah keras kepada Muhammad Nadir Al Nu...
Panas Nadir Mana Pergi 20 Juta Ebit Lew Minta Nadir Perincikan Kemana Duit Sumbangan 20 Juta

Panas Nadir Mana Pergi 20 Juta Ebit Lew Minta Nadir Perincikan Kemana Duit Sumbangan 20 Juta

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 252 hits
Jangan Lupa Subsciber Channel Youtube kami ya Bantu kami capai 200k Subscriber Klik https www youtube com user Tvwau sub confirmation 1 Tvwau Kelantan
Ebit Lew Sembah Sujud Di Kaki Menteri Dekat Gaza Padu Ebit Lew Jawab T Duhan Caprice

Ebit Lew Sembah Sujud Di Kaki Menteri Dekat Gaza Padu Ebit Lew Jawab T Duhan Caprice

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 294 hits
Jangan Lupa Subsciber Channel Youtube kami ya Bantu kami capai 200k Subscriber Klik https www youtube com user Tvwau sub confirmation 1 Tvwau Kelantan
Hiburan Ebit Lew Akan Jawab Semua Fitnah Esok Jam 12 Tengah Hari

Hiburan Ebit Lew Akan Jawab Semua Fitnah Esok Jam 12 Tengah Hari

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 321 hits
Pendakwah bebas Ebit Lew sebentar tadi melalui Facebook rasmi miliknya memaklumkan akan melakukan sesi siaran langsung bagi menjawab semua fitnah yang dilontarkan kepadanya dan dirasakan tidak berasas BACA AdvertisementEbit Lew juga memaklu...
Hiburan Nafi Segala Tuduhan Ustaz Ebit Lew Bakal Perjelas Semuanya Esok

Hiburan Nafi Segala Tuduhan Ustaz Ebit Lew Bakal Perjelas Semuanya Esok

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 409 hits
Nampaknya masih belum selesai mengenai isu perselisihan faham di antara Ustaz Ebit Lew Caprice dan Nadir al Nuri berkaitan misi kemanusiaan di Gaza baru baru BACA AdvertisementDisebabkan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya pendakwah...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Online Presence Is Critical For Business

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Cara Monetize Facebook Page Dan Buat Duit Di Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur