Kereta Saya Pun Sudah Dipasang Rfid
Tol oh tol bilalah nak dimansuhkan ni? Eh hahaha jangan macam-macam ju. Cerita pasal tol, encik suami ada hadiahkan saya smart tag hitam tu beberapa tahun lepas, tapi dapat pakai sekejap je sebab dalam beberapa bulan dah rosak. Bukan rosak apa, dah longgar, sampai kene ikat getah kat bahagian bateri Smart Tag tu.
Kalau ikat getah tu dah ok takpe, ni kekadang dia buat hal jugak, tak detect masa kereta lalu kat lane smart tag. Ko ghase? Memang ghase nak marahlah kan. Dahla kita sakit slip disc kan, nak mudahkan lalu tol, last-last takla mudah pun. Ada satu masa sampai terfikir idea nak lekat kad touchNgo tu kat pemukul lalat, dan bagi setepek bila sampai kat tol tu. Hahaha idea je tapi tak buat pun.
Then mesti korang pun mesti perasan sekarang dah lane RFID, memula fikir menatang apalah ni kan. Ingatkan lane khas untuk polis, ambulan dan bomba, tapi bukan rupanya. Dia ala-ala smart tag juga, cuma bezanya takde kad tapi pakai EWallet. Bagi saya yang hari-hari lalu tol Guthrie, memanglah berbulu je tengok lane tu.
Dan nak bagitau, bulan Ogos 2018 aritu saya sempat register kat website TNG untuk jadi pilot user RFID ni, kira pasang free la, benda free memang saya suka hahaha, ala korang pun sama kan. Tapi mula-mula tu kecewa sebab tak terpilih untuk first batch. Takpe redha. Tapi kalau dah namanya rezeki, tetap rezeki juga walau bukan batch yang pertama.
Finally bulan Oktober 2018, saya terima email dari TNG RFID yang bagitau slot terbaru untuk pemasangan dah pun ada dan saya dah boleh register untuk slot tu. Hahaha senang cerita saya boleh book appointment untuk pemasangan RFID lah Senah. Wahh berbunga hati ni, rasa nak melompat bintang time-time tu jugak, tapi nasib baik kat opis. Jadi behave lah sikit.
So lepas ni tak perlu dah susah-susah hulurkan tangan nak touch kad dekat tol. Alhamdulillah, kalau sakit pinggang tetiba datang menyerang, takdelah kita susah-susah nak sengetkan badan lagi wei. Waktu terima emel gembira ni, saya terus booked tarikh dan Fitment centre yang dekat dengan rumah.
Terus terbayang riaknya saya waktu lalu kat lane tu nanti kan kakaka, gilerlah riak, berdosa weii. Then saya terus download Aps Touch N Go E Wallet. Topup duit sama ada RM10, RM20 atau RM100 secara online dan semua caj tol akan ditolak dari akaun E Wallet ni. Then waktu pemasangan RFID, kita perlu bawa salinan IC, borang yang dimuat turun dari emel yang diterima dari TouchNGo dan salinan geran atau Cover Note insurance kereta.
Setiap pemasangan ikut slot yang ditetapkan. So memang tak berebut-rebut ya.
Disebabkan tak boleh tampal kat lampu depan, so tampal kat cermin tu. Katanya sebab lampu ada tinted so that’s why tampal kat cermin depan. Apa-apa jela janji ok.
Nah inilah proses pemasangan RFID tu. Disebabkan ada tinted ni lampu depan kereta, sticker tu dipasang di luar cermin depan. Katanya kalau basuh kereta jangan pulak tonyoh sangat sticker ni, dikhuatiri cip rosak. Ok ai ai chip! Dan diorang akan test dengan mesin pengimbas sama ada boleh detect atau tak sticker RFID ni. Dan so far okay :).
Lepas dah lekatkan di cermin, alat pengimbas ni digunakan untuk test sama ada sticker tu berfungsi dengan baik atau tak
Pemasangan ni tak lama, memang sekejap benar, cuma ambil masa tang register tadi je. Itupun dalam 10 ke 15 minit dengan syarat semua dokumen yang yang sebut tadi lengkap dan dibawa semasa daftar. Selepas pemasangan sticker, benda ni akan di activate dalam masa 30 ke 60 minit dan korang akan terima SMS notification.
Ha, dah seminggu pun RFID ni, memang mudah dan cepat. Bagi saya yang hari-hari lalu tol Guthrie ni, memang berbaloi-baloi. TQ TNGo kekeke.
(34)
The post Kereta saya pun sudah dipasang RFID appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2018/11/kereta-saya-pun-sudah-dipasang-rfid.html