Kereta Nasional Pertama


Kontroversi projek ‘Kereta Malaysia’


PROTON Saga, kereta nasional pertama negara dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Julai 1985.

SAHIDAN JAAFAR10 Mei 2019


PAKAR ekonomi mengkritik hebat langkah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melaksa­nakan projek ‘Kereta Malaysia’ yang dianggap tidak berfaedah atau sesuai bagi pembangunan ekonomi Malaysia.

Pakar ekonomi seperti Jomo Kwame Sundaram, Chee Peng Lim dan Raphael Pura menyifatkan kos projek kereta Malaysia amat mahal menyebabkan ramai ahli ekonomi sama ada dari pihak kerajaan atau pun swasta bersetuju bahawa projek kereta Malaysia tidak ‘viable’.

Menurut seorang pakar, Chee Peng Lim yang menulis artikel “Beban Ekonomi Projek Kereta Malaysia” yang termuat dalam buku Dasar-Dasar Ekonomi Mahathir (1987) menyatakan, projek


AKHBAR AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 10 Julai 1985 bertajuk “Malaysia kini penjual kereta” memaparkan berita Proton Saga, kereta buatan Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Shah Alam pada pukul 10.30 pagi, 9 julai 1985.

itu “tidak berfaedah atau sesuai bagi pembangunan ekonomi Malaysia”.

“Projek ini amat mahal. Kos sebenarnya mungkin tidak dapat diketahui kerana dirahsiakan oleh kerajaan. Namun demikian, anggaran kos yang konservatif adalah seba­nyak RM1.5 bilion termasuk kos langsung dan tidak langsung…” (Chee Peng Lim 1987: 95).

Menurut Jomo Kwame Sundaram melalui artikel “Kereta Malaysia, Untung Mitsubishi” dalam “Dasar-Dasar Ekonomi Mahathir” (1987), pengeluaran apa yang digelarkan sebagai ‘Kereta Malaysia’ merupakan projek yang dikaitkan dengan Dasar Pandang Ke Timur yang paling kontroversi setakat ini.

“Pengeluaran Kereta Malaysia dianggap perlu oleh sesetengah pihak demi memajukan perindustrian di Malaysia. Memang tidak dinafikan bahawa perkembangan perusahaan kereta pernah memainkan peranan penting dalam sejarah pembangunan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun. Tetapi atas beberapa sebab, Malaysia tidak dapat meniru pengalaman negara-negara itu” (Jomo Kwame Sundaram 1987: 90).

Malah menurut Jomo, beberapa buah negara pernah memajukan rancangan perindustrian tanpa mengeluarkan sebarang kereta.

Raphael Pura yang menulis artikel bertajuk “Industri berat, ekonomi karam? Strategi perindustrian berat dipersoalkan” yang turut termuat dalam Dasar-Dasar Ekonomi Mahathir (1987) menyatakan, projek industri berat sebagai dasar penting untuk mempercepatkan pemindahan teknologi dari Jepun dan Korea Selatan yang dianggap sebagai projek kesayangan Dr. Mahathir sendiri.


AKHBAR AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 9 September 1985 bertajuk “Jangan perkecil Proton Saga” yang menyatakan harapan Dr. Mahathir Mohamad ketika melancarkan Proton Saga.

“Malah, Dr. Mahathir sendiri merupakan kuasa penggerak di sebalik dasar perindustrian berat. Apabila menjadi Perdana Menteri beliau memindahkan Heavy Industries Corporation of Malaysia (HICOM) dari tanggungjawab Kementerian Perdagangan dan Perindustrian kepada Jabatan Perdana Menteri.

“Dr. Mahathir juga telah mempercepatkan pelaksa­naan projek simen, keluli dan enjin motosikal dan mengge­rakkan semula projek kereta Malaysia setelah malap sejak 1980” (Raphael Pura 1987: 86).

Usahasama projek kereta Malaysia berkenaan melibatkan dua pihak utama iaitu HICOM yang menyumbangkan 70 peratus daripada modal berbayar sebanyak RM100 juta pada satu pihak dan Mitsubishi Corporation (MC) 15 peratus dan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) 15 peratus. Baki RM380 juta yang dianggarkan akan dipinjam dari Bank Eks­port Import Jepun serta bank-bank perdagangan lain.

Pada 9 Julai 1985, tepat pukul 10.30 pagi, selepas menanam anak pokok saga, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pun dengan rasminya melancarkan Proton Saga yang pertama keluar dari loji pemasangan, setahun lebih awal daripada jadual asalnya.

Menurut Datuk Tharu T. Tharumagnanam @ Tharu Thambiah dalam The Making Of The National Car: Not Just A Dream (1994), sebagaimana yang sudah terbukti, Projek Kereta Nasional yang pada mulanya telah diselar hebat oleh orang ramai itu, kini sudah menjadi kenyataan.

Projek tersebut bukan kha­yalan atau suatu ilusi.

Pembukaan rasmi penjualan Proton Saga yang pertama kepada orang awam oleh Dr. Mahathir pada 1 September 1985 merupakan acara meriah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen dan ditonton berjuta orang.

“Selepas menepung tawar kereta tersebut dan kemudiannya mengaminkan bacaan doa selamat, beliau (Dr. Mahathir) mengumumkan dirinya sebagai pembeli pertama kereta Proton Saga, sebuah sedan untuk isterinya, Dr. Siti Hasmah” (Tharu T. Tharumagnanam 1994: 46).

Dr. Mahathir merumuskan bahawa sentimen ramai rakyat yang telah berjaya menjadikan impian terhadap projek kereta Malaysia itu suatu kenyataan.

utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/05/kereta-nasional-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dyson Mempatenkan Rekaan Kereta Elektrik Pertama Mereka

Dyson Mempatenkan Rekaan Kereta Elektrik Pertama Mereka

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 445 hits
Dyson ialah syarikat yang menempa nama sebagai pengeluar mesin penyedut hampagas yang hadir tanpa beg untuk simpanan debu Menerusi sistem siklon mereka lebih banyak kotoran dapat dikutip tanpa kehilangan kuasa menyedut Tahun lalu mereka men...
Taiwan Negara Asia Pertama Menghalalkan Perkahwinan Sama Jenis

Taiwan Negara Asia Pertama Menghalalkan Perkahwinan Sama Jenis

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 442 hits
Taiwan menjadi negara pertama di Asia yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis di sisi undang undang pada 17 Mei 2019 Jumaat kelmarin Ribuan pendukung hak asasi manusia berkumpul di luar dewan parlimen dan bersorak mengibarkan bendera pel...
Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Kedua Dan Ramadan Ketiga

Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Kedua Dan Ramadan Ketiga

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 804 hits
hai assalammualaikumMenu Berbuka Puasa Hari Pertama Dan Kedua Dah masuk ramadan ke 11 ni baru nak cerita menu berbuka dari ramadan pertama sampai ke harini hahaha Almaklumla ramadan ni macam lemah sikit je nak buat kerja Bila dah nak menaip...
Mabes Polri Massa Luar Jakarta Pertama Kali Lakukan Provokasi

Mabes Polri Massa Luar Jakarta Pertama Kali Lakukan Provokasi

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 199 hits
Aksi depan Bawaslu yang berlangsung damai tiba tiba menjadi ricuh menjelang tengah malam Bentrokan aparat dengan massa akhirnya tidak bisa dihindarkan
Pertama Kali Rasa Kurma Ajwa

Pertama Kali Rasa Kurma Ajwa

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 374 hits
Assalammualaikum Dunia Hahaaaaa Hari Selasa 21 Mei 2019 bersamaan 16 Ramadhan 1440H Kurma Ajwa Harga Kalau kat Giant Melaka 300 gm dalamRM 39 90Hallooo dah kemas rumah ke ade yang cat rumah tak cikbunga rasa macam nak cat tapi dek kerana ke...
Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku

One Avenue Band Kisah Baru Kita Chord

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Keto Diet Manfaat Keburukan Cara Diet Yang Betul

Sarapan Pagi Di Kampung