Kereta Mewah Tapi Cukai Jalan Tak Bayar



: Cukai jalan tamat tempoh sejak 10 tahun lalu. Kesalahan itu dikesan dilakukan pemilik sebuah kereta mewah jenis Ferrari ketika Op Khas Bersepadu Genting, di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini, semalam.
Operasi yang diadakan selama dua hari bermula pagi semalam di dua lokasi iaitu di Plaza Tol Gombak dan Jalan Batang Kali – Genting itu menyaksikan sebanyak 572 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



Ketua JSPT Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata operasi berkenaan memberi tumpuan terhadap kenderaan membabitkan kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi yang dikesan menjadikan lebuhraya berkenaan sebagai litar lumba untuk melepaskan gian ketika hujung minggu. “Operasi ini turut dibantu anggota JSPT Bukit Aman selain disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan JPJ. Hasilnya pihak polis mengeluarkan 355 saman membabitkan pelbagai kesalahan.
“Sebanyak 94 saman membabitkan kesalahan lesen memandu, 31 saman kerana tiada cermin sisi, kesalahan membabitkan cukai jalan sebanyak 54 saman, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi 90 saman, 12 saman kesalahan tali pinggang keledar, enam kesalahan menggunakan lorong kecemasan, 15 saman bagi kesalahan lesen P dan L serta 49 saman kerana lain-lain kesalahan,” katanya ketika sidang media sejurus operasi, tengah hari tadi.
Beliau berkata, sebahagian daripada saman yang dikeluarkan itu dikenakan terhadap pemilik dan pengguna motosikal berkuasa tinggi serta kereta mewah yang dikesan ‘tidak cukup sifat’.




“Dalam operasi ini juga pihak polis turut menahan lapan lelaki kerana kesalahan membabitkan dadah, memandu secara berbahaya, memandu di bawah pengaruh alkohol dan menggunakan nombor pendaftaran palsu, manakala seorang wanita Vietnam turut ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah. “Pihak JPJ mengeluarkan 217 saman membabitkan pelbagai kesalahan. Manakala pihak AADK melakukan ujian air kencing terhadap 75 individu dan 16 daripada mereka ditahan selepas didapati positif dadah,” katanya.
Azman berkata, pihaknya mendapat maklumat Lebuhraya KLK sering digunakan sebagai tempat untuk menguji jentera bagi pemilik motosikal berkuasa tinggi dan kereta mewah atau ‘sport car’ yang dilihat boleh membahayakan keselamatan pemandu lain selain menyumbang kepada jumlah kemalangan.
“Golongan ini dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik lain. Antara kesalahan sering dilakukan adalah, lesen memandu tidak mengikut kelas kenderaan, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh seperti kesalahan yang dilakukan pemilik sebuah Ferrari semalam, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan ubahsuai kenderaan,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2018/12/kereta-mewah-tapi-cukai-jalan-tak-bayar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Rm1 800 Sebulan Tapi Mampu Miliki 6 Buah Kereta Mewah Kes Pencuri 1 Sen 1990 Viral Lagi Namun

Gaji Rm1 800 Sebulan Tapi Mampu Miliki 6 Buah Kereta Mewah Kes Pencuri 1 Sen 1990 Viral Lagi Namun

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 451 hits
Beliau hanya seorang eksekutif muda yang bekerja di sebuah bank dengan pendapatan kira kira RM1 800 sebulan pada ketika itu namun mampu memiliki enam buah kenderaan mewah yang hanya layak dimiliki jutawan nbsp Enam buah kenderaan itu adalah...
Tak Perlu Bayar Cukai Kalau Dah Bayar Zakat

Tak Perlu Bayar Cukai Kalau Dah Bayar Zakat

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 596 hits
Salam guysDisebabkan dah nak hujung tahun ni kebiasaannya umat Islam akan bayar zakat pendapatan untuk tahun semasa atau tahun 2018 Kenapa kena hujung tahun ni jugak Kalau bayar zakat tahun depan tak boleh ke Jawapannya BOLEHTetapi ada seba...
4731 Fomca Ppim Sokong Golongan Isi Rumah Mewah Perlu Bayar Bil Elektrik Berita Harian 4 12 18

4731 Fomca Ppim Sokong Golongan Isi Rumah Mewah Perlu Bayar Bil Elektrik Berita Harian 4 12 18

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia menyokong langkah kerajaan mengenakan bayaran kepada golongan isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah Timbalan Presiden FOMCA Mohd Yusof Abdul Rahman berkata golong...
Sayang Suamiku Dunia Akhirat Perniagaan Genap Setahun Beby Maembong Terima Kejutan Kereta Mewah Dari Suami Bertuahnya

Sayang Suamiku Dunia Akhirat Perniagaan Genap Setahun Beby Maembong Terima Kejutan Kereta Mewah Dari Suami Bertuahnya

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 585 hits
Usahawan produk kecantikan Beby Maembong telah berkongsi berita gembira di akaun Instagramnya baru baru ini Mana tidaknya Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail telah menerima kejutan istimewa daripada suami tercinta Nazri sebuah kereta...
Ron95 Sepatutnya Rm1 90 Tapi Jadi Rm2 20 Sebab Cukai 30 Sen

Ron95 Sepatutnya Rm1 90 Tapi Jadi Rm2 20 Sebab Cukai 30 Sen

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 271 hits
Suara Tanpa SempadanKUALA LUMPUR Kerajaan persekutuan didakwa mengenakan 30 sen cukai terhadap petrol RON95 sejak awal November Jelas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harga petrol RON95 sepatutnya dikenakan antara RM1 90 sehingg...
Isu Th Bn Tidak Merompak Th Tapi Kejam Kerana Terlebih Bayar Dividen

Isu Th Bn Tidak Merompak Th Tapi Kejam Kerana Terlebih Bayar Dividen

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 239 hits
Kerajaan PH telah mengumumkan bahawa Tabung Haji telah membuat kesalahan yang kejam iaitu telah terlebih bayar dividen kepada pencarum untuk 4 tahun berturut turut tahun 2014 2015 2016 dan 2017 Mereka mendakwa akibat membayar dividen berjum...
Bukan Taknak Bayar Ptptn Tapi

Bukan Taknak Bayar Ptptn Tapi

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 551 hits
Oleh Jika pun mahu mengejar yang liat tidak sepatutnya menzalimi yang taat Kecoh betul sejak semalam tentang pengumuman dari PTPTN bahawa bermula tahun depan potongan gaji akan dibuat berdasarkan jadual di bawah Aku faham kerajaan perlu kut...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim