Kereta Kemalangan Ketika Naik Genting Highland Ada Sebelas Saman Pandu Laju


 

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan pemandu kereta yang terbabas dan terbalik ketika naik ke pusat peranginan Genting Highlands, Bentong, dekat sini, seperti dalam rakaman video yang tular, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata siasatan awal mendapati kereta terbabit dipercayai dipandu secara melulu sehingga terbabit kemalangan.
"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sudah mengesan pemandu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dan dipanggil ke IPD Bentong untuk tindakan selanjutnya.
"Semakan ke atas kenderaan terbabit juga mendapati ia mempunyai 11 rekod saman, semuanya atas kesalahan memandu melebihi had laju," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Zaiham, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung wujudnya elemen perlumbaan dalam kejadian itu.
"Kita akan siasat elemen itu apabila pemandu terbabit hadir le IPD Bentong untuk dirakam keterangan nanti.
"Dalam pada itu, kita sedang mendapatkan butiran mengenai perakam video berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.
Zaiham berkata, siasatan mendapati kemalangan kira-kira jam 7.25 pagi, semalam di Kilometer 14.6 Jalan Genting Highlands, Bentong sebelum satu rakaman kejadian itu ditularkan di media sosial.
"Berdasarkan rakaman video yang tular, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Serdang, Selangor ke Genting Highlands.
"Apabila sampai di selekoh, pemandu kereta terbabit memotong sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan dan terbabas sendiri di sebelah kiri jalan. Pemandunya terselamat tanpa sebarang kecederaan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Menerusi rakaman video yang tular itu, kelihatan sebuah kereta jenis Honda sedang berlumba dengan sebuah kereta lain berdasarkan cara pemanduan yang ditunjukkan kedua-dua kenderaan.
Sebaik kereta Honda itu berjaya memintas kereta di hadapannya di sebuah laluan berselekoh, kenderaan itu dilihat terbabas ke sisi kiri jalan sebelum terbalik. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/04/kereta-kemalangan-ketika-naik-genting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Menginap Di Geo Resort Hotel Genting Highland

Pertama Kali Menginap Di Geo Resort Hotel Genting Highland

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 415 hits
Korang nak tau tak rasanya ini kali pertama Juju plan cuti cuti Malaysia dalam bulan puasa Huh Agak mencabar juga ya travel dalam bulan puasa ni Tapi dah nama pun kali pertamakan jadi belum cuba belum tau Ha mehla baca pengalaman kali perta...
Kai Dan Kemenhub Gelar Mudik Motor Gratis Naik Kereta Api

Kai Dan Kemenhub Gelar Mudik Motor Gratis Naik Kereta Api

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 227 hits
PT Kereta Api Logistik bersama Kementerian Perhubungan menggelar program Mudik Motor Gratis yang menyediakan jasa pengiriman sepeda motor gratis bagi pemudik yang pulang ke kampung halaman menggunakan transportasi umum dengan kuota sebanyak...
High Court Rejects Zakir Naik S Bid To Postpone Defamation Hearing Following Ongoing Visits To Oman

High Court Rejects Zakir Naik S Bid To Postpone Defamation Hearing Following Ongoing Visits To Oman

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 268 hits
Preacher Zakir Naik Zakir who now resides in Malaysia as a permanent resident is facing charges in India involving money laundering terrorism and creating religious tension Picture by Hari AnggaraKUALA LUMPUR April 6 Fugitive televangelist ...
Tangani Sepak Bola Elektabilitas Erick Thohir Diyakini Naik Di Kalangan Pemilih Muda

Tangani Sepak Bola Elektabilitas Erick Thohir Diyakini Naik Di Kalangan Pemilih Muda

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 370 hits
Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia Erick Thohir dinilai memiliki andil besar dengan berjuang maksimal dalam menyelesaikan persoalan sepak bola Indonesia
Stokin Lama Jangan Buang Boleh Elak Semut Naik Ke Meja Makan Mudah

Stokin Lama Jangan Buang Boleh Elak Semut Naik Ke Meja Makan Mudah

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 334 hits
Stokin untuk elak semua naik ke meja makan Kedengarannya agak pelik namun inilah tip yang berjaya dilakukan untuk menghalau dan mengelakkan untuk semut naik ke meja makan di rumah kita Mudah Hanya gunakan stokin lama sahaja dan ikut panduan...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Gerak Solo

Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah