Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat



Kejadian enjin kereta mati secara tiba-tiba berulang kembali. Kereta kami breakdown tepi jalan. Benda yang paling aku takut berlaku lagi. Lagi tragik waktu tu tengah hujan lebat. Memang ngeri kalau ingat semula. Alhamdulillah Allah jaga kami sekeluarga.

Mujur kejadian berlaku di jalan perumahan, bukan jalan utama yang sesak. Nasib baik juga tiada kereta belakang, kalau tak, memang boleh kena langgar.

 

Enjin Mati Tiba-Tiba, Kereta Breakdown Enjin mati terus bila suami tekan brek sebab beri laluan kereta lain dekat simpang. Sempat juga park ke tepi. Tapi serius, waktu tu hanya mampu istighfar dan bertenang. Terbayang kalau enjin mati di jalan raya besar, memang seram.

Terbayang kalau lah enjin mati atas jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Takut nak fikir lebih-lebih. Waktu tu kami dalam perjalanan ke sekolah. Nak hantar anak ke kelas silat. Hari Sabtu, dalam pukul 4 petang macam tu.

Kami sebenarnya dalam perjalanan ke sekolah, nak hantar anak ke kelas silat. Hari Sabtu, dalam pukul 4 petang macam tu. Hujan, anak-anak dalam kereta, enjin tiba-tiba mati, memang mencabar jiwa.

 



Kejadian Lama Berulang Kembali Masa tu teringat semula kejadian beberapa tahun lepas. Kami pakai kereta Kenari warna hitam. Aku sayang sangat kereta tu. Kejadian berlaku waktu kami on the way balik kampung, Pahang. Kereta tiba-tiba rosak di highway dan kami terpaksa panggil towing. Memang kena towing sampai bengkel berhampiran dengan tol Temerloh.

Ambil masa berminggu juga baru siap sebab katanya masalah gearbox. Kos waktu tu cecah lebih dua ribu ringgit. Lama juga nak kumpul semula tenaga dan semangat lepas tu. Waktu tu Ikhwan baru umur empat atau lima tahun, sekarang dah remaja.
Jadi, bila kereta sekarang alami perkara yang sama otak terus teringat segala susah payah masa dulu. Otak dah ligat fikir kos, masa, dan urusan harian tanpa kereta. Terduduk juga kami suami isteri sebab Allah bagi ujian bertimpa-timpa. Tapi apa boleh buat, ujian datang tak pernah kita jangka. Doa segala ujian Allah bagi kami dapat kekal bertenang dan tempuh sehingga selesai.



Suami terus hubungi syarikat towing. Alhamdulillah urusan mudah. Dia ikut kereta ke bengkel, aku pula teruskan hantar anak-anak ke kelas silat. Rezeki berkawan, balik tu tumpang kawan dan suami ambil Grab dari bengkel.

Oleh sebab kejadian berlaku hari Sabtu petang, workshop ambil masa dua hari juga baru siap. Petang Isnin baru kereta keluar bengkel. Memang rasa “patah kaki” dua hari tanpa kereta. Siap survey kereta sewa tapi tak berbaloi. Akhirnya kami pilih guna Grab je. Lebih mesra poket.



Kos Pembaikan dan Masalah Clutch Bearing Tokey bengkel bagi sebut harga berdasarkan kerosakan. Bagi juga pilihan dan cuba cara untuk minimakan kos pembaikan. Semua urusan suami yang settlekan. Terduduk juga bila tahu kos sebenar. Lebih dua ribu juga diperlukan termasuk la servis bahagian yang berkaitan. Tapi masih diterima akal sebab kereta pun dah lebih Sembilan tahun. Orang kata memang dah tiba masa dia.




Katanya kereta ada masalah berkaitan clutch kereta. Lebih tepat clutch bearing pecah. Cuba pelbagai cara dan memang clutch dah sampai hayat dia. Kena Ganti juga. Memang dua bulan ni tak boleh makan dekat luar. Kena berjimat, masak kat rumah.  
Bila fikir semula, banyak juga hikmah tersembunyi. Walaupun diuji, Allah tetap permudahkan urusan kami. Dari towing, bengkel, sampai urusan anak ke sekolah, semua dipermudah dengan cara tak disangka.

Sekarang kami lebih peka tentang tanda-tanda awal kereta nak rosak. Kadang bukan sebab cuai, tapi sebab masa dan keadaan. Yang penting belajar dari pengalaman.

Apa pun, kami bersyukur semua berlaku pasti ada hikmah dia. Kita struggle dengan cara masing-masing kan? Dunia memang tempat berpenat. Itu jelah aku selalu fikri nak bagi hati tenang.

 

Perkara Penting Perlu Tahu Bila Kereta Breakdown Tepi Jalan 1. Apa perlu buat bila kereta tiba-tiba breakdown tepi jalan?

Pertama sekali, jangan panik. Bertenang dan pastikan kereta berhenti betul-betul di tepi jalan. Pasang lampu hazard dan letakkan segi tiga kecemasan kalau ada. Kalau rasa tak selamat (macam jalan sunyi atau hujan lebat), lebih baik tunggu di tempat selamat sementara hubungi bantuan towing atau bengkel berhampiran.

2. Kenapa enjin kereta boleh mati secara tiba-tiba?

Banyak sebab boleh jadi. Kadang sebab bateri lemah, pam minyak rosak, alternator bermasalah, atau macam kes aku, clutch bearing pecah. Kalau benda ni jadi berulang, elok terus hantar bengkel. Jangan tunggu sampai betul-betul mati tengah jalan.
3. Berapa anggaran kos towing kereta?

Biasanya dalam RM100 hingga RM250 ikut jarak dan kawasan. Kalau luar bandar atau waktu malam, boleh jadi lebih sikit. Sekarang senang, banyak servis towing boleh WhatsApp terus je. Kami guna panel. Lebih mudah.
4. Macam mana nak elak kereta breakdown?

Buat servis berkala ikut jadual, tukar minyak hitam tepat waktu, dan jangan abaikan tanda-tanda pelik macam bunyi aneh, gear tersangkut, atau lampu enjin menyala. Kadang benda kecil je tapi kalau tangguh, boleh jadi besar.
5. Apa patut buat kalau kereta rosak masa hujan lebat atau waktu malam?

Jangan keluar dari kereta kalau jalan gelap atau banyak lori lalu. Pasang lampu hazard, hidupkan lampu dalam kereta, dan hubungi bantuan. Kalau nampak kawasan selamat (macam stesen minyak atau kawasan perumahan), cuba tolak atau alih perlahan-lahan ke situ. Keselamatan diri nombor satu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2025/10/kereta-breakdown-enjin-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hujan Lebat Berterusan Selama Hampir Sejam Akibatkan Beberapa Kawasan Di Daerah Lipis Dilanda Banjir Kilat

Hujan Lebat Berterusan Selama Hampir Sejam Akibatkan Beberapa Kawasan Di Daerah Lipis Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 172 hits
LIPIS Hujan lebat berterusan selama hampir sejam sejak pukul 2 pagi hingga 3 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat memaksa puluhan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Menurut aplikasi Inf...
Kedah Dilanda Banjir Susulan Hujan Lebat Sejak Pukul 6 Petang

Kedah Dilanda Banjir Susulan Hujan Lebat Sejak Pukul 6 Petang

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 177 hits
NORLIDA AKMAR IDROSTangkap layar video kawasan yang dilanda banjir susulan hujan lebat sejak pukul 6 petang tadi JITRA Beberapa kampung dan kawasan perumahan di daerah Kubang Pasu dan Pokok Sena dilanda banjir susulan hujan lebat sejak puku...
Amaran Hujan Lebat Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Amaran Hujan Lebat Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 158 hits
Amaran Hujan Lebat Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Malam Ini Hujan lebat ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda kebanyakan negeri sehingga jam 10 malam ini Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hujan lebat dijangka berlaku di se...
Hujan Lebat Diramal Landa Sembilan Negeri Petang Ini

Hujan Lebat Diramal Landa Sembilan Negeri Petang Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 172 hits
Hujan Lebat Diramal Landa Sembilan Negeri Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat di sembilan negeri sehingga jam 5 petang ini Menurut kenyataan itu beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti...
Anak Kecil Berlari Di Tengah Lebuh Raya Waktu Malam

Anak Kecil Berlari Di Tengah Lebuh Raya Waktu Malam

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 175 hits
KOSMO SEORANG budak berlari di lebuh raya Foto Polis North PortWASHINGTON Satu rakaman video tular kerana nbsp memaparkan kanak kanak kecil berlari seorang diri pada waktu malam di sebuah lebuh raya di negeri Florida lapor portal berita New...
Hemat Waktu Berjam Jam Selama Rekaman Dengan Ai Voice Generator Yang Bekerja Cepat

Hemat Waktu Berjam Jam Selama Rekaman Dengan Ai Voice Generator Yang Bekerja Cepat

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 125 hits
AI Voice Generator Pippit dapat digunakan untuk menghasilkan suara yang natural dan terdengar seperti manusia Dilengkapi berbagai fitur untuk membantu pengguna mengembangkan kreativitasnya
Kelantan Mayat Lelaki Ditemui Tepi Sungai Di Belakang Masjid Muhammadi

Kelantan Mayat Lelaki Ditemui Tepi Sungai Di Belakang Masjid Muhammadi

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 259 hits
Hidayatidayu RazaliKOTA BHARU Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui di tepi sungai di belakang Masjid Muhammadi di sini semalam Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis D...
Kes Samun Bekas Naib Canselor Usm Suspek Sembunyi Tepi Halaman Rumah Sebelum Serang Mangsa

Kes Samun Bekas Naib Canselor Usm Suspek Sembunyi Tepi Halaman Rumah Sebelum Serang Mangsa

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 167 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myGeorgetown Suspek lelaki yang ditahan disyaki terbabit dengan kes samun hingga mendatangkan kecederaan terhadap bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di Taman Pekaka Gel...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

Aku Bapak Kau

Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal

Balqist Putri Alexa Maulang Sayang Chord

Maksud Komited

Tektik Warga Asing Sewa Rumah Dijadikan Gudang Terbongkar Kastam Pahang Rampas 1 5 Juta Batang Rokok Seludup Di Kuantan