Kerepek Pisang Rangup Buat Sendiri Sampai Ketagih Mengunyah


Cara Buat Kerepek Pisang

Sedapnya kerepek pisang! Ia antara kerepek yang menjadi kegemaran Mai. Kalau buat makan sambil menonton televisyen, tak sedar sudah habis sebalang hehe. Ia juga menjadi pilihan ramai ketika hari raya. Cepat saja habis apabila dihidang.



Di Kuala Kangsar, ada satu gerai menjual kerepek pisang yang sedap rasanya. Ada di lembah Kuala Kangsar, berdekatan dengan kedai makan ikan bakar. Kira sedaplah di tekak Mai sebab hirisannya nipis sekata dan secukup rasa. Selalu juga membeli di situ. Sedap memang sedap. Kalau asyik membeli saja, masak juga poket dibuatnya. Nak juga berjimat kan. Disebabkan itu, Mai cuba buat kerepek pisang sendiri.

Sebenarnya mudah saja untuk buat kerepek pisang. Bahan utama yang perlu ada sudah tentu buah pisang. Tapi bukan semua pisang boleh dibuat kerepek ya. Ada beberapa jenis pisang saja yang sesuai untuk dibuat kerepek. Antaranya, Pisang Abu, Pisang Tanduk, Pisang Awak, Pisang Nangka dan lain-lain lagi.

Beberapa jenis pisang memang ada ditanam sendiri berdekatan rumah Mai. Jadi, mudah untuk dapatkan sumber bahan utama iaitu pisang.

Mai mula mencuba buat sendiri kerepek pisang dengan sesikat pisang abu muda yang matang. Maksudnya tidak terlalu muda dan bukan yang sudah masak ranum. Kebetulan pisang tersebut baru saja diambil dari pokok. Jika betul pilihannya, InsyaAllah menjadi dan sedap hasil kerepek nanti.

Prosesnya dimulakan dengan mengupas kulit pisang. Mai tak suka betul proses yang satu ni sebab agak leceh hihi. Kena kupas satu demi satu kulit pisang. Kulit pisang juga agak melekat dengan isi. Nak tak nak memang kena buat juga, kalau tak memang tak dapatlah isinya kan hehe. Kemudian, pisang direndam dalam besen bersaiz sederhana berisi air.

Ok, jom mula buat...

Resepi Kerepek Pisang
Bahan-bahan:

Pisang
Marjerin
Garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara membuatnya:

1. Kupas kulit pisang kemudian rendam seketika dalam besen berisi air.
2. Kemudian, sagat buah pisang menggunakan penyagat yang sesuai. Anda boleh sagat mengikut bentuk dan rupa kerepek kesukaan anda seperti bulat atau melintang panjang.
3. Letakkan pisang yang telah disagat dalam besen penapis supaya dapat toskan lebihan air.
4. Panaskan minyak banyak di dalam kuali.
5. Setelah minyak panas, kecilkan api dapur. Masukkan sesudu marjerin ke dalam minyak dan biarkan mencair. Kemudian masukkan pula sedikit saja garam dan kacau.
6. Selepas itu, masukkan pisang yang telah disagat ke dalam kuali. Jangan masukkan terlalu banyak kerana pisang mudah melekat dan susah untuk mengasingkannya setelah ia melekat terlalu banyak. Jika ada yang melekat, pisahkannya dengan sudip.
7. Kacau perlahan supaya masak sekata.
8. Jika sudah masak kuning keemasan, angkat dan toskan dengan meletakkannya dalam penapis.
9. Biarkan sejuk seketika, kemudian simpan dalam balang.
10. Ulang langkah 6 hingga 9 sehingga pisang habis. Tambah minyak kalau makin berkurang. Tambah juga sedikit marjerin dan sedikit garam selepas beberapa kali ulang menggoreng.

Kalau anda tak mahu rasa masin, tak perlu letak garam juga boleh. Goreng dengan sedikit bawang putih juga sedap rasanya.


Kini, kerepek pisang dipelbagaikan lagi hasilnya dengan disaluti sira, serbuk keju, serbuk coklat dan gula aising. Sedap juga rasanya. Pandai betul mereka mengolahnya supaya rasanya menjadi unik. Anda juga boleh mempelbagaikan cara hidangan dengan buat begitu.

Bila dah pandai buat sendiri ni, bolehlah buat bila-bila masa saja kan. Nak jana pendapatan sampingan juga boleh hehe. Selamat mencuba ye.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2019/11/kerepek-pisang-rangup-buat-sendiri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Membuat Bancuhan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Petua Membuat Bancuhan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 1100 hits
Petua membuat bancuhan tepung goreng pisang yang rangup Tentu anda pernah mengalami masalah yang sama seperti saya Bermacam macam cara yang kita lakukan agar tepung bancuhan untuk menggoreng pisang sotong atau udang sentiasa rangup Dan gari...
Resipi Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup Dan Kurang Serap Minyak

Resipi Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup Dan Kurang Serap Minyak

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 1544 hits
Nak buat pisang goreng paling utama adalah tepungnya Kalau tepung bancuhan tu sedap maka sedaplah pisang goreng tu Sebab itulah pisang goreng di gerai tepi jalan selalu jadi igauan Salah satu sebabnya tepung goreng pisang yang digunakan ama...
Budak 2 Tahun Maut Disumbat Air 19 Liter Secara Paksa Oleh Ibu Sendiri

Budak 2 Tahun Maut Disumbat Air 19 Liter Secara Paksa Oleh Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 505 hits
Gambar Hiasan JAKARTA Seorang kanak kanak berusia 2 tahun meninggal dunia apabila digogok air secara paksa oleh ibu kandungnya sendiri Dalam kejadian yang berlaku di Duri Kepa Kebon Jeruk Jakarta Barat pada Jumaat mangsa yang hanya dikenali...
Buat Sendiri Talam Berlauk Sungguh Mewah Sedap

Buat Sendiri Talam Berlauk Sungguh Mewah Sedap

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 959 hits
Kuih Talam Berlauk antara kuih pedas yang disukai ramai dan membuatnya juga senang Jadi kenapa perlu membeli untuk makan kalau selalu tidak cukup dan puas makan kerana harga kuih sekarang juga mahal Sesekali cuba buat sendiri kerana kuih in...
Tak Payah Beli Sediakan Kek Sendiri Pada Anak Lemon Cheese Cake Rasa Sama Macam Kedai

Tak Payah Beli Sediakan Kek Sendiri Pada Anak Lemon Cheese Cake Rasa Sama Macam Kedai

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 404 hits
Bagi penggemar manisan kek pastinya cukup mengujakan Malah kalau boleh mahukan kek setiap hari Tapi itu bagi kita orang dewasa Namun walaupun kecil anak juga sudah punya citarasa sendiri ketika makan Ada yang gemarkan kek dan manisan namun ...
I Saraan Kwsp Caruman Dividen Untuk Mereka Yang Berkerja Sendiri

I Saraan Kwsp Caruman Dividen Untuk Mereka Yang Berkerja Sendiri

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 349 hits
i Saraan KWSP Caruman Dividen Untuk Mereka Yang Berkerja Sendiri Bila sebut perkataan KWSP perkara yang muncul adalah DUIT DI HARI TUA Iyalah kalau orang yang kerja kerajaan takde hal sebab boleh dapat pencen tapi untuk kerja swasta KWSP la...
Pelajar Didakwa Tak Dapat Terima Teguran Guru Agama Maut Ditikam Bertubi Tubi Murid Sendiri

Pelajar Didakwa Tak Dapat Terima Teguran Guru Agama Maut Ditikam Bertubi Tubi Murid Sendiri

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 358 hits
Seorang guru agama sekolah menengah di Manado Sulawesi Utara Indonesia diserang sebelum maut ditikam bertubi tubi oleh muridnya sendiri Pihak polis menerangkan bahawa insiden berpunca dari teguran yang diberikan oleh guru berkenaan kepada p...
Benda Apa Warna Putih Tu Lelaki Dakwa Pagar Rumah Jiran Bergerak Sendiri Nampak Benda Putih

Benda Apa Warna Putih Tu Lelaki Dakwa Pagar Rumah Jiran Bergerak Sendiri Nampak Benda Putih

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 799 hits
Baru baru ini tular rakaman yang dimuatnaik oleh pemilik akaun bernama Fahpro Individu yang dipercayai merupakan seorang mahasiswa universiti tempatan itu berkongsi kejadian misteri yang menimpa diri serta rakan serumahnya Menurut Fahpro in...
Sering Mengislamkan Saudara Baru Firdaus Wong Pimpin Ibu Sendiri Peluk Islam

Sering Mengislamkan Saudara Baru Firdaus Wong Pimpin Ibu Sendiri Peluk Islam

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1200 hits
HARI ini mungkin menjadi detik paling istimewa bagi penceramah bebas Firdaus Wong Wai Hung apabila ibunya mengambil keputusan memeluk agama Islam Lebih menyentuh perasaan beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Firdaus memimpin sendiri ibu...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian