Kerepek Batang Pisang Kudapan Rare Zaman Sekarang
Pisang, selain buah pisang yang sedap di makan serta boleh dipelbagaikan menu berasaskan pisang. Sesungguhnya bahagian pokok pisang yang lain banyak juga manfaatnya.
Jantung pisang sedap di buat ulam dan masakan sayur. Bunga pisang sedap di goreng rangup bersalut tepung ikut cara Tukang Kebun. Daun pisang pula banyak digunakan untuk membungkus hidangan nasi dan kuih muih tradisional.
Batang pisang pula hanya digunakan untuk kegunaan tertentu sahaja. Contohnya zaman dulu orang buat tempat letak cucuk bunga telur di majlis perkahwinan
Selain tu batang pisang juga digunakan dalam acara berkhatan. Tak banyak kegunaan batang pisang selain dibiarkan mereput selepas ditebang. Proses pereputan batang pisang pun ambil masa yang lama sebab kelembapan batang pisang tinggi dan tak mudah dimakan api jika dibakar
Siapa sangka, batang pisang juga boleh dimakan. Pernah dengar jugalah batang pisang sedap di masak gulai. Tak tahu nak pelik ke tidak tapi macam okay je kot masak gulai. Tapi bila tahu ada kerepek batang pisang, macam like seriously?
Berkerut kerut dahi memikirkan seakan akan masih tak percaya wujudnya kerepek batang pisang yang baru je tahu dari satu posting zayan di instagram
Ya, tak percaya juga bukan? Katanya lagi kudapan kerepek batang pisang ni sedap dek kerana teksturnya yang nipis dan rangup digoreng. Tambah sedap lagi digoreng dengan menggunakan tepung berperisa macam tepung bestari pilihan ramai tu.
Beberapa proses yang dikongsikan untuk membuat kerepek batang pisang. Perlu ambil bahagian yang tertentu sahaja. Bahagian yang hijau perlu dibuat sebab kelat dan pahit
Hanya perlu ambil bahagian didalam umbut batang pisang ni. Kemudian potong potong mengikut saiz yang sesuai
Salutkan dengan tepung dan goreng
Nampak lagi sedap kalau ditaburkan perasa
baca juga : resipi kerepek batang pisang
Selain dibuat makanan, ada lagi kegunaan batang pisang dari dibuang begitu saja.
Kegunaan Batang PisangMOL Batang pisangDi Thailand, selain menggunakan GMO (Genetically modified organisms) atau baja kimia. Batang pisang diproses untuk hasilkan MOL (Mikro Organisma Lokal) bagi menggalakan pertumbuhan tanaman. Ianya dijadikan sebagai baja untuk menghasilkan sayuran daun oversize
Batas batang pisangDisebabkan batang pisang sukar mereput dengan cepat dan mempunyai kelembapan yang tinggi, ianya sangat sesuai dijadikan medium tanaman untuk tanaman jangka pendek seperti sawi, bayam, kangkung dan sebagainya.
Berus cuci pingganTahukah anda? Orang dulu menggunakan batang pisang untuk mencuci pinggan mangkuk semasa kenduri. Batang pisang membantu menanggalkan minyak dan kotoran yang melekat pada pinggan mangkuk.
Batang pisang akan dipotong keci dan diletakkan dalam air basuhan pinggan bersama sabun. Kiranya dijadikan sebagai berus lah. Masih lagi menggunakan sabun. Ini zaman rewang dulu kala lah.
Makanan haiwan ternakanDi Thailand dan Indonesia, batang pisang telah dijadikan sebahagian makanan kepada haiwan ternakan mereka sejak dulu lagi. Batang pisang berupaya memperbaiki sistem pencernaan haiwan dan mengurangkan kadar haba dalam haiwan.
Selain diberikan mentah, ia juga diadun dengan bahan lain untuk menambah nilai khasiat makanan tersebut.
Itulah dia cerita batang pisang yang sangat menarik rupanya. Sangat serbaguna ye sebatang pokok pisang tu. Tak rugi tanam pokok pisang yang hasilnya macam-macam boleh dibuat
kredit info : https://www.impiana.my/6-kegunaan-batang-pisang-yang-mungkin-anda-tak-tahu/
kredit image : https://www.instagram.com/p/CHuRNiSJ_7e/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/11/kerepek-batang-pisang-kudapan-rare.html