Kerap Sembelit Try 6 Cara Mengatasi Sembelit
Korang biasa tak kena sembelit? Bukan nak cakap apalah, bila datang masalah sembelit nie kepala dan perut memang rasa lain macam! Ada cara mengatasi sembelit?Nilah yang sis nak share
Kalau sis,bukan aje kepala yang pening. Perut pun kembung dan rasa macam nak muntah pun ada. Apa yang sis tahu, banyak faktor yang menyebabkan kita sembelit atau susah buang air besar.
Jadual pemakanan yang tidak teratur, kekurangan serat dan juga cairan dalam badan,peningkatan usia dan hipertens juga boleh menyebabkan masalah sembelit nie.
Sekiranya korang ada mengalami masalah sembelit atau sukar membuang air besar, bolehlah cuba langkah mudah ini supaya masalah tersebut dapat diatasi. Ini adalah cara paling mudah yang sering sis amalkan. Ahhh… gitewww!
Berikut cara mudah yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah sembelit:-
1. Minum Air Masak
Biasakan diri kita minum air masak. secukupnya Minum air masak sangat penting untuk membantu melancarkan sistem penghadaman kita
Selain dapat menghindari kita daripada dehidrasi, cairan tersebut berfungsi sebagai pelarut yang menghapuskan toksin dalam badan kita. Sis dapat rasakan, kalau sehari tak cukup minum air, badan pun rasa macam tak fresh.
So korang kalau tak nak kena sembelit, kenalah rajin minum air masak. Paling kurang 4 gelas sehari.
2. Makan Yogurt
Korang suka makan yogurt tak? Sis tak berapa suka, tetapi sebab nak sihat, suka paska diri jugaklah. Yogurt dikatakan mampu mengatasi masalah sembelit dengan efektif.
Jadi, jangan lupa menikmati yogurt ok dan rasakan khasiatnya setelah kita menikmatinya
3. Pilih Makanan Tinggi Serat
Jika sebelum ini korang kurang peduli tentang pemilihan makanan berserat, kini tibalah masa untuk berubah!
Dah tahu ada masalah sembelit, cubalah pilih makanan yang mengandungi serat. Buah-buahan seperti epal, pisang, markisa dan avokado yang kaya dengan serat sebaiknya dimasukkan dalam menu harian kita.
Selain membantu mencegah dehidrasi, ia juga mampu melancarkan sistem penghadaman.Sayur-sayuran seperti kacang buncis, kacang peas juga boleh membantu mencegah sembelit
Daun mint atau pudina yang segar bagus untuk penghadaman. Tambahkan ke dalam minuman dan ia akan membantu masalah sembelit yang kita hadapi.
4. Makan Buah Kurma
Tak semestinya di bulan puasa sahaja kita menjamah buah kurma. Di rumah sis, tetap ada buah kurma. Makan tak kira di bulan puasa ataupun tak. Sebabnya kurma mengandungi banyak khasiat, termasuklah sebagai sumber serat, karbohidrat, kalium, kalium, magnesium dan gula semulajadi.
Menikmati kurma bukan jer membantu kita mengawal kadar gula dalam darah tetapi juga mampu mencegah sembelit
Di dalam buah kurma juga terdapat kandungan gula iaitu glukosa dan fruktosa tinggi yang baik untuk memberikan energi pada tubuh seperti ke sel-sel otak, saraf, darah merah dan tulang belakang
Baca Juga: 6 Petua Hilangkan Batuk Dengan Mudah
5. Bersenam Secara Rutin
Bersenam secara rutin merupakan salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah sembelit, selain dari menjaga cara pemakanan dan pengambilan minuman kita
Kita boleh melakukan gerakan senaman ringan seperti berjalan cepat, berenang dan berbasikal bagi melancarkan sistem penghadaman dalam badan kita.
Bersenam mampu membakar lemak dan kalori sehingga berupaya mencegah sembelit yang menganggu.Sebaiknya lakukan senaman sebelum kita makan ‘berat-berat’ kerana boleh menghindari gas berlebihan yang boleh menyebabkan sembelit.
6. Jangan Ditahan-Tahan Kalau Rasa Nak ‘Melepas’
Bukan nak kata apalah, walaupun dah tahu memang tak bagus kalau kita tahan-tahan nak buang air besar nie, tapi kadang-kadang kita buat juga! Hahhaa..
Lebih-lebih lagi bila kita rasa tidak selesa untuk melepaskan ‘hajat’ tersebut.Lagi teruk kalau hanya mahu ‘melepas’ di toilet rumah sendiri! Memang haru birulah kan.
Akibatnya, najis yang sepatutnya dilepaskan menjadi terkumpul di dalam usus besar. Jika dibiarkan beberapa hari, najis akan jadi lagi mengeras. Bahaya betul! Jadi, kalau rasa nak ‘melabur’ tu, cepat-cepatlah cari toilet dan lepaskan hajatmu itu. Hahaha…
Itulah beberapa cara mengatasi masalah sembelit yang boleh dipraktik. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto:Google
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2020/10/kerap-sembelit-try-6-cara-mengatasi.html