Kerana Sombong Iblis Terbuang Dari Syurga


Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang kedua disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam, namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil, manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.


Dia (iblis) lupa akibat urusannya, maka Allah SWT telah memerintahkannya sujud kepada Adam.

Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah SWT berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki."

Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu dan ketika para malaikat mengangkat kepala, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud.

Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir."

Kemudian Allah SWT merubah wajahnya daripada asal yang sangat indah kepada bentuk seperti babi hutan.

Allah SWT membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya.

Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi.

"Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah makhluk yang terkutuk." (QS Shaad: 77)

Allah SWT melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir.

Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai empat sayap, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah SWT membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril dan Mikail.

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?"

Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."

Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."

Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku."

Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."

Lalu Allah berfirman yang maksudnya, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."

Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, (ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang menaiki kuda mahupun yang berjalan kaki). Dan bersekutulah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusaha dan mengarahkannya ke jalan yang haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah dengan mereka."

Perkara ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud, "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tidak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Ambil Pengajaran

Kita selalu membayangkan iblis dengan hal-hal yang negatif, padahal ada perkara positif yang boleh kita ambil pengajaran darinya.

Salah satu yang sangat penting adalah, ibadah tidak menjamin kita masuk ke dalam syurga, makanya kita harus berhati-hati dan selalu berdoa kepada Allah SWT supaya meninggal dunia dalam keadaan khusnul khotimah.

Sabda Rasulullah SAW, "Tidak ada amalan seorangpun yang dapat memasukkannya ke dalam syurga dan menyelamatkannya dari neraka. Tidak juga dengan ku, kecuali dengan rahmat Allah SWT." (HR Muslim).

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/03/kisah-kesombongan-iblis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tau 6 Perkara Untuk Jaminan Syurga Jom Baca Ni

Nak Tau 6 Perkara Untuk Jaminan Syurga Jom Baca Ni

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 150 hits
Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara 1 Jujur jika berbicara Ibnu Qayyim Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur dia akan celaka dan binasa Kejujuran akan membeza...
Lembah Klang Syurga Pendatang

Lembah Klang Syurga Pendatang

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 140 hits
Muhaamad Hafis Nawawi Muhammad Saufi Hassan Nurul Hidayah Bahaudin dan Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilam hmetro com myNisbah seorang warga asing setiap 10 penduduk tempatan Kuala Lumpur Angka mencetuskan rasa gusar apabila nisbah mendapati ter...
Pintu Syurga Isteri Ada Je Kat Rumah Tapi Ramai Isteri Tak Nampak

Pintu Syurga Isteri Ada Je Kat Rumah Tapi Ramai Isteri Tak Nampak

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 268 hits
Pintu Syurga Isteri Ada Je Kat Rumah Tapi Ramai Isteri Tak Nampak Isteri memiliki pintu syurga di rumahnya Pintu itu boleh mengantar dia ke syurga atau melemparkannya menuju ke neraka Pintu itu hanya satu SUAMI Isteri yang TAAT kepada suami...
Rasa Hebat Letak Nama P U Perasan Masuk Syurga Macam La Syurga Mak Bapak Ko Yang Punya

Rasa Hebat Letak Nama P U Perasan Masuk Syurga Macam La Syurga Mak Bapak Ko Yang Punya

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 123 hits
Dia macam dah confirm masuk syurga Sebab tu selamba kata nak ketawakan orang di sana Jangan kita sama sama menangis kat sana nanti dah la Hidayah milik Allah Dan Allah juga mampu bolak balikkan hati kita Guane boh Raja Gelap
Video Shu Sayang Akak Sampai Syurga Menitik Air Mata Bella Astillah Lihat Shuhada Men4ngis

Video Shu Sayang Akak Sampai Syurga Menitik Air Mata Bella Astillah Lihat Shuhada Men4ngis

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 214 hits
Pelakon Bella Astillah tidak dapat menahan seb4k apabila bertemu dengan isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri Detik pertemuan itu dikongsi sendiri oleh Bella menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya A...
Nad Zainal Ditvduh Sombong Dengan Peminat Tak Layan Lambaian Senyuman How I Wish Sikap Pun Secantik Muka

Nad Zainal Ditvduh Sombong Dengan Peminat Tak Layan Lambaian Senyuman How I Wish Sikap Pun Secantik Muka

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 217 hits
Selepas kec0h dengan d4kwaan baby bump nama pelakon Nad Zainal terus menerus menjadi tumpuan warganet di media sosial Hampa lambaian tidak dibalasTerbaru ada seorang peminat meluahkan rasa kec3wa dengan tindakan Nad yang did4kwa sombong ket...
Ayat Kursi Pendinding Diri Dari Kejahatan Iblis Syaitan Dan Manusia

Ayat Kursi Pendinding Diri Dari Kejahatan Iblis Syaitan Dan Manusia

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 388 hits
Dalam menghadapi hidup setiap hari kita memerlukan satu kaedah yang jitu bagi menjaga keselamatan diri kita anak isteri rumah dan harta benda perniagaan serta urusan dan pekerjaan yang kita jalankan Setiap hari berlaku rompakan penipuan per...
Wanns Ahmad Makhluk Jalang Terbuang Chord

Wanns Ahmad Makhluk Jalang Terbuang Chord

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 145 hits
F A F A F Akulah makhluk jalang A Fyang terbuang Fterpelanting di sudutA F bumi yang terasingA F A F jauh terpencilA mletih F melihat dari matanyaA F yang berisikan dendamFdan Dari Ranjang A Fyang lesu aku tenggelamA FlumpuhA Fperjalananku ...
Saya Orang Biasa Meski Popular Seluruh Dunia Peminat Puji Lisa Bp Tak Pernah Sombong

Saya Orang Biasa Meski Popular Seluruh Dunia Peminat Puji Lisa Bp Tak Pernah Sombong

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 381 hits
Meskipun sudah dikenali ramai Lisa BLACKPINK nampaknya masih sentiasa merendah diri kepada orang ramai ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Lisa telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Harper s Bazaar Singapura di mana dia men...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever