Kerana Nafsu Isteri Menyesal Sepanjang Hayat Suami Pergi Tanpa Kata


 


gambar hiasan
Nukilan..Seorang Insan Yang Menyesal
“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun
ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tanggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”
Sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pak-janggut.blogspot.com/2014/02/kerana-nafsu-isteri-menyesal-sepanjang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Suami Belasah Isteri Dalam Lif

Video Suami Belasah Isteri Dalam Lif

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 178 hits
Terkejut Labi Labi tahu tak lepas tengok video yang Labi Labi jumpa dekat Youtube ini tahu tak Mana tak nya seorang lelaki membelasah isterinya didepan anak anak mereka Punca kejadian tak tahu lah kenapa kan tapi memang meremang bulu tengko...
Bukan Suami Tak Suka Tapi Isteri Yang

Bukan Suami Tak Suka Tapi Isteri Yang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 151 hits
Hidup berumah tangga pasti seperti air laut yang kadang kala surut dan kadang kala air nya akan naik sehingga membadai tebing tebing pesisir pantai menghakis bentuk muka bumi Rumah tangga yang tidak dijaga pastinya bakal menjadi seperti teb...
Adab Suami Ketika Isteri Mengandung

Adab Suami Ketika Isteri Mengandung

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 177 hits
Ketika isteri mengandung suami hendaklah benar benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu Ada suami ketika isteri mengandung melibatkan emosi Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami...
Video Netizen Terhibur Isteri Kena Beb3l Dengan Suami Lepas Nampak Pasangan Tua Sweet Depan Rumah

Video Netizen Terhibur Isteri Kena Beb3l Dengan Suami Lepas Nampak Pasangan Tua Sweet Depan Rumah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 209 hits
Setiap pasangan suami isteri pasti ada cara tersendiri nak bermanja dan berkasih sayang kan Lagi lagi kalau pasangan yang dah lama mendirikan rumah tangga ni Bukan apa bila anak anak semua dah besar baru lah ada masa nak diluangkan bersama ...
Suami Saman Isteri Sebab Hodoh

Suami Saman Isteri Sebab Hodoh

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 276 hits
Seorang lelaki dari China Jian Feng telah menceraikan dan menyaman isterinya sebanyak 120 000 dan beliau menang kes tersebut Menurut laporan Feng tinggal bersama isterinya yang cantik hidup bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang bay...
Misteri Mh370 Pasangan Suami Isteri Dakwa Ketahui Jatuhnya Pesawat Malaysia Airlines

Misteri Mh370 Pasangan Suami Isteri Dakwa Ketahui Jatuhnya Pesawat Malaysia Airlines

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 279 hits
Sudah hampir 2 minggu sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang terputus hubungan pada Sabtu lalu Pencarian masih lagi diteruskan namun sehingga saat ini belum ada titik noktah tentang berita dimana kedudukan pesawat yang membaw...
Malam Pertama Fattah Amin Dan Fazura Sebagai Suami Isteri

Malam Pertama Fattah Amin Dan Fazura Sebagai Suami Isteri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 717 hits
Tanggal 27 November 2017 menjadi tarikh penting buat pasangan pelakon popular yang hensem dan cantik iaitu Fattah Amin dan Fazura Pasangan ini telah menggeparkan industru hiburan apabila mereka bersam sama ke Mekah untuk melaksanakan umrah ...
Ww Suami Bn Isteri Pas

Ww Suami Bn Isteri Pas

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 141 hits
KOMEN PEMBACA UNTUK GAMBAR INI Catatan To Wan Politik politik juga bro Keharmonian rumahtangga jangan dibiar terabai
Suami Isteri Hina Nabi Muhammad Saw Dihukum

Suami Isteri Hina Nabi Muhammad Saw Dihukum

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 184 hits
ISLAMABAD 6 April Sepasang suami isteri beragama Kristian dijatuhi hukuman mati atas kesalahan menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW di timur wilayah Punjab di sini Peguambela Nadeem Hassan berkata hakim menjatuhkan hukuman itu kelmar...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation