Kerana Berebut Tapak Peniaga Didenda Rm 3 000 Cederakan Penjual Durian Rosakkan Khemah Jualan


KAJANG, 24 Jun – Padah merosakkan khemah jualan durian dan mencederakan seorang peniaga lain kerana berebut tapak perniagaan, seorang peniaga dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Johari Siffar, 42, selepas dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Bagi setiap kesalahan, mahkamah mengenakan denda masing-masing RM1,500 atau 14 hari penjara, sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan pertama, Johari didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap penjual durian, Yusri Mustaffa, 52, di tapak perniagaan berdekatan sebuah surau di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, di sini pada pukul 12 tengah hari, 20 Jun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh turut didakwa melakukan khianat yang menyebabkan kerosakan terhadap meja, khemah berukuran 10 kaki dan buah durian milik Yusri, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.
Johari bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan melakukan ugutan jenayah bagi menakutkan isteri mangsa, Maria Mohd Nor, 46, dengan cara menghayun sebiji durian untuk menyebabkan cedera parah terhadapnya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh telah merosakkan tapak perniagaan mangsa dengan cara membalikkan meja dan merosakkan khemah milik lelaki itu sebelum bertindak menumbuk muka dan menendangnya selain hampir membaling isteri mangsa menggunakan buah durian.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi.
“Tertuduh berusia 42 tahun dan sudah matang, seharusnya tahu membezakan perkara yang baik dan buruk,” katanya.
Bagaimanapun, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum ke atasnya atas alasan dia perlu menjaga ibu yang sudah berusia.
 
Sumber: Bernama
The post Kerana Berebut Tapak, Peniaga Didenda RM 3,000 Cederakan Penjual Durian, Rosakkan Khemah Jualan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/24/kerana-berebut-tapak-peniaga-didenda-rm-3000-cederakan-penjual-durian-rosakkan-khemah-jualan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Berebut Tapak Peniaga Dibelasah Amp Dibaling Dengan Durian

Kes Berebut Tapak Peniaga Dibelasah Amp Dibaling Dengan Durian

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 438 hits
Polis kini sedang mengesan seorang lelaki bernama Joe bersama empat lagi individu lain yang berkaitan dengan kes pergaduhan berhampiran Surau Al Amin Bandar Baru Bangi semalam nbsp Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata piha...
Peniaga Didakwa Tipu Wanita Iraq Jual Beli Penutup Hidung Dan Mulut Berjumlah Rm300 000

Peniaga Didakwa Tipu Wanita Iraq Jual Beli Penutup Hidung Dan Mulut Berjumlah Rm300 000

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR 18 Jun Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menipu seorang wanita warga Iraq berhubung jual beli pelitup muka berjumlah RM300 000 Lee Wai Kuen 29 bagaimanapun mengaku tidak bersalah s...
Peniaga Dipenjara 15 Hari Denda Rm75 000 Cuba Rasuah Pegawai Polis

Peniaga Dipenjara 15 Hari Denda Rm75 000 Cuba Rasuah Pegawai Polis

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 442 hits
SRI AMAN 18 Jun Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 hari dan denda RM75 000 ke atas seorang peniaga berumur 53 tahun kerana cuba merasuah seorang pegawai polis Ting Hua Thai mengaku bersalah di hadapan Hakim...
12 Peniaga Durian Di Perak Dikenakan Kompaun Guna Penimbang Yang Tidak Disahkan

12 Peniaga Durian Di Perak Dikenakan Kompaun Guna Penimbang Yang Tidak Disahkan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 420 hits
IPOH Dua belas peniaga durian dikompaun selepas didapati melakukan kesalahan menggunakan penimbang tidak ditentusahkan dalam operasi sekitar Perak semalam Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perak Saifulliza...
Lelaki Mabuk Mengaku Salah Didenda Rm4 000

Lelaki Mabuk Mengaku Salah Didenda Rm4 000

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR 15 JUN Seorang lelaki didenda RM4 000 oleh Mahkamah Trafik di sini hari ini selepas mengaku bersalah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol semalam Majistret Putri Nurshila Rahimi menjatuhkan hukuman itu ke atas Yeap Soon Yen...
Kena Tipu Penjual Durian Musang King Gred C Tapi Dijual Harga Gred A Ini Tipsnya

Kena Tipu Penjual Durian Musang King Gred C Tapi Dijual Harga Gred A Ini Tipsnya

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 1386 hits
Musim durian kembali lagi pada tahun 2020 muncul pada waktu yang sesuai selepas virus convid19 berjaya di atasi penularannya Namun virus ditipu oleh penjual durian lebih teruk berbanding virus Corona disebabkkan pembeli yang tidak minat men...
Model Sambilan Didenda Rm18 000 Penjara 5 Tahun Sebabkan Kematian

Model Sambilan Didenda Rm18 000 Penjara 5 Tahun Sebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 376 hits
Model sambilan yang dituduh memandu secara melawan arus dan menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang tiga tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM18 000 Majistret Sri Praca Nanthini Balabedha membuat keputusan ke ...
Hina Islam Penyelia Kilang Didenda Rm6 000

Hina Islam Penyelia Kilang Didenda Rm6 000

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 358 hits
Akibat menghantar komunikasi jelik dan menghina agama Islam menerusi akaun Facebook seorang penyelia kilang perabut didenda RM6 000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini Koh Teen Ern 37 membuat pengakuan bersalah sel...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Menyembuhkan Hfmd Cara Tradisional

Senarai 70 Dosa Besar Menurut Adz Dzahabi

Hafizh Syahrin Arrc 2025 Jdt Racing Team

Kami Akhirnya Pulang Hasrat Bawa Anak Pindah London Terkubur Lima Sekeluarga Maut Nahas Pesawat Air India

Nahas Pesawat Air India Analisis Pilot Ini Raih Perhatian

Selamat Tinggal Whatsapp