Adakah Malaysia Akan Bankrupt Seperti Kata Pentaksub Pakaton Analisis Hutang Negara Part 1


Malaysia te­lah mendefinisikan semula hutang luar negaranya kepada denominasi ringgit berkuat kuasa suku pertama tahun ini

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, sebelum ini, definisi hutang luar negara diambil kira bukan dalam denominasi ringgit dan langkah mendefinisikan semula diambil berikutan kemajuan yang ketara dalam pasaran kewangan Malaysia yang dianggap sudah matang

Katanya, pasaran kewangan Malaysia matang selain menghasilkan penyertaan pelabur bukan pemastautin yang lebih tinggi dalam sekuriti hutang domestik dalam denominasi ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini

Jelasnya, susulan definisi semula ini, pemegangan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin, kredit perdagangan yang diberikan oleh rakan-rakan pedagang asing dan liabiliti hutang lain, kini dimasukkan sebagai sebahagian daripada hutang luar negara Malaysia

"Pada akhir Mac lalu, hutang luar negara Malaysia yang diberi definisi semula berjumlah RM700.1 bilion, bersamaan AS$212.5 bilion atau 65.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama tahun ini," katanya kepada pemberita selepas membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku pertama 2014 di tempoh hari

Tambah Zeti, peningkatan dalam hutang luar negara ini disebabkan peminjaman luar pesisir oleh sektor swasta dan pemegangan liabiliti hutang denominasi ringgit oleh bukan pemastautin yang lebih tinggi, dengan lebih separuh daripada jumlah hutang luar negara mempunyai profil kematangan untuk tempoh jangka panjang

"Hutang jangka pendek kekal terurus dan dapat ditampung oleh rizab seba­nyak 1.3 kali pada akhir bulan Mac lalu," ujarnya

Kata Zeti, kedudukan luaran Malaysia kekal berdaya tahan disokong oleh asas-asas ekonomi dalam negeri yang kukuh. 
Analisis Hutang Negara part 1
Hutang negara baru-baru ini yang mencecah 50 % daripada KDNK begitu menjadi isu oleh puak pembangkang. Rata-rata daripada mereka mengatakan bahawa Malaysia akan bankrap pada LINGKUNGAN 2015 - 2020 kalau hal ini berterusan. Lantas, Malaysia dibandingkan dengan Greece. Ada yang mengatakan bahawa hutang negara yang meningkat ini akan membawa kepada bankrapsi. Benarkah sedemikian

Pertama, sebelum bercakap mengenai hutang negara, kita perlu tahu bahawa hutang negara pun boleh terbahagi kepada dua. Iaitu Internal Debt dan External Debt. Apa itu Internal Debt? Internal Debt boleh dikatakan sebagai hutang dalaman. Biasanya melibatkan proses penghutangan antara kerajaan dan rakyat. Rakyat boleh jadi siapa sahaja seperti badan yang meminjamkan wang di dalam negara tersebut. Pendek kata, internal debt itu ialah segala yang melibatkan apa hutang di dalam negara

External debt pula ialah hutang dalam negara yang terjadi antara kerajaan dan pemiutang daripada luar negara. Badan yang berhutang boleh jadi kerajaan, organisasi ataupun individu sendiri. Badan yang menawarkan hutang pula boleh jadi kerajaan negara lain, IMF, dan Bank Dunia. Kita akan mengulas benda ini dalam perbincangan kita yang akan datang

Benarkah dakwaan pembangkang yang mengatakan bahawa kalau kita berbelanja lebih daripada pendapatan maka kita akan bankrap

Seperti mana yang kita tahu, isi rumah menambah pendapatan mereka melalui kerja dan pelaburan. Manakala syarikat pula, mereka mendapat pendapatan melalui penjualan barang-barang dan perkhidamatan mereka misalnya. Pendapatan kerajaan pula datangnya daripada cukai langsung dan tidak langsung. Di sini dah cukup untuk membangkang apa yang dikatakan oleh pembangkang bahawa kerajaan dan isi rumah lebih kurang sama fungsi dengan isi rumah

Kita juga kena faham bahawa cukai ini dikawal oleh kerajaan. Bila-bila masa sahaja kerajaan boleh menaikkan cukai dan menurunkan cukai. Jadi, tiada kekangan dalam pendapatan kerajaan berbanding isi rumah. Kalau melalui perbelanjaan kerajaan mampu menimbulkan keupayaan produktif ekonomi, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan dengan tanggapan pembangkang yang berfikir bahawa hutang negara sama seperti isu rumah – sekiranya kerajaan membelajakan lebih daripada pendapatan KDNK, maka negara akan bankrap

Kita teruskan perbincangan kita mengenai kadar hutang yang ditanggung oleh negara. Seperti mana yang kita tahu, hutang sesebuah kerajaan itu boleh dibahagi dua iaitu Internal Debt dan External Debt

Kerajaan memerlukan wang untuk menguruskan negara. Kerajaan bukannya mencetak wang dikilang. Selain daripada sumber cukai, cara lain kerajaan menambahkan pendapatan ialah melalui pinjaman wang daripada BNM. Jadi, kerajaan menjana pendapatan dengan meminjam duit daripada BNM dan secara tidak langsung, kita akan melihat pertambahan hutang negara. Hutang seperti itu dikategorikan sebagai internal debt. Jadi, seperti mana yang kita tahu, selagi kerajaan mampu menjanakan ekonomi, maka tidak ada yang perlu dirisaukan melaluinya. Lainlah, kerajaan berhutang melalui external debt

Kenapa saya tekankan external debt? Sebenarnya external debt inilah yang sangat berbahaya. Pakar ekonomi semuanya sependapat bahawa external debt sebenarnya membawa kepada ranapnya sebuah negara

Mungkin ada yang bertanya apa bezanya hutang dengan luar dan dalam negara? Namanya tetap hutang. Sebenarnya begini, kita kena faham bagaimana sebuah kerajaan dan bank dunia berkerja

Philip Bagus, seorang pakar ekonomi daripada German merumuskan bahawa external debt empat kali ganda lebih berbahaya daripada Internal Debt. Antara alasan beliau ialah apabila kerajaan meminjam wang daripada kuasa luar, secara automatic kerajaan tersebut telah dikawal oleh kerajaan negara lain, dan sekaligus boleh dimonopoli kuasanya dalam sebuah pentadbiran

Beliau mengambil contoh kenapa Jepun yang mempunyai hutang 200 % daripada KDNK negara mereka masih dianggap stabil oleh para pelabur kerana hampir semua hutang negara Jepun menurut beliau berpunca daripada Internal Debt yang sebenarnya lebih senang ditangani daripada external debt. Beliau mengangkat Sepanyol sebagai negara contoh yang sednag mengalami krisis ekonomi pada waktu ini di mana walaupun hutang negara Sepanyol hanyalah dalam lingkungan 80 % daripada KNDK negara mereka, tetapi oleh kerana jumlah hutang external debt itu ialah hutang majoriti negara berkenaan yang menjerumuskan Sepanyol ke dalam kancah krisis

Sekarang, kita ambil contoh negara Malaysia. Berdasarkan rekod terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, kita menduduki tangga ke-48 dunia dengan jumlah external debt negara kita dalam angka 30 % daripada KDNK

Kalau IKUT LOGIK PEMBANGKANG, Malaysia yang berhutang 30 % ini dikatakan akan bankrap pada tahun 2015 misalnya, maka kita akan melihat ada lebih kurang 47 negara lagi yang akan bankrap lebih awal daripada Malaysia

USA misalnya mempunyai external debt lebih kurang 103 % daripada KDNK mereka. Negara Jepun yang diambil contoh oleh pakar ekonomi di atas hanya mempunyai 45 % sahaja hutang external debt daripada KDNK mereka walaupun kita tahu hutang mereka mencecah 200 %

United Kingdom, 390 % daripada KDNK mereka, Belanda – 344 %, Belgium dengan 266 % daripada KDNK mereka, Turki dengan 40 % daripada KDNK mereka sudah cukup untuk membuktikan kalau mengikut logik pembangkang, ada puluhan negara lagi yang sedang menanti untuk bankrap lebih awal daripada Malaysia

Dan tahukah anda jumlah negara yang berhutang di atas ranking daripada Malaysia semuanya terdiri daripada negara-negara maju? USA, Jepun, China, Italy, Jerman, Hong Kong, Ukraine, Korea Selatan, Denmark, Austria, Finland. Kenapa tiada seorang pun suara pembangkang mengatakan bahawa negara-negara ini akan bankrap

Seterusnya, dakwaan pembangkang mengatakan bahawa Malaysia akan jadi seperti Greece – BANKRAP dalam 10 tahun lagi, ada yang cakap beberapa tahun lagi.  Benarkah dakwaan ini

Kita buat perbandingan, Malaysia tidak pernah untuk mencarum untuk hutang luar manakala Greece memang terkenal melakukan perkara itu sejak sekian lama. Greece mempunyai hutang kepada nisbah pendapatan lebih 100% untuk dua puluh tahun yang lalu, nisbah pada waktu ini mencecah 150 %. Hutang Malaysia jika dilihat dari KDNK mempunyai nisbah sebanyak 70 % pada 25 tahun yang lalu dan pada hari ini, sekadar 50 % daripada KDNK. Greece juga berhutang hampir 2/3 daripada KDNK mereka kepada negara luar manakala Malaysia sekadar 1/5 sahaja. Kita juga kena ingat bahawa negara seperti Greece tidak mempunyai kawalan terhadap insuran duit mereka kerana mereka berada dalam zon eropah dan ini sangat berbeza dengan Malaysia. 
P.S: Part dua akan membincangkan mengenai inflasi dan defisit serta banyak lagi sub-tajuk yang berkaitan dengan Hutang Negara, In Sha ALLAH.  
Rujukan: 1.  http://www.bis.org/ifc/events/5ifcconf/dias.pdf2.  http://www.imf.org/external/pubs/ft/eds/Eng/Guide/file1.pdf3.  http://www.imf.org/external/np/hipc/2001/lt/042001.pdf4.  http://www.macroscan.com/fet/may05/fet250505State_Government_Debt.htm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2014/06/adakah-malaysia-akan-bankrupt-seperti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutang Negara Rm1 Trilion Batal Projek Elak Ketirisan Kata Anwar

Hutang Negara Rm1 Trilion Batal Projek Elak Ketirisan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 110 hits
December 11 2022 Anwar Ibrahim berkata tindakan menyemak semula dan membatalkan projek tertentu bukan untuk memfitnah atau mencerca pihak lain PUTRAJAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tindakannya menyemak semula dan membatalkan proje...
Kit Siang Masih Berdegil Nafi Kedudukan Malaysia Negara Islam

Kit Siang Masih Berdegil Nafi Kedudukan Malaysia Negara Islam

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 380 hits
Pemimpin kerajaan campuran didesak bersuara dan mengambil tindakan segera susulan kenyataan biadab pemimpin DAP Lim Kit Siang Sebelum ini veteran itu mengeluarkan kenyataan bertajuk Is there an irresistible green tide phenomenon in Malaysia...
Hutang Negara Hutang Negara Lebih Rm1 Trilion Pm

Hutang Negara Hutang Negara Lebih Rm1 Trilion Pm

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 218 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau diberi mandat memimpin dalam keadaan hutang negara lebih RM1 trilion SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid as
Malaysia Berhasrat Perkukuh Hubungan Dengan Somalia Kata Pm

Malaysia Berhasrat Perkukuh Hubungan Dengan Somalia Kata Pm

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 143 hits
MALAYSIA berhasrat untuk terus meneroka cara memperkukuh hubungan dua hala dengan Somalia kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim nbsp Anwar berkata demikian ketika membalas ucapan tahniah daripada Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud atas pel...
Prestasi Malaysia Bangun Kewangan Mampan Agak Baik Kata Bank Dunia

Prestasi Malaysia Bangun Kewangan Mampan Agak Baik Kata Bank Dunia

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 73 hits
Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia Tatiana Didier berkata dari segi pembangunan ekonomi Malaysia menerajui perubahan dalam kalangan Asean 5 dan beberapa negara sebaya lain KUALA LUMPUR Malaysia menunjukkan prestasi agak baik dalam membangunkan k...
Sarawak Contoh Perpaduan Terbaik Negara Kata Menteri

Sarawak Contoh Perpaduan Terbaik Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 106 hits
SEMANGAT perpaduan serta toleransi antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak merupakan contoh terbaik yang boleh diikuti negeri lain dalam negara Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata semangat hidup secara harmonis itu juga pe...
Golongan Lgbt Nak Malaysia Terima Mereka Supaya Bebas Menyumbang Untuk Negara

Golongan Lgbt Nak Malaysia Terima Mereka Supaya Bebas Menyumbang Untuk Negara

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 119 hits
Rasanya anda tentu dah tengok video dari tiktok luahan seorang insan dari golongan LGBT Mereka rasa di kasari tidak di terima sedangkan mereka juga manusia Cuma naluri sahaja yang berbeza Kalau belum boleh tengok di pautan ini Dalam pautan ...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

15 Timeless Rustic Shed Designs With Unmatched Outdoor Versatility



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Buasir Otak Tv Bahasa Malaysia Jadi Ibu English Jadi Daddy Be Like

Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah

Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

Skeletal Remains Found At Abandoned Teachers Quarters In Membakut

Ex Judge Urges Govt To Apologise For Ops Lalang

Nep Influenced Policies In South Africa Created A Minority Elite Says Envoy