Keramat Seorang Mahathir


SUSUPAN MALAM 

KERAMAT atau karomah selalu dikaitkan dengan seseorang yang arifibilah atau menjadi kesayangan Allah. Dia mempunyai kelebihan itu apabila dia seorang yang senantiasa mengingati Allah, berzikir kepada Allah.

Atas ketaatan kepada Allah itulah didiberikan keramat atau kelebihan tertentu. Orang yang mendapat bantuan Allah ini juga dianggap wali.

Apakah Mahathir Mohamad boleh digolongkan dalam manusia bertaraf demikian. Seorang keramat mempunyai kelebihan sehingga dia menjadi kesukaan orang ramai. Kelebihan dimilikinya boleh menyilau orang menyebabkan orang menyembahnya. Realitinya seorang demi seorang musuhnya akhirnya tunduk dan berada di kakinya.

Jika boleh disenaraikan, musuh politik beliau paling utama ialah Lim Kit Siang. Berdekad Lim Kit Siang menentang Mahathir menerusi partinya DAP. Tengku Razaleigh Hamzah yang rakannya dalam Umno juga pernah menjadi musuhnya. Razaleigh menentang Mahathir untuk jawatan presiden Umno sehingga menubuhkan parti Semangat 46.

Sesudah Razaleigh, Anwar Ibrahim adalah musuh Mahathir seterunya. Selepas dipecat daripada Umno 1998 Anwar melawan Mahathir, lebih 18 tahun. Penubuhan Keadilan adalah untuk melawan dan menjatuhkan Mahathir.

Bersama Anwar melawan Mahathir ialah Abdul Hadi Awang. Bahkan Hadi lebih dahulu menentang Mahathir berbanding Anwar. Hadi bukan sahaja menentang idealogi politik tetapi siap membawa hujah-hujah dan hukum agama, menentang Mahathir. Sampai mencabut Quran dan dilemparkan ke muka Mahathir.

Bersama dengan Hadi, Mohamad Sabu juga menentang dan mencerca Mahathir dengan bermacam cercaan dan ejekan.

Selain itu, terbaharu menentang Mahathir ialah Najib Razak. Walaupun Mahathir adalah bekas presiden Umno tetapi ditentang kerana hendak mengekalkan kuasa. Tentangan Najib kepada Mahathir tidaklah vokal sangat seperti orang lain.

Apa memelikkan kepada mereka si penentang Mahathir itu, semuanya berkesudahan mereka terpaksa mengaku kalah dan ironisnya menyokong Mahathir balik. Seorang demi seorang menyokong Mahathir bagaikan dipukau.

Paling merujakan ialah apabila Abdul Hadi Awang dan sekutu para lebai yang mengamalkan politik belacak, menentang Mahathir bagaikan nak “rak”, berkolaborasi dengan Najib, Zahid Hamidi dan kini, kini bersujud sawi kepada Mahathir tidak semena-mena.

Bukan sahaja Hadi secara peribadi, tetapi diheret dan diarah sama para politis ikan belecak datang bersembah dan menyatakan sokongan demi seorang kepada Mahathir. Mereka menerima Mahathir bagaikan saudara baru yang cukup alim dan warak daripada mereka.

Tidak mustahil juga selepas ini Najib akan mengikut sunah berkenaan, tunduk kepada Mahathir.

Apa yang berlaku itu suatu yang menarik? Jarang berlaku kepada ahli politik dunia yang boleh memukaukan semua musuhnya untuk berada dihujung kakinya.

Tetapi keanihan dan kegajilan itu berlaku kepada Mahathir. Apakah beliau mempunyai kuasa wali dan keramat yang tinggi yang menjadikan dia tokoh yang dikagumi dan tidak terlawan? Trims. [wm.kl.10:08 pm 20/02/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/02/keramat-seorang-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tidak Boleh Jadi Bodoh Mahathir Perlu Diajar Dengan Melawannya Bukan Mematuhinya

Pas Tidak Boleh Jadi Bodoh Mahathir Perlu Diajar Dengan Melawannya Bukan Mematuhinya

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 638 hits
Akhirnya petang tadi PAS menerusi Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hasan terpaksa menjelaskan tentang permasalahan yang melanda parti tersebut kesan dari mulut Mahathir Mahathir sempat menggemparkan seluruh negara dan jentera propaganda PAS d...
Pendedahan Dr Mahathir Mengenai Pengakuan Hadi Cermin Perpecahan Dalam Pas

Pendedahan Dr Mahathir Mengenai Pengakuan Hadi Cermin Perpecahan Dalam Pas

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 481 hits
ULASAN PETANG PERKEMBANGAN politik Pas selepas SPRM menunjukkan taring dengan mulai menyiasat isu pemberian dan pengambilan wang RM90 juta daripada pemimpin Umno kepada pemimpin Pas menarik Perkembangan itu juga menggoda hati serta membuka ...
Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 442 hits
Setiausaha Pas Pusat Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa perjumpaan Pas bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tidak menyebut berkaitan pilihan raya Malah jelas beliau bukti surat yang dikatakan oleh Tun itu sebenar...
Dua Parti Komponen Ph Cuba Singkirkan Mahathir

Dua Parti Komponen Ph Cuba Singkirkan Mahathir

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 326 hits
Takiyuddin Ikrar sokongan PAS demi halang usaha singkir PM Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mendakwa dua parti komponen Pakatan Harapan mungkin merancang untuk menyingkirkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak perca...
Undi Tidak Percaya Terhadap Mahathir Kaitan Dengan Umno Pas Prk Semenyih

Undi Tidak Percaya Terhadap Mahathir Kaitan Dengan Umno Pas Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 491 hits
Sebenarnya isu mudah UMNO dan PAS telah membuktikan ketulinan kerjasama di antara mereka Jika pada awalnya hanya kepimpinan sahaja tetapi kini turut melibatkan akar umbi dari segi gerak kerja pilihanraya dan undi Maka untuk memastikan undi ...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Ke Hatnyai 24 11 2023 27 11 2023

Yummy Lean Ground Beef High Protein Recipe

Keropok Inang Inang Beras Pulut

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Tak Semua Lelaki Gagal

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan