Kerajaan Tumpu Projek Rahmah Elak Projek Mega




Kerajaan tumpu projek ‘Rahmah’ elak projek megaPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: January 14, 2023
SharePerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya meletak keutamaan kepada usaha memastikan kebajikan golongan miskin terbela.
Beliau mengulangi pendirian itu ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada Khamis.
Jelas Anwar, beberapa program telah dirancang dan akan mengguna pakai konsep ‘Rahmah’ bagi mencapai tujuan itu.
“Program Rahmah akan dijadikan tema dalam semua program bantuan rakyat miskin terutama miskin tegar yang sekarang menjadi keutamaan kerajaan,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, beliau sering menyatakan hasrat untuk melihat negara terus pulih masalah ekonomi dan kemaslahatan rakyat yang tertangguh sejak sekian lama dapat diselesaikan.
Tiga hari memegang jawatan itu beliau memanggil mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara diadakan membabitkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus; pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan dan kementerian berkaitan.
Beliau kemudian turut mengarahkan jemaah menteri yang baharu dilantik mencari jalan menangani isu-isu kritikal.
Semantara itu Anwar ketika ditemui semalam turut menjelaskan pentadbirannya turut akan memberi keutamaan kepada kepada projek-projek berkaitan pendidikan, kesihatan dan insani yang akan memberi manfaat langsung kepada rakyat berbanding projek-projek mega.
Bagi memastikan usaha itu dapat dijayakan, Kerajaan Persekutuan mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri termasuk yang ditadbir blok pembangkang.
Semalam PM menghadap Sultan Terengganu sebelum menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/kerajaan-tumpu-projek-rahmah-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ceo Disyaki Dalang Agih Projek Runding Terus Kerajaan Pn Rm92 5 Bilion Direman

Ceo Disyaki Dalang Agih Projek Runding Terus Kerajaan Pn Rm92 5 Bilion Direman

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 268 hits
FMT ReportersSuspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan direman lima hari bermula 6 hingga 10 Jan PETALING JAYA Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepa...
Kerajaan Mula Salur Bantuan Rm10 Juta Bernas

Kerajaan Mula Salur Bantuan Rm10 Juta Bernas

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 206 hits
Kerajaan mula salur bantuan RM10 juta BERNASPosted By on January 03 2023EmailBantuan Khas Padiberas Nasional Berhad berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 bakal disalurkan secara berperingkat mulai awal tahun 2023 Hal itu dinyatakan oleh Mente...
Kerajaan Perlu Sediakan Pakej Internet Fiber Lebih Murah

Kerajaan Perlu Sediakan Pakej Internet Fiber Lebih Murah

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 243 hits
Dalam hantaran saya yang lepas ada saya cadangkan pakej internet fiber 10mbps pada harga RM30 sebulan sebagai pakej minima dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan kebolehcapaian dan keberadaan jaringan internet kepada rakyat Macam biasalah ...
Drama Epok

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah