Kerajaan Timbang Wajib Penyedia Media Sosial Daftar Dengan Skmm


 
Fahmi Fadzil berkata, pendaftaran itu dilihat wajar bagi memastikan semua platform media sosial memahami dan mematuhi aspek perundangan negara.KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan semua penyedia perkhidmatan platform media sosial di negara ini berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata perkara itu dilihat wajar dilaksanakan bagi memastikan semua platform media sosial itu memahami dan mematuhi aspek perundangan negara.
“…sekarang ini tak ada sebarang pendaftaran nak beroperasi di Malaysia, jadi bila berdaftar dan beroperasi di sini, nak berniaga di sini, ada undang-undang yang wajib dipatuhi, patuh arahan dan saya kira ini perlu diselesaikan segera,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.
Menjawab celahan R Yuneswaran (PH-Segamat) mengenai langkah KKD mengawal selia ekosistem aplikasi TikTok, Fahmi berkata, KKD sentiasa meneliti setiap aspek dalam mencari langkah kawalan paling sesuai berdasarkan kepentingan negara.
“Di negara lain, mereka ada pelbagai undang-undang dan tangani isu berkait TikTok ini dengan cara berbeza. Di Amerika Syarikat, penjawat awam dilarang memuat turun aplikasi TikTok di peranti rasmi mereka. Di India, sudah empat tahun menyekat penggunaan TikTok dan di Indonesia pula melarang TikTok Shop.
“Bagi Malaysia, kita ada keadaan tertentu, ada undang-undang tersendiri dan cabarannya unik kepada negara kita, jadi KKD teliti semua dan adakan sesi libat urus, termasuk dengan kementerian lain dalam mencari kaedah dan tindakan paling sesuai.”
Dalam menangani isu berkaitan perjudian dalam talian khususnya platform Meta iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp, Fahmi berkata, KKD melalui SKMM sudah berbincang untuk mendapatkan kerjasama penuh Meta bagi memastikan masalah itu dapat diatasi dengan lebih berkesan.
“Kerajaan mahupun KKD masih sangat tidak berpuas hati dengan tahap kerjasama Meta masih sangat tidak memadai, oleh itu, KKD melalui SKMM sudah berbincang bagi mendapatkan kerjasama penuh daripada Meta.
“Antara kerjasama yang diminta adalah komitmen pelaksanaan tindakan penurunan kandungan dalam tempoh pantas, bukan berhari-hari, tetapi dalam masa beberapa jam, terutama bagi judi dalam talian bagi setiap permohonan diterima daripada pihak berkuasa Malaysia.”
Sementara itu, Fahmi mengesyorkan kesatuan bagi pelakon diwujudkan untuk memperjuangkan kepentingan berkaitan penggajian, kemudahan perubatan, kebajikan dan kesejahteraan penggiat industri perfileman.
Beliau berkata, ketika ini, ada lebih 50 persatuan perfileman di Malaysia, namun tiada kesatuan terdiri daripada golongan pelakon didaftarkan bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
“Di peringkat KKD dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), templat perjanjian perkhidmatan produksi standard sedang dirangka untuk rujukan dan kegunaan syarikat produksi filem tempatan mempunyai lesen aktiviti Finas.
“Inisiatif ini bertujuan menjamin perlindungan kepada pelakon baharu, veteran dan pekerja filem tempatan dari segi bayaran gaji, elaun, perlindungan insurans, Perkeso, kemudahan perubatan, penginapan, keselamatan dan makan minum sepanjang tempoh mereka terlibat produksi perfileman di Malaysia.”
Mengenai rang undang-undang (RUU) penubuhan Majlis Media Malaysia, Fahmi berkata, ia dijangka dibentang di Parlimen pada mesyuarat pertama atau kedua tahun depan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/kerajaan-timbang-wajib-penyedia-media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Takut Dijatuhkan Melalui Kandungan Media Sosial Dakwa A Kadir

Kerajaan Takut Dijatuhkan Melalui Kandungan Media Sosial Dakwa A Kadir

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 295 hits
SUara TV Elemen elemen yang mendukung Kerajaan Perpaduan hari ini amat peka mengenai potensi kritikan dan kandungan media sosial untuk menggugat dan seterusnya menjatuhkan kerajaan Bekas wartawan Datuk A Kadir dalam perkongsian terbaru di F...
Perlu Ke Saya Tunjuk Kebaikan Di Media Sosial Elisya Sandha Bersuara Ditegur Seksi Amp Tiada Sensitiviti

Perlu Ke Saya Tunjuk Kebaikan Di Media Sosial Elisya Sandha Bersuara Ditegur Seksi Amp Tiada Sensitiviti

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 151 hits
Pelakon Elisya Sandha tampil bersuara mengenai teguran dan tuduhan warganet yang mengatakan dirinya tidak sensitif dengan isu yang sedang berlaku di Palestin Perlu ke tunjuk kebaikan di media sosial Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha...
Penggunaan Media Sosial Sepatutnya Memberi Manfaat Dan Kebaikan Bukannya Menambah Dosa

Penggunaan Media Sosial Sepatutnya Memberi Manfaat Dan Kebaikan Bukannya Menambah Dosa

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 241 hits
Penggunaan media sosial sepatutnya memberi manfaat dan kebaikan bukannya menambah dosa Beberapa cara menggunakan media sosial untuk tambah pahala 1 Berdakwah dan menyebarkan kebaikan Rasulullah SAW bersabda Sampaikanlah dariku walau satu ay...
Zionist Mula Menyekat Sosial Media Telegram Kekal Neutral Ini Caranya

Zionist Mula Menyekat Sosial Media Telegram Kekal Neutral Ini Caranya

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 234 hits
Puak puak Zionist nampaknya dah cuak Mereka tengah usaha nak tutup platform2 yang neutral untuk elakkan tembelang mereka pecah Kepada semua yang ada Telegram sila uninstall Telegram versi Playstore download dari website Rasmi Telegram Play ...
Kelebihan Dan Cara Daftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Perkeso

Kelebihan Dan Cara Daftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Perkeso

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 221 hits
sumber Jom Daftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO yang terbuka untuk suri rumah yang tidak bekerja suri rumah bekerja yang belum berkahwin dan janda pun boleh mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan Mungkin ada yang salah faham...
Pentingnya Tata Krama Di Media Sosial Untuk Membangun Generasi Muda Bijak Berdigital

Pentingnya Tata Krama Di Media Sosial Untuk Membangun Generasi Muda Bijak Berdigital

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 126 hits
Perilaku yang beradab tidak hanya wajib dilakukan di dunia nyata tapi diperlukan untuk membangun generasi penerus yang bijak berdigital
Guru Taska Paksa Anak Murid Makan Muntah Undang Kecaman Pengguna Media Sosial

Guru Taska Paksa Anak Murid Makan Muntah Undang Kecaman Pengguna Media Sosial

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 168 hits
Seorang guru taska di China menerima kecaman hebat pengguna media sosial selepas memaksa seorang murid makan muntahnya sendiri lapor portal berita South China Morning Post hari ini Rakaman televisyen litar tertutup memaparkan guru tersebut ...
Tik Tok Media Sosial Trending Terkini

Tik Tok Media Sosial Trending Terkini

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi Apa khabar korang semua Terima kasih kerana masih sudi membaca blog ini Walaupun blog ni dah tak trending zaman sekarang berbanding medium lain tapi kalau ada masa insya Allah akan cuba dan terus menulis...
Polis Tahan Pengguna Media Sosial Didakwa Ugut Menteri Pendidikan

Polis Tahan Pengguna Media Sosial Didakwa Ugut Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 365 hits
BernamaSeorang lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk ...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan