Kerajaan Tebuk Atap 2 0 Tidak Akan Berjaya




Pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang bermimpi untuk menduduki kerusi Perdana Menteri atau Menteri menjelang hujung tahun ini tidak perlu meneruskan angan angan mereka.
Senator Abun Sui Anyit berkata bukan sahaja kerajaan tebuk atap tidak mungkin mengambil tempat sekali lagi, malah mana mana Ahli Parlimen yang dispekulasikan akan meletak jawatan untuk bertanding semula di kerusi sama dalam pilihan raya kecil (PRK) berkemungkinan akan kalah kepada calon lain daripada parti yang mereka tinggalkan.
“Terbaharu, kononnya 15 Ahli Parlimen dikatakan akan meletak jawatan untuk memberikan laluan mengadakan PRK
“Jika ini benar-benar berlaku, ini tidak akan menggugat Kerajaan Perpaduan walaupun kalau semua yang bertanding dimenangi Perikatan Nasional.
“Tetapi ini (kemenangan) tidak mudah kerana rakyat pasti bijak menilai dan memastikan yang bertanding nanti dimenangi calon calon gabungan Kerajaan Perpaduan.
“Berita 15 Ahli Parlimen meletak jawatan ini mungkin sengaja dimainkan oleh pihak terdesak untuk cuba menguji sama ada mainan mereka boleh dibeli oleh rakyat,” kata Abun Sui dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, tempoh mensucikan pengkhianatan politik dan beroleh sokongan kaum tertentu demi menyelamatkan masa hadapan bangsa daripada ditindas kapitalis Cina dan sebagainya telah pun berlalu.
Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak itu, rakyat Malaysia pada waktu ini mula senang dengan perubahan yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 6 bulan berkuasa.
Katanya, rakyat sedikit demi sedikit mulai matang dan tidak lagi mudah untuk dipermainkan setelah melihat rekod buruk pemerintahan PN sepanjang 3 tahun lalu.
“Peluang semasa Langkah Sheraton dan Kerajaan Ismail Sabri (yang diberikan sokongan) telah membuktikan pemerintahan mereka hanya untuk kepentingan peribadi.
“Tidak ada pelaburan baru masuk malahan pelabur keluar dari Malaysia. Lebih malang, peruntukan Kerajaan untuk rakyat pula disakau keluarga Menteri tertentu,” katanya.
Justeru, Abun Sui mengingatkan kepada rakyat Malaysia yang masih dibuai mimpi bersama pemimpin PN agar sedar keutamaan yang diperlukan pada waktu ini adalah memulihkan ekonomi negara, bukannya mencuba satu lagi peralihan kuasa sia sia.
“Rakyat Malaysia kena peka dan perlu mengajar cukup-cukup ahli politik yang kelihatan ingin merosakkan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Perdana Menteri ketika ini sedang bekerja keras membangunkan negara, mendatangkan pelabur dari Negara China yang akan melabur RM170 bilion
“Maka ahli-ahli politik yang berkomplot untuk menjatuhkan Kerajaan sekarang umpama merosakkan negara yang sedang giat dibina kembali oleh Perdana Menteri dan Kabinetnya.
“Perbuatan ini jika berlaku adalah sesuatu yang amat merugikan rakyat,” katanya lagi.
Oleh itu, Abun Sui berharap rakyat yang semakin matang berpolitik agar menunjukkan isyarat penolakan kepada pihak yang mahu merebut kuasa dalam pilihan raya negeri yang akan datang.
The post ‘Kerajaan tebuk atap 2.0’ tidak akan berjaya first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36335?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kerajaan-tebuk-atap-2-0-tidak-akan-berjaya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Tak Layan Spekulasi Tebuk Atap

Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Tak Layan Spekulasi Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 155 hits
Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini dianggap utuh dan fokus dalam usahanya memulihkan ekonomi selepas pandemik Covid 19 Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata desas desus ya...
Umno Hanya Penumpang Dalam Kerajaan Kata Mohamad Hasan

Umno Hanya Penumpang Dalam Kerajaan Kata Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 244 hits
Timbalan presiden Umno memberi amaran kepada parti itu agar tidak bertindak seolah olah ia masih memerintah negara ini Keberadaan Umno di dalam kerajaan hanyalah seperti menumpang kasih dan sekiranya parti itu menarik sokongan ia tidak akan...
Kerajaan Beri Satu Hari Kelepasan Am

Kerajaan Beri Satu Hari Kelepasan Am

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 347 hits
Kerajaan beri satu Hari Kelepasan Ambagi rakyat membuat persiapan rai Aidilfitri Jika 1 Syawal jatuh pada 21 April Isnin sebagai Hari Kelepasan Am Jika 1 Syawal pada 22 April 21 April sebagai Hari Kelepasan Am tambahan PM Hasimi Muhamad Ker...
Kerajaan Bersetuju Melaksanakan Tol Rahmah Percuma

Kerajaan Bersetuju Melaksanakan Tol Rahmah Percuma

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 257 hits
Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol RAHMAH Percuma pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri Astro AWANI Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol RAHMAH Perc...
Dah Jadi Kerajaan Hanya 60 Amk Bersedia Hahaha

Dah Jadi Kerajaan Hanya 60 Amk Bersedia Hahaha

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 189 hits
Angkatan Muda Keadilan telah menggerakkan jentera bagi membantu kempen dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri di Kelantan Terengganu Kedah Selangor Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dengan tahap kesiapsiagaan mencapai lebih 60 peratus Ketua AM...
Ismail Dakwa Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar Dah Mula Retak

Ismail Dakwa Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar Dah Mula Retak

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 361 hits
Bekas naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob meneruskan kritikan terhadap kerajaan berusia lima bulan dipimpin oleh Anwar Ibrahim menyamakan gabungan partinya dengan Pakatan Harapan sebagai perkahwinan paksa yang mungkin sukar untuk bertaha...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Pengiraan Kos Sebenar 4h 3m Ke Thailand

Kembali Ke Realiti Kehidupan

Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang