Ismail Dakwa Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar Dah Mula Retak



Bekas naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob meneruskan kritikan terhadap kerajaan berusia lima bulan dipimpin oleh Anwar Ibrahim, menyamakan gabungan partinya dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai "perkahwinan paksa" yang mungkin sukar untuk bertahan lama merujuk kepada kenyataan terbaru antara pemimpin Umno dan DAP.
Bekas perdana menteri itu berkata keretakan dalam gabungan itu sudah boleh dilihat apabila sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan Umno Johor menegur beberapa pemimpin DAP dan PKR kerana melontarkan komen yang disifatkan sebagai menghina parti Melayu itu.
"Setakat ini, baru permulaan. Kita tengoklah. Saya tak mahu komen lebih. Tapi dah ada dah, DAP komen tentang Umno, Umno komen tentang DAP," katanya kepada pemberita semalam.
"Itulah saya kata, kahwin paksa tak boleh. Kahwin mesti suka sama suka. Suka sama suka bukan setakat di peringkat kepimpinan tetapi di akar umbi juga mesti menerima perkahwinan ini. Kalau tidak, inilah akan berlaku. Mungkin akan lebih teruk lagi. Kita tunggu dan lihat," tambah Ismail.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini membidas pemimpin PH kerana mempertikaikan keputusan parti itu menyertai kerajaan campuran demi kelangsungan politiknya selepas ditolak oleh pengundi Melayu dalam pilihan raya umum tahun lepas.
Jazlan mendakwa DAP menjadi liabiliti kepada kerajaan campuran untuk memenangi semula sokongan orang Melayu.
"Survival mereka hanya bergantung kepada kerusi majoriti Cina dan kerusi campur untuk menang 80 kerusi pada PRU15 lalu," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Puad Zarkashi mengecam Lim Kit Siang selepas pemimpin DAP itu membantah permohonan pengampunan diraja untuk bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara.
"Mereka takut jika Najib bebas. Dia ancaman kepada PH dan Anwar. Mereka takut, Umno tambah kuat melalui gabungan Najib-Zahid," kata Puad.
Ismail, yang merupakan antara pemimpin Umno menentang tindakan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong Anwar susulan Parlimen tergantung pada pilihan raya tahun lepas, berkata perlu ada cinta dalam perkahwinan.
"Kahwin paksa memang tak akan tahan lama. Kalau kahwin paksa seperti ini, tidak ada perasaan cinta antara satu sama lain, akhirnya akan berlakulah keretakan dan mungkin akan berlaku keretakan membawa belah dan sebagainya," katanya.
Anwar dan pemimpin kerajaan menganggap pentadbiran mereka sebagai "kerajaan perpaduan" demi memenuhi titah Yang di-Pertuan Agong kepada pemimpin politik untuk membentuk kerajaan campuran susulan keputusan pilihan raya pada November lalu, yang menyaksikan tiada satu gabungan mendapat majoriti mudah.
Selepas menghadap Agong, Anwar dilaporkan bersetuju dengan titah itu manakala Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata gabungannya lebih rela menjadi pembangkang daripada bekerjasama dengan PH.
PN yang ditunjangi Bersatu dan PAS, menewaskan Umno dalam pilihan raya lalu, meraih sokongan daripada penyokong parti pemerintah di kebanyakan kawasan di Semenanjung.
Trend yang sama mungkin dilihat dalam enam pilihan raya negeri akan datang, di mana penganalisis berpendapat kerjasama PH-Umno tidak akan memihak kepada parti Melayu dalam usahanya untuk memenangi semula sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi muda - MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/ismail-dakwa-kerajaan-perpaduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rundingan Kerusi Prn Ujian Semangat Kerjasama Kerajaan Perpaduan Kata Mca

Rundingan Kerusi Prn Ujian Semangat Kerjasama Kerajaan Perpaduan Kata Mca

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 207 hits
RUNDINGAN kerusi untuk Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang disifatkan sebagai ujian bagi melihat bagaimana semangat kerjasama kerajaan perpaduan dapat diterjemahkan kata Presiden MCA Wee Ka Siong Bagaimanapun beliau berkata setak...
Zahid Minta Umno Sabah Jangan Guris Hati Rakan Kerajaan Perpaduan

Zahid Minta Umno Sabah Jangan Guris Hati Rakan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 207 hits
Januari lalu berlaku krisis politik di Sabah apabila ketua Umno negeri itu Bung Moktar Radin mengumumkan BN tidak lagi menyokong Hajiji Noor sebagai ketua menteri PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan ahlinya di Sabah ...
Tergugatkah Kerajaan Perpaduan Dengan Isu Najib

Tergugatkah Kerajaan Perpaduan Dengan Isu Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 253 hits
malaysiakini comWalaupun bersama dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sesetengah pemimpin Umno dan PH kelihatan masih berseteru dengan Najib Razak menjadi pusat perselisihan faham berkenaan Najib yang pernah menjadi perdana...
Contoh Madani Kerajaan Anwar Terpantas Tak Perlu Tunggu 4tahun Atau 40 Tahun

Contoh Madani Kerajaan Anwar Terpantas Tak Perlu Tunggu 4tahun Atau 40 Tahun

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 225 hits
Kali ini kaum India juga dari DAP mendahului Dari DAP sudah ada kluster mahkamah kaum cina dalam isu terowong dan ada juga kes rogol
Raja Selfie Malaysia

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Drama Jutawan Ekspres

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Aisha Retno Tak Adil Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalendar Islam 2026 Tarikh Penting Bulan Islam Jakim

Alliance Bank Lancar Filem Perniagaan Pertama Malaysia The Ultimate Elevator Pitch

Anak Menyesal Tinggalkan Ibu Di Pusat Jagaan Menangis Depan Polis Lepas Terima Kecaman Netizen

Mengopi Di Acocafe

Ikan Talapia Sweet Sour Menu Lunch Hari Ini

Beli Sabun Basuh Baju Di Kiosk Mesin Sabun Layan Diri Tiroi