Kerajaan Sudah Salur Lebih Rm125 Juta Bagi Bantuan Bwi


 Siti Hafidah
259 mangsa banjir perlukan kemudahan bina baharu rumah kediaman KUALA LUMPUR – Kerajaan sehingga kini telah menyalurkan lebih RM125 juta kepada negeri-negeri yang terbabit dengan banjir bagi menyelaras pemberian Bantuan Tunai Wang Ihsan (BWI) dan BWI untuk kematian kepada ketua isi rumah (KIR) yang terlibat.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejak 27 Disember sehingga kini, 75,000 KIR telah menerima bayaran BWI sebanyak RM1,000 dengan penyaluran berjumlah RM75,000.
Selain itu, katanya, 45,000 isi rumah yang terkesan akibat banjir juga menerima manfaat pengecualian bayaran bil elektrik bagi bulan Disember 2021.
“Alhamdulillah, setakat data terkini yang diperolehi, bagi baucar diskaun pembelian peralatan elektrik bernilai RM500, ia telah memanfaatkan kira- kira 5,100 ketua isi rumah dengan nilai keseluruhan baucar di gunakan berjumlah hampir RM2.5 juta,” katanya pada Persidangan Khas Pengurusan Bantuan Banjir di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul menjelaskan, kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 439 KIR yang layak untuk menerima sumbangan bantuan tunai Pembaikan Kecil Rumah sehingga RM5,000 ekoran bencana banjir Monsun Timur Laut pada Disember lepas.
Bagi KIR yang dikenal pasti mengalami kerosakan rumah dengan nilai melebihi 5,000 ringgit pula, kerajaan katanya akan melantik kontraktor dengan kadar sehingga RM15,000 untuk baik pulih rumah dan sehingga RM56,000 untuk bina baharu rumah kediaman.
“Bagi pembaikan rumah bernilai RM5,000 hingga RM15,000 pula, hampir 10,000 buah rumah telah dikenal pasti layak menerima kemudahan baik pulih rumah oleh kerajaan.
“Selanjutnya, 259 orang mangsa banjir pula setakat ini dikenal pasti memerlukan kemudahan bina baharu rumah kediaman mereka oleh kerajaan,” kata Menteri Kewangan.
Selain itu, beliau memberitahu sehingga kini, hampir 5,000 kenderaan telah dihantar ke pusat servis kereta yang berdaftar untuk program Bantuan Automotif Keluarga Malaysia di lebih 1,800 pusat servis dan bengkel yang menyertai inisiatif program tersebut.
Sementara itu, dana terkumpul menerusi Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau (GLC) melalui GLIC/GLC Disaster Response Network (GDRN) telah mencecah hampir RM140 juta.
“Setakat ini, GDRN telah membantu kira-kira 71,000 mangsa banjir.
“Antara bantuan yang disediakan termasuk pengagihan pek makanan panas, barangan keperluan asas, kit kebersihan, kerja-kerja pembersihan, wang tunai, perubatan dan banyak lagi,” jelas Tengku Zafrul. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/kerajaan-sudah-salur-lebih-rm125-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Lulus Rm2 Juta Bina Masjid Baharu Kg Felda Belara

Kerajaan Lulus Rm2 Juta Bina Masjid Baharu Kg Felda Belara

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 222 hits
KERAJAAN meluluskan sebanyak RM2 juta untuk Masjid Felda Belara yang baharu kata Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Beliau berkata kerajaan bersetuju untuk menyalurkan dana pembinaan masjid itu bagi menampung per...
Mrbeast Pesohor Youtube Berpendapatan Tertinggi Lebih Rm225 Juta

Mrbeast Pesohor Youtube Berpendapatan Tertinggi Lebih Rm225 Juta

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 275 hits
MrBeast pesohor YouTube berpendapatan tertinggi lebih RM225 juta Seorang pesohor media sosial bernama Jimmy Donaldson atau lebih dikenali sebagai MrBeast dinobatkan sebagai pencipta kandungan dengan pendapatan paling tinggi di YouTube pada ...
Dijel Kerana Cuba Curi Tumbuhan Lebih Setengah Juta Ringgit

Dijel Kerana Cuba Curi Tumbuhan Lebih Setengah Juta Ringgit

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 161 hits
LOS ANGELES Seorang lelaki Korea Selatan Kim Byungsu dihukum penjara 24 bulan di Amerika Syarikat kerana cubaan mencuri satu tumbuhan yang bernilai ratusan ribu dolar pada Khamis Byungsu 46 dijatuhkan hukuman tersebut oleh Hakim Daerah AS G...
Pemulihan Pasca Banjir Selangor Lulus Peruntukan Segera Lebih Rm40 Juta

Pemulihan Pasca Banjir Selangor Lulus Peruntukan Segera Lebih Rm40 Juta

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 262 hits
Amirudin Shari berkata segala usaha pemulihan dan pembaikan sungai termasuk infrastruktur yang sebahagiannya sudah dimulakan dijangka dapat selesai dalam sebulan hingga dua bulan lagi SHAH ALAM Lebih RM40 juta peruntukan segera diluluskan k...
Pascabanjir Bsmm Akan Agih Dana Bantuan Rm1 2 Juta Dari Geneva

Pascabanjir Bsmm Akan Agih Dana Bantuan Rm1 2 Juta Dari Geneva

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 260 hits
Bulan Sabit Merah Malaysia akan mengagihkan dana bantuan dalam bentuk baucar tunai bernilai kira kira 300 000 Swiss Francs yang dijangka memanfaatkan lebih 2 000 keluarga yang terkesan banjir di negara ini baru baru ini SUBSCR
Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka Ppwn 2022

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka Ppwn 2022

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 276 hits
PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA PPWN 2022 Kepada ibu tunggal yang berada di negeri Melaka terdapat satu insentif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Melaka kepada golongan ibu tunggal iaitu Bantuan Khas ...
Rm150 Juta Buat Prn Johor Lagi Bazir Biar Kerajaan Tak Stabil Terus Tadbir Kata Puad

Rm150 Juta Buat Prn Johor Lagi Bazir Biar Kerajaan Tak Stabil Terus Tadbir Kata Puad

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 243 hits
Persoalan mengenai keperluan mengadakan pilihan raya negeri tidak lagi relevan kerana Dewan Undangan Negeri Johor sudah dibubarkan menurut Mohd Puad Zarkashi PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menafikan peruntukan ...
8 Juta Lebih Warga Jakarta Tercatat Sebagai Penerima Vaksinasi Booster

8 Juta Lebih Warga Jakarta Tercatat Sebagai Penerima Vaksinasi Booster

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 243 hits
Kepala Dinas Kesehatan Provinsi DKI Jakarta Widyastuti mengatakan ada delapan juta warga Ibu Kota yang merupakan penerima vaksin booster Mereka merupakan warga DKI berusia 18 tahun ke atas dan sudah mendapatkan dosis kedua
Guna Helah Nak Bayar Bantuan Kerajaan Awas Penipuan Terbaharu Macau Scam

Guna Helah Nak Bayar Bantuan Kerajaan Awas Penipuan Terbaharu Macau Scam

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 240 hits
Oleh MOHD KAMARUDIN MD DIN Gambar FB JSJK Bukit Aman MENGAKU polis sudah pegawai mahkamah pun sudah Malah ke satu tahap mereka memperdaya mangsa dengan berlakon sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Terbaharu sindiket Macau...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya