Kerajaan Sembunyikan Hutang Ke Petronas Tnb




Kerajaan sembunyikan hutang ke Petronas, TNB?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: September 06, 2022
ShareKerajaan BN – PN dipersoalkan kerana akaun belum terima (receivables) Petronas Dagangan (PetDag) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) didakwa meningkat secara mendadak sejak beberapa bulan ini.
Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung mendakwa terdapat peningkatan ketara dari bulan Januari hingga Jun 2022 ke atas bayaran belum terima PetDag sebanyak 295%, daripada RM3.49 bilion kepada RM10.3 bilion.
Dalam tempoh sama katanya, bayaran belum terima TNB pula didakwa naik mendadak daripada RM8.62 bilion kepada RM19.17 bilion, bersamaan peningkatan RM1.76 bilion sebulan secara purata.
“Akaun belum terima ini telahpun mencapai tahap yang sama dengan hasilnya daripada Mac hingga Jun 2022, iaitu RM19.14 bilion.
“Untuk menampung kos operasi yang kian bertambah, TNB terpaksa membuat hutang jangka masa pendek sebanyak RM11.98 bilion supaya kewangannya dapat terus bertahan.
“Disebabkan kerajaan tidak sempat membayar subsidi kepada PetDag dan TNB, kedua-dua syarikat ini didakwa dijadikan kambing hitam dan dibebankan dengan hutang sebanyak hampir RM30 bilion. Hutang ini sepatutnya ditanggung oleh kerajaan,” dakwa Chean Chung dalam kenyataan hari ini.
Tegas ADUN Semambu itu, tindakan tidak sepatutnya dilakukan oleh Kerajaan BN – PN itu didakwa seolah olah menyembunyikan hutang negara di bawah akaun TNB dan PetDag, supaya kewangan negara dilihat lebih elok menjelang pembentangan Belanjawan 2023.
Katanya, keadaan itu memeranjatkan dunia korporat kerana langkah luar biasa tersebut didakwa mengganggu kelangsungan dan prospek kedua-dua syarikat besar berkenaan.
“Saya menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul tampil memperjelaskan rasional langkah yang diambil ini (menyembunyikan hutang), serta bilakah kerajaan akan membayar hutang kepada PetDag dan TNB supaya kontraktor, pekerja dan pemegang taruh lain tidak menjadi tunggangan bawah tindakan yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya lagi.
Untuk rekod, Belanjawan 2023 akan dibentang pada 7 Oktober ini dan sehingga kini kerajaan BN – PN sering menggambarkan ekonomi negara berada dalam keadaan stabil biar pun menanggung subsidi besar bahan api dan tenaga.
Tidak seperti negara negara Eropah yang terkesan dengan perang Rusia – Ukraine dan rakyat mereka tidak puas hati menghadapi peningkatan kos bahan api dan tenaga, Malaysia dijangka hanya akan menaikkan harga selepas Pilihan Raya Umum ke 15.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/kerajaan-sembunyikan-hutang-ke-petronas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Tidak Ada Satu Parti Pun Mampu Tubuhkan Kerajaan Kata Ku Li

Pru15 Tidak Ada Satu Parti Pun Mampu Tubuhkan Kerajaan Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 344 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 30 2022 11 05 AMAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan tidak ada parti politik yang akan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Seba...
Jatuh Menjatuh Kerajaan Melayu Isle

Jatuh Menjatuh Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 319 hits
THE IDDIOTJatuhkan PM daripada PH sebab tak cukup Melayu tak cukup Islam Dah naik PM daripada PN lengkap Melayu Islam mereka jatuhkan juga sebab katanya derhaka Raja Sekarang nak jatuhkan PM darpada BN pula sebab tak desak Raja bagi pengamp...
Cuepacs Adakan Pertemuan Akhir Dengan Kerajaan Hari Ini

Cuepacs Adakan Pertemuan Akhir Dengan Kerajaan Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 208 hits
BernamaOgos 26 2022Adnan Mat bersama peserta kursus Pemantapan Kepimpinan Cuepacs Negeri Kelantan di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur dekat Bukit Keluang Rabu malam BernamaBESUT Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhid...
Apakah Kritik Yang Berterusan Kepada Sebuah Kerajaan Baik Untuk Negara Dan Rakyat

Apakah Kritik Yang Berterusan Kepada Sebuah Kerajaan Baik Untuk Negara Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 202 hits
Tidak ada kerajaan yang baik kepada rakyat itulah endingnya jika kita melihat ribuan kritik yang dilemparkan ke atas kerajaan sepanjang tempoh pemerintahannya Sesuatu yang berlebihan hanya membinasakan Kritikan ke atas kerajaan PH walau bar...
Pemuda Pas Akan Buat Bantahan Di Seluruh Negara Jika Kerajaan Masih Benarkan Penganjuran Konsert Melalaikan Rakyat

Pemuda Pas Akan Buat Bantahan Di Seluruh Negara Jika Kerajaan Masih Benarkan Penganjuran Konsert Melalaikan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 271 hits
Pemuda PAS memberi amaran kepada kerajaan bahawa mereka akan menggerakan bantahan di seluruh negara sekiranya kerajaan masih membenarkan konsert melalaikan rakyat diadakan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata antara sebab mengapa si...
Kerajaan Peruntuk Rm1 5 Bilion Untuk Kenaikan Gaji Khas Penjawat Awam

Kerajaan Peruntuk Rm1 5 Bilion Untuk Kenaikan Gaji Khas Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 408 hits
Presiden Cuepacs Adnan Mat sebelum ini menggesa Putrajaya menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan oleh mereka PUTRAJAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kenaikan gaji tah...
Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

Filem Banduan Adaptasi Filem Tamil Kaithi

The Need For Economic Literacy

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri