Kerajaan Selangor Perlu Tetapkan Dasar Jelas Henti Susahkan Rakyat Noh


Mohd Zaini Samsu Hadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar (tengah) bersama Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan serdahana Malaysia (IKHLAS), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah (dua kanan) bertanyakan dengan peniaga semasa membuat lawatan selepas pembukaan semula pasar pagi di Pasar Pagi Sungai Long, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, KAJANG – Kerajaan Selangor perlu menetapkan satu dasar yang jelas untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah bagi mengelakkan orang ramai menghadapi masalah lebih-lebih lagi ketika negara dalam situasi darurat.
Malah, kerajaan negeri juga perlu menghentikan perkara-perkara yang boleh menyebabkan rakyat menjadi susah terutamanya peniaga kecil yang kini terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Katanya, exco kerajaan negeri pula perlu diberi kuasa untuk membuat dasar-dasar yang menjurus kepada rakyat dan bukannya membuat sesuatu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya minta kerajaan Selangor hentikan buat kerja-kerja gila ni…kenapa nak diganggu peniaga yang nak cari makan dalam keadaan negara tengah darurat?
“Ini bukan kali pertama berlaku, dulu pernah terjadi di Puchong dan sebelum ini di Rawang.
“Kalau ini boleh dibuat (dasar) saya yakin rakyat boleh cari makan dalam waktu darurat ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan pasar pagi di Bandar Sungai Long di sini hari ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar bercakap pada sidang media selepas membuat lawatan di Pasar Pagi Sungai Long, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAKTerdahulu, Noh yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meninjau aktiviti perniagaan di pasar pagi berkenaan selepas ia menjadi kecoh sejak beberapa hari lalu.
Baru-baru ini, peniaga Pasar Pagi Sungai Long menyuarakan ketidakpuasan hati apabila diarahkan menandatangani surat akujanji yang membolehkan mereka beroperasi di kawasan yang sama.
Mereka mendakwa dalam akujanji itu menyatakan para peniaga diarahkan berpindah ke Laman Niaga Komuniti Bandar Sungai Long pada 2 Mac depan.
Turut serta melakukan tinjauan tersebut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah.
Mengulas lanjut, Noh berkata, peniaga yang hendak dipindah perlulah disediakan tempat sesuai sebagai ganti serta kawasan itu tidak menyukarkan peniaga yang hendak dipindahkan.
Dengan mengambil contoh ketika pemerintahan Barisan Nasional satu ketika dahulu yang mana peniaga yang hendak dipindah ditempatkan di satu rumah panjang yang selesa untuk mereka.
Dalam pada itu Noh turut memuji kerajaan Selangor apabila memutuskan peniaga di situ meneruskan aktiviti perniagaan untuk tempoh dua tahun lagi sementara PBT di kawasan tersebut menyiapkan pasar kekal yang baharu.
“Ini baru betul, jangan terus nak tutup. Nasib baik peniaga-peniaga ni bangkit menyuarakan masalah mereka.
“Kerajaan kenalah betul, jangan bila rakyat bangkit baru nak bertindak. Jadi kerajaan kena bijak,” ujarnya.
Sementara itu, Mohd Ridzuan mendakwa, apa yang berlaku di pasar pagi di situ adalah apabila ada pihak yang cuba menunjukkan kuasa hingga menyebabkan PBT menerima tekanan daripada ahli politik.
Katanya, desakan yang bertali arus daripada Ikhlas serta campurtangan Noh telah menyebabkan Exco Kerajaan Negeri turun padang hari ini sekaligus menyerahkan surat kebenaran supaya peniaga terus menjalamkan aktiviti mereka untuk tempoh dua tahun lagi di situ.
“Bila peniaga beri tekanan buat laporan polis barulah perkara ini nak selesai walaupun peniaga dapat surat ini mereka masih khuatir lagi kerana ini daripada PKR dan bila DAP bagi tekanan apa akan berlaku pada surat ini. Jadi, kita harap tak akan ada masalah timbul selepas ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/kerajaan-selangor-perlu-tetapkan-dasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peningkatan Kes Membimbangkan Dasar Kerajaan Tiada Hala Tuju Buat Rakyat Semakin Takut

Peningkatan Kes Membimbangkan Dasar Kerajaan Tiada Hala Tuju Buat Rakyat Semakin Takut

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 190 hits
DASAR kerajaan dalam menangani masalah pandemik Koronavirus dilihat seperti tiada hala tuju menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan dan takut Hal demikian dilihat terang terangan apabila kerajaan seperti tidak bersungguh melaksanakan Pe...
Rahmat Hilang Kalau Susahkan Rakyat Cari Makan

Rahmat Hilang Kalau Susahkan Rakyat Cari Makan

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 194 hits
FAZLI RADZIRahmatan lil A lamin perlu diterapkan dalam erti kata sebenar melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan sesama manusia dan alam sekitar Ahli Jawatankuasa Majlis Penasihat Pakar Parti Amanah Negara Ustaz Dr Mohamad Kamil Ab Majid b...
Kerajaan Selangor Kena Saman Konspirasi Tamat Kontrak Projek Tanam Semula Hutan

Kerajaan Selangor Kena Saman Konspirasi Tamat Kontrak Projek Tanam Semula Hutan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 222 hits
Sebuah syarikat dan lima anak syarikatnya telah mengheret kerajaan negeri Selangor ke mahkamah atas tuduhan konspirasi menamatkan kontrak projek penanaman semula hutan simpan yang telah berlangsung sejak tahun 2001 Mega Forest Plantation Ma...
Bantuan Dari Ebit Liew Nampak Tapi Pelbagai Bantuan Dari Kerajaan Rakyat Tidak Hargai

Bantuan Dari Ebit Liew Nampak Tapi Pelbagai Bantuan Dari Kerajaan Rakyat Tidak Hargai

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 327 hits
Setiap agensi kerajaan mempunyai saluran mengikut bidang kuasa masing masing untuk membantu rakyat di seluruh negara Setiap tahun agensi kerajaan menggunakan bajet yang mereka perolehi untuk membantu rakyat tanpa disedari oleh rakyat Malays...
Betul Ke Najib Prihatin Kepada Rakyat Atau Sengaja Nak Burukkan Kerajaan Pn

Betul Ke Najib Prihatin Kepada Rakyat Atau Sengaja Nak Burukkan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 360 hits
Kan aku dah kata Menega stakat 8 malam di mintak sampai 10 malam alasan rakyat nak cari makan Bila kjaan bgi ruang lanjut sampai 10 malam di mintak supaya lockdown total macam pkp 1 langsong org nak menega tak boleh alasan takut rakyat kena...
Sukarnya Duit Kerajaan Untuk Sampai Kepada Rakyat

Sukarnya Duit Kerajaan Untuk Sampai Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 176 hits
1 Kalau wang kerajaan begitu mudah untuk diberikan kepada rakyat kalau 35juta wang kerajaan mudah untuk diperuntukkan membeli tablet kepada jutaan pelajar tanpa birokrasi tanpa restriction itu ini tanpa kreativiti untuk klepet duit kerajaan...
Rakyat Mahu Tingkat Ujian Covid Kerajaan Sibuk Naikkan Denda

Rakyat Mahu Tingkat Ujian Covid Kerajaan Sibuk Naikkan Denda

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 262 hits
Wabak Covid 19 yang mendadak menular dalam kalangan penduduk Malaysia perlu ditangani dengan meningkatkan ujian bagi mengenalpasti individu yang tertulari dan kontak rapat mereka Menurut Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim s...
Semua Mp Adun Selangor Terima Peruntukan Khas Kerajaan Negeri

Semua Mp Adun Selangor Terima Peruntukan Khas Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 213 hits
Kesemua 22 Ahli Parlimen dari Selangor dan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri tidak kira dari kerajaan mahupun pembangkang menerima peruntukan bagi melaksanakan Program Mesra Rakyat dan membantu meringankan beban rakyat ketika Perintah Kawalan P...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


How Working For Google Amazon And Microsoft Lost Dream Job Status

5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander