Kerajaan Sediakan Belanjawan Pasca Pandemik Dengan Sasaran Pru Tahun Depan


Reuters Penganalisis menjangka belanjawan pembangunan lebih tinggi pada 2022 selari dengan ikrar kerajaan bulan lalu yang mahu memperuntukkan RM400 bilion bagi projek baru dan sedia ada dalam tempoh lima tahun akan datang.

Orang ramai berjalan meranduk hujan di ibu negara Kuala Lumpur. Belanjawan pasca pandemik bagi 2022 dijangka akan memperluaskan cakupan bagi usaha pemulihan negara. Dibantu lonjakan harga eksport gas, kerajaan dijangka mengumumkan belanjawan yang diperluaskan pada Jumaat bagi memperkasa usaha pemulihan kesan pandemik selain bersiap untuk menghadapi pilihan raya yang dijangka bakal diadakan seawal pertengahan tahun depan.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang memegang jawatan nombor satu itu bermula Ogos lalu bersetuju untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum hujung Julai 2022 sebagai sebahagian daripada persetujuan bersama pembangkang bagi mengekalkan kestabilan politik ketika negara mulai pulih daripada krisis Covid-19.
Perjanjian itu termasuk komitmen ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong atau berkecuali ketika pembentangan Belanjawan 2022 kerajaan.
Malaysia mengurangkan unjuran ekonominya sebanyak dua kali pada tahun ini apabila sekatan pergerakan penuh Covid-19 menjejaskan proses pemulihannya, namun kini menjangka pertumbuhan sebanyak 3% hingga 4% pada 2021, lebih rendah daripada unjuran awal sebanyak 6% hingga 7.5%.
Dalam kenyataan pada Ogos, kementerian kewangan berkata ia akan menumpukan belanjawan bagi usaha pemulihan dan pembaharuan pasca Covid-19 selain menyediakan bantuan sokongan untuk orang ramai dan perniagaan yang terjejas akibat sekatan pergerakan penuh berpanjangan di seluruh negara.
Penganalisis menjangkakan pengumumuman belanjawan pembangunan yang lebih tinggi pada 2022.
Jangkaan itu selari dengan ikrar kerajaan bulan lalu yang mahu memperuntukkan RM400 bilion (AS$96.4 bilion) bagi projek baru dan sedia ada dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerajaan juga boleh menyediakan terlebih dahulu dana luar jangka memandangkan ketidakpastian mengenai wabak dan kemungkinan pilihan raya diadakan tahun depan, kata Kenanga Investment Bank dalam sebuah kenyataan.
Kementerian kewangan menjangkakan defisit fiskal 2021 akan melebar antara 6.5% hingga 7% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan menaikkan siling hutang berkanunnya kepada 65% ketika kerajaan mengeluarkan tambahan bagi menangani impak Covid-19.
Selain itu, kerajaan juga sedang mempertimbangkan langkah untuk menambah baik pematuhan cukai dan menangani ketirisan kewangan berikutan dengan hasil negara tahun ini dijangka lebih rendah daripada unjuran.
Kerajaan Malaysia juga mungkin boleh mendapatkan sumbangan dividen yang lebih tinggi daripada syarikat milik kerajaan, termasuk Petronas, bagi menangani kekurangan hasil pada masa hadapan, kata pakar ekonomi.
Malaysia yang merupakan salah satu pengeksport cecair gas asli terbesar di dunia mendapat manfaat daripada lonjakan harga bahan tenaga global baru-baru ini.
“Sememangnya, jika peningkatan harga komoditi berterusan, dividen khas daripada Petronas mungkin membentuk salah satu kunci utama strategi pendapatan kerajaan tahun depan,” kata ahli ekonomi Bank OCBC Wellian Wiranto.
Petronas meningkatkan dividen 2021 kepada kerajaan kepada RM25 bilion, melebihi sasaran awal sebanyak RM18 bilion.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kerajaan-sediakan-belanjawan-pasca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sophia Latjuba Kembali Beberkan Rencana Pernikahan Eva Celia Akan Digelar Tahun Depan Di Dua Negara

Sophia Latjuba Kembali Beberkan Rencana Pernikahan Eva Celia Akan Digelar Tahun Depan Di Dua Negara

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 278 hits
Banyak keluarganya yang berada di Jerman Eva akan laksanakan akad dan resepsi pertama di kampung halamannya itu
Anwar Rasmi Sp Care Mgnews Sp Care Bertungkus Lumus Dua Tahun Lawan Pandemik Covid 19

Anwar Rasmi Sp Care Mgnews Sp Care Bertungkus Lumus Dua Tahun Lawan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 146 hits
MGNews SP Care Bertungkus Lumus Dua Tahun Lawan Pandemik Covid 19By 18 October 2021Pengasas SP Care Group Dr Sathia Prakash Nadarajan bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Wisma SP Care di Laman Gapimas Serendah Selangor
Bekas Ahli Brave Girls Yoojin Bakal Kahwin Tahun Depan

Bekas Ahli Brave Girls Yoojin Bakal Kahwin Tahun Depan

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 288 hits
Bekas ahli kumpulan BRAVE GIRLS iaitu Jung Yoo jin telah mengumumkan bahawa dia akan berkahwin pada tahun hadapan Pada 27 Oktober syarikat Happy Merid telah mengeluarkan gambar perkahwinan dan berkata Yoo jin bekas ahli kumpulan BRAVE GIRLS...
28 Koleksi Gambar Dunia Terhenti Seketika Tahun 2020 Ketika Era Pandemik

28 Koleksi Gambar Dunia Terhenti Seketika Tahun 2020 Ketika Era Pandemik

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 263 hits
Sejak mula dilaporkan pada Disember 2019 perkataan Coronavirus dan COVID 19 kini menjadi perhatian dan bualan dalam segenap lapisan masyarakat baik yang tua mahupun yang muda COVID 19 tidak lagi asing bagi masyarakat Malaysia bahkan di selu...
Jambatan Sungai Air Tawar Hutan Melintang Dibina Mula Tahun Depan

Jambatan Sungai Air Tawar Hutan Melintang Dibina Mula Tahun Depan

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 446 hits
Zareef Muzammil Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim menunjukkan pelan perancangan semasa sidang media ketika melawat tapak cadangan pembinaan jambatan kedua Sungai Air Tawar di bawah Rancangan Malaysia ke 12 pada 18 Oktobe...
Najib Mohon Gantung Prosiding Kes Saman As 8 Bilion Oleh 1mdb Ke Tahun Depan

Najib Mohon Gantung Prosiding Kes Saman As 8 Bilion Oleh 1mdb Ke Tahun Depan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 230 hits
BERNAMA Bekas perdana menteri itu telah mengemukakan permohonan untuk menggantung prosiding di Mahkamah Tinggi semalam Najib Razak di Mahkamah Tinggi pada 18 Ogos lalu Gambar Bernama Permohonan Najib Razak untuk menggantung prosiding saman ...
5 Pemimpin Kerajaan Yang Kisah Cintanya Bak Film Romantis Ada Yang Janjian Nikah Sejak Umur 7 Tahun

5 Pemimpin Kerajaan Yang Kisah Cintanya Bak Film Romantis Ada Yang Janjian Nikah Sejak Umur 7 Tahun

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 365 hits
Masing masing punya cara untuk membuktikan cinta mereka Seperti kisah Ratu Victoria yang berkabung 40 tahun lamanya setelah sang raja meninggal dunia
Fasa Perkahwinan 5 Tahun Pertama Selalunya Diuji Allah Nak Tahu Kita Sabar Atau Tak

Fasa Perkahwinan 5 Tahun Pertama Selalunya Diuji Allah Nak Tahu Kita Sabar Atau Tak

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 329 hits
Kenapa orang kata 5 tahun fasa pertama perkahwinan selalunya kita diuji Kenapa masa bujang hidup senang tapi lepas kahwin susah sangat nak atur kewangan Bukan ke orang kata lepas berkahwin ada rezeki lain yang tak dijangka tapi mana Kenapa ...
Melanie Subono Jalani Operasi Akibat Pecah Tumor Ternyata Sudah Idap Puluhan Tahun

Melanie Subono Jalani Operasi Akibat Pecah Tumor Ternyata Sudah Idap Puluhan Tahun

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 162 hits
Selalu menunda nunda operasi karena memikirkan orang orang sekitar yang membutuhkan bantuannya tumor itu pun akhirnya pecah dan harus diangkat segera
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi