Kerajaan Pusat Masanya Untuk Bangunkan Kelantan


Oleh Mohammad Agus Yusoff



Setelah PRU-14 berlalu, saya lihat Kelantan masih sama seperti dahulu. Lapangan terbang belum dibesarkan, lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu belum siap, air masih berkarat, bandar masih kotor, kilang IKS belum banyak, dadah masih menjadi masalah sosial utama, dan royalti minyak belum diberi kepada Kelantan. ECRL pula yang kerajaan BN dahulu hendak laksanakan dibatalkan oleh kerajaan baharu.

Apa sebabnya Kelantan begitu? Apakah kerana kerajaan Kelantan lemah atau kerajaan pusat mendiskriminasikan Kelantan?

Ramai menyalahkan pemimpin Kelantan lemah, tidak pandai menjana kewangan, hanya bergantung kepada hasil balak dan bantuan kewangan kerajaan pusat sahaja. Pandangan tersebut ada benarnya, tetapi lebih benar lagi adalah Kelantan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Maka, sampai waktunya dengan kerajaan baharu ini, apa yang menjadi hak Kelantan diberikan kepada Kelantan. Kerajaan pusat sekarang jangan lagi mengulangi kesilapan kerajaan BN dahulu.

Menafikan hak Kelantan akan semakin mendekatkan rakyat Kelantan dengan kerajaan negerinya.

Rakyat Kelantan cerdik politik. Semakin ditekan semakin mereka melawan. Majoriti mereka adalah petani yang tidak takut dengan binatang buas di hutan, dan nelayan yang tidak takut dengan ombak ganas di lautan
  Maka, besarkanlah lapangan terbang. Penerbangan domestik sahaja dengan MAS, AirAsia, Firefly dan Malindo, Kelantan menerima 44 penerbangan sehari. Bukan hanya itu, kedudukan Kelantan membolehkan banyak penerbangan antarabangsa dari Indo-China, Singapura dan Timur Tengah membuat penerbangan terus sekiranya lapangan terbang Kelantan dibesarkan.

Binalah pelabuhan. Kedudukan Kelantan di Laut China Selatan sesuai untuk kapal dagang yang hendak ke Indo China, Hong Kong, Korea, China dan Jepun berlabuh.

Bangunkanlah Industri kecil dan Sederhana untuk hasil keluaran Kelantan dieksport ke luar negara. Kelantan banyak hasil seninya dan makanan tempatannya. Ada kain batik, budu, keropok, serunding daging, dan seni pertukangan yang laris laku di luar negara. Kelantan juga sesuai dibangunkan sebagai pengeluar gelatin halal terbesar di dunia.

Tingkatkan pasukan keselamatan untuk menjaga sempadan dengan Thailand. Kemasukan dadah banyak melalui sempadan ini. Jika mencukupi pasukan keselamatan yang menjaga sempadan, banyak barang penyeludupan, termasuk dadah yang tidak boleh masuk ke negara kita.

Berilah royalti minyak kepada Kelantan. Bila ada wang, kerajaan Kelantan boleh menyediakan bekalan air dan menjaga kebersihan bandar. Sekarang ini untuk tukar paip air yang berkarat itu memerlukan wang yang banyak. Untuk jaga kebersihan perlu tong sampah, lori sampah dan tempat pelupusan yang banyak.

Lebih raya Kuala Krai-Kota Bharu, siapkan secepatnya. Sudahlah projek ECRL dibatalkan atas alasan kosnya mahal dan tidak ekonomi efektif, maka gantilah dengan pembesaran lapangan terbang dan lebuh raya yang telah lama dinantikan oleh rakyat Kelantan.

Yakinlah, jika kerajaan pusat bertindak baik kepada Kelantan, maka rakyat akan mengenangnya. Sekarang di bawah kerajaan pusat yang baharu, jangan jadikan perbezaan politik untuk terus menghukum pembangunan Kelantan. Tak usah takut kerajaan PAS Kelantan menjadi kuat.

 PH boleh menyainginya jika mempunyai pemimpin hebat. Maka, binalah karekter pemimpin PH yang sesuai dengan selera rakyat Kelantan.

Secara peribadi, tanpa mengira fahaman politik, sebagai anak Kelantan, saya mahukan prinsip federalisme ditegakkan.

 Menjunjung prinsip federalisme ini adalah langkah terbaik untuk kerajaan pusat buktikan transisi politik pada Mei 2018 adalah langkah negara kita menuju demokrasi sejati
  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/kerajaan-pusat-masanya-untuk-bangunkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kata Tun Mahathir Pada Tmj

Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kata Tun Mahathir Pada Tmj

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 506 hits
PUTRAJAYA Pulau Kukup Johor harus dikekalkan sebagai hutan simpan paya bakau tegas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau juga berkata kerajaan bukan orang luar ketika mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim y...
Pm Dr Mahathir Jawab Tmj Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kami Bertanggung Jawab Terhadap Malaysia

Pm Dr Mahathir Jawab Tmj Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kami Bertanggung Jawab Terhadap Malaysia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 335 hits
Pulau Kukup Johor harus dikekalkan sebagai hutan simpan paya bakau tegas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau juga berkata kerajaan bukan orang luar ketika mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengge...
Larangan Husam Wan Rahim Masuk Bangunan Kerajaan Negeri Kelantan Ditarik Balik

Larangan Husam Wan Rahim Masuk Bangunan Kerajaan Negeri Kelantan Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 450 hits
Larangan memasuki bangunan kerajaan negeri yang sebelum ini dikeluarkan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan negeri Datuk Husam Musa dan Pengerusi Parti Amanah Negara negeri Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ditarik balik Portal Berita Harian mela...
Kerajaan Kelantan Tidak Matang

Kerajaan Kelantan Tidak Matang

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 298 hits
Syed Badli Shah Syed Osman Kerajaan Kelantan tidak sepatutnya mengheret rakyat untuk menyertai himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Tindakan kerajaan negeri yang mengumumkan cuti pe...
Sekali Lagi Guan Eng Tempelak Kerajaan Negeri Kelantan

Sekali Lagi Guan Eng Tempelak Kerajaan Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 345 hits
Lim Guan Eng PETALING JAYA Menteri Kewangan Lim Guan Eng sekali lagi menyindir dan menempelek keupayaan kerajaan negeri Kelantan yang pernah memohon bantuan sebanyak RM20 juta bagi membayar gaji kakitangan awam beberapa bulan lepas kepada k...
Himpunan Icerd Dapat Cuti Peristiwa Kerajaan Pas Kelantan

Himpunan Icerd Dapat Cuti Peristiwa Kerajaan Pas Kelantan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 781 hits
Hebat kerajaan Kelantan beri cuti peristiwa untuk hadir himpunan bantah ICERD Himpunan yang Kerajaan pun tak terima ICERD
Husam Musa Desak Kerajaan Kelantan Buat Maaf Terbuka Atau Berdepan Saman Malu

Husam Musa Desak Kerajaan Kelantan Buat Maaf Terbuka Atau Berdepan Saman Malu

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 1105 hits
Saya bersyukur dengan langkah tidak semena mena Kerajaan Kelantan menarik balik larangan memasuki Kota Darul Naim ke atas sebilangan orang termasuk saya dan Cik Gu Wan Abdul Rahim Ternyata langkah sekatan itu tidak bersandar kepada undang u...
Pulau Kukup Kekal National Park Keputusan Kerajaan Pusat

Pulau Kukup Kekal National Park Keputusan Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 354 hits
National Park tidak boleh dibangunkan Itu isu yang perlu dikekalkan Berhubung tanah yang bertukar status kepada Sultanate Land ia adalah hak Sultan Johor Kecintaan kepada negara dan negeri sewajarnya selari malaysian first
Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kata Pm Tmj Pula Kata Tun M Beri Dua Kenyataan Bercanggah

Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kata Pm Tmj Pula Kata Tun M Beri Dua Kenyataan Bercanggah

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 484 hits
Kerajaan pusat bukan orang luar kata PM TMJ pula kata Tun M beri dua kenyataan bercanggah4 Disember lalu media melaporkan Kerajaan Johor telah membatalkan pewartaan Pulau Kukup sebagai teman negara yang dilindungi Pulau Kukup yang terletak ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru