Kerajaan Pusat Luar Tabii Kerajaan Kedah Pintu Belakang




Kerajaan pusat luar tabii, kerajaan Kedah ‘pintu belakang’Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: December 7, 2022
ShareUngkapan Pengerusi Perikatan Nasional Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menghina penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional sebagai luar tabii boleh dianggap seperti pepatah meludah ke langit dan terkena kepada Kerajaan Negeri Kedah yang beliau tadbir.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari, sekurang kurangnya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan dengan cara rundingan yang menjadi amalan di mana mana negara apabila tiada parti yang mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya.
Sebaliknya kerajaan PN Kedah pula, katanya ditubuhkan secara ‘pintu belakang’.
“Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional Kedah, Datuk Sanusi Md Nor yang mencerca Kerajaan Persekutuan sebagai kerajaan luar tabii telah mencemar kewibawaan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.
“Beliau lupa bahawa beliau sendiri telah bertindak di luar tabii demokrasi, membelakangkan semangat Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan mengkhianati mandat rakyat dengan menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional Kedah.
“Ibarat ayam berkokok, ekor bergelumang tahi, Sanusi harus sedar bahawa rakyat tidak akan sesekali melupakan kerajaan PN didirikan oleh ADUN-ADUN dan Ahli-ahli Parlimen yang bertindak di luar tabii demokrasi dengan mengkhianati mandat diberikan kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya.
Tegas Dr Taufiq, Sanusi tiada asas moral untuk menyatakan PN lebih layak memerintah berbanding Kerajaan Perpaduan yang dibentuk kerana mereka berkempen dengan cara yang melanggar etika berpolitik, membangkitkan isu perkauman dan hasutan agama yang melampau.
Katanya, Sanusi wajar menarik balik tuduhan kerajaan luar tabii tersebut kerana telah menyingung kuasa PM dalam berunding dan membentuk kerajaan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan Persekutuan dibentuk dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Cercaan “Kerajaan Luar Tabii” itu telah menyinggung kuasa melantik Perdana Menteri untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Ketua Utama Negara.
“Jadi hentikanlah politik cerca dan fitnah. Sekarang adalah masa untuk semua pihak mengutamakan kestabilan politik negara, memulihkan ekonomi tanah air dan mengembalikan keharmonian di dalam masyarakat,” katanya lagi.
Sebelum ini, dalam kempen Pilihan Raya Kecil Padang Serai, calon PN Datuk Azman Nasrudin telah memperlekeh Kerajaan Perpaduan dengan perumpamaan sebagai ‘kerajaan zina’ yang menunjukkan betapa cemarnya akhlak pemimpin politik PN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/kerajaan-pusat-luar-tabii-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Luar Tabii

Kerajaan Luar Tabii

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 229 hits
Apabila pemimpin PAS menggunakan istilah kerajaan perpaduan sebagai kerajaan luar tabii aku rasa ianya cukup melampau Kerajaan perpaduan yang mendapat restu dan izin YDPA disamakan sebagai kerajaan luar tabii Derhaka jenis apakah ini Luar t...
Kerajaan Import Telur Ayam Dari Sumber Luar Tampung Keperluan Dalam Negara

Kerajaan Import Telur Ayam Dari Sumber Luar Tampung Keperluan Dalam Negara

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 263 hits
Bernama December 6 2022 Mohamad Sabu berkata inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah bertujuan menekan pengusaha industri telur ayam tempatan sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus selain kebajik...
Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama Ph Demi Kestabilan Politik Selari Pusat

Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama Ph Demi Kestabilan Politik Selari Pusat

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 206 hits
PEKAN Barisan Nasional Pahang mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan kerana gabungan itu dilihat berupaya membawa kestabilan selain mencerminkan kemajmukan yang menjadi kekuatan negeri berkenaan Menyifa...
Kerajaan Sekarang Di Luar Tabiat Satu Sejarah Sedih Untuk Negara

Kerajaan Sekarang Di Luar Tabiat Satu Sejarah Sedih Untuk Negara

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 521 hits
MANIFESTO UMNO NO DAP NO ANWAR DIKHIANATIAkujanji di PAU tidak menyebut no dap no anwar sekadar pru15 tetapi sejak dahulu lagi sudah lagi dihayati tetapi kini dikhianati dan awal awal lagi manifesto ini ditongsampahkan
Kerajaan Perpaduan Sebuah Catatan Di Belakang Tabir

Kerajaan Perpaduan Sebuah Catatan Di Belakang Tabir

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 147 hits
SAIFUDDIN NASUTION ISMAILPADA 3 Disember lengkap sudah pembentukan anggota jemaah menteri Kerajaan ini kerajaan perpaduan Berada di dalamnya PH BN GPS GRS Warisan PBM Idea kerajaan perpaduan dikemukakan sendiri oleh Yang Dipertuan Agong kep...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan