Kerajaan Pn Tadbir Negara Demi Rakyat Bukan Untuk Kroni


Bernama
Diterbitkan Hari ini 8:40 ammalaysiakini.com

Kerajaan PN sedang membangunkan negara melalui pembinaan sahsiah, menentang virus maut Covid-19, memperluas sektor industri kecil sederhana dalam aliran ekonomi negara dan mengurangkan peratus pengangguran, kata Timbalan Menteri l Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad.

Dia yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berpandangan kerajaan semasa melakukan sehabis baik demi rakyat, serta menegaskan bahawa kerajaan PN membangunkan negara bukan dalam bentuk membina bangunan pencakar langit atau sebagainya.

"Oleh sebab itu, selaku ahli MT UMNO, ahli Parlimen Lipis dan Timbalan Menteri, saya berpandangan kerajaan telah melakukan sehabis baik demi rakyat. Kerajaan ini tiada masa untuk memikir strategi menambah kekayaan diri sendiri atau kroni,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Dengan merujuk kepada pandangan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah yang disampaikan dalam sidang media semalam, dia berkata perkara yang dibangkitkan kedua-dua tokoh itu hanyalah mengenai impak negatif oleh pentadbiran kerajaan terdahulu.

Menurutnya dakwaan kedua-dua mereka bahawa ahli-ahli politik yang berada dalam jemaah kabinet sekarang ini hanya untuk mencari kekayaan dan bukan untuk memajukan negara, adalah tidak tepat sama sekali.

Abdul Rahman berkata dia yakin sekiranya tidak ada pandemik Covid-19, kerajaan PN yang terbentuk dengan kerjasama BN, PAS, Bersatu dan GPS itu mampu bekerja jauh lebih hebat berbanding zaman pentadbiran sebelumnya.

Dia seterusnya meminta kedua-dua tokoh itu memberi kepercayaan dan menyatakan sokongan dalam perjuangan menaikkan semula nama Malaysia dan membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Terdahulu, dalam satu sidang media semalam, bekas perdana menteri yang juga ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir bersama veteran politik Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh mengumumkan kesediaan mereka bekerjasama dalam menawarkan pengalaman masing-masing bagi mencapai matlamat mengubah ekonomi negara ke arah lebih baik dan stabil, secara bipartisan di atas platform memajukan negara.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/kerajaan-pn-tadbir-negara-demi-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fokus Kesejahteraan Rakyat Bukan Kekayaan Negara Kata Jomo Kepada Kerajaan

Fokus Kesejahteraan Rakyat Bukan Kekayaan Negara Kata Jomo Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 263 hits
Jomo Kwame Sundaram berkata rakyat lebih mementingkan kualiti hidup mereka berbanding KDNK negara PETALING JAYA Kerajaan mesti memfokuskan lebih banyak usaha untuk memperbaiki kesejahteraan rakyat bukan sekadar meningkatkan kekayaan negara ...
Kerajaan Yang Kurang Kuat Di Dewan Sebenarnya Baik Untuk Rakyat

Kerajaan Yang Kurang Kuat Di Dewan Sebenarnya Baik Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 285 hits
Sebenarnya Kalau bukan Covid komposisi kerajaan dan dewan sebegini adalah PALING baik untuk rakyat 1 Pembangkang yang kuat seramai 100 lebih daripada 2222 Parti Parti Kerajaan yang sekadar bekerjasama dan bukan sekutu Kalau kerajaan melakuk...
Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Titah Sultan Perak

Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Titah Sultan Perak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 287 hits
Bimbang dengan semakin ramai rakyat jelata yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat penularan wabak Covid 19 Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatakan pemimpin kerajaan supaya tidak menganiayai rakyat khususny...
Dap Perak Sedia Kerjasama Dengan Umno Demi Kepentingan Rakyat

Dap Perak Sedia Kerjasama Dengan Umno Demi Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 362 hits
DAP Perak sedia bekerjasama dengan Umno demi kepentingan rakyat dan bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai kenyataan terdahulu daripada...
Warisan Kena Pilih Benci Kepada Anwar Atau Demi Rakyat Sabah

Warisan Kena Pilih Benci Kepada Anwar Atau Demi Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 265 hits
WFAUZDIN NS Sepanjang perbahasan dan pengundian di peringkat Kementerian yang sedang berlangsung di Parlimen sekarang nampaknya Warisan langsung tidak menunjukkan minat membawa suara rakyat Di peringkat pengundian belah bahagi yang telah be...
Jangan Tinggalkan Bersatu Demi Perjuangan Dan Perpaduan Melayu Di Dalam Negara Ini

Jangan Tinggalkan Bersatu Demi Perjuangan Dan Perpaduan Melayu Di Dalam Negara Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 267 hits
KOTA BHARU PAS berpendapat Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak boleh diketepikan dalam perjuangan politik dan usaha mengekalkan perpaduan Melayu Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata penglibatan parti Melayu bukan hanya antar...
Kerajaan Pantau Proganda Antivaksin Elak Pengaruh Fikiran Rakyat

Kerajaan Pantau Proganda Antivaksin Elak Pengaruh Fikiran Rakyat

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 234 hits
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim berkata kerajaan merangka pelan komunikasi strategik untuk menyampaikan fakta dan maklumat tepat tentang vaksin Covid 19 kepada rakyat KUALA LUMPUR Kerajaan memantau rapi gerak...
Kerajaan Tidak Stabil Rakyat Haru Biru

Kerajaan Tidak Stabil Rakyat Haru Biru

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 357 hits
Dr Muhaimin Sulam Saya bukan percaya bab nombor nombor Namun nombor juga ada nilai tertentu dalam kehidupan kita Dalam persaingan politik Malaysia penentuan nombor di kalangan 222 wakil rakyat adalah sangat signifikan untuk diperhalusi Dala...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear