Kerajaan Pantau Proganda Antivaksin Elak Pengaruh Fikiran Rakyat


Bernama  Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim berkata kerajaan merangka pelan komunikasi strategik untuk menyampaikan fakta dan maklumat tepat tentang vaksin Covid-19 kepada rakyat. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan memantau rapi gerakan kumpulan tertentu yang menyebarkan proganda negatif berkenaan vaksin Covid-19 menerusi media sosial untuk mengelakkan mereka mempengaruhi fikiran rakyat.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim berkata, kementerian dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan undang-undang tertentu bagi membendung perkara itu.
“Kerajaan sebelum ini telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dan menerusinya sebuah Jawatankuasa Kecil Komunikasi dibentuk bagi merangka pelan komunikasi strategik untuk menyampaikan fakta dan maklumat tepat tentang vaksin Covid-19 kepada rakyat.
“Jawatankuasa ini juga mengenal pasti beberapa kategori tahap kepercayaan rakyat terhadap vaksin Cobvid-19, termasuk kumpulan minoriti antivaksin dan kumpulan ini sukar untuk diubah pendirian mereka,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Muhammad Zahid Md Arip tentang tindakan kerajaan untuk menangani propaganda antivaksin dan langkah mendidik masyarakat berkenaan kepentingan mengambil vaksin Covid-19.
Kategori kedua pula, katanya, adalah kumpulan masyarakat yang yakin tentang pentingnya vaksin dan tidak mudah terjejas dengan propaganda antivaksin, yang merupakan kumpulan terbesar dalam negara ini.
Sementara kategori ketiga adalah kumpulan yang berada di tengah-tengah iaitu kumpulan “vaccine hesitancy group” yang mempunyai keraguan terhadap vaksin terutama vaksin Covid-19, tetapi tidak menolak vaksin secara langsung.
Amzad berkata, kumpulan berkenaan lebih mudah terpengaruh apabila terdedah kepada mesej dan propaganda daripada golongan antivaksin.
“Justeru, strategi komunikasi proaktif, melalui penggunaan pelbagai platform dan medium komunikasi sedang giat dilaksanakan kerajaan bagi memberi penerangan jelas kepada rakyat berkaitan kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 yang dijangka diperoleh negara pada suku pertama tahun hadapan.
“Bagi memastikan penyampaian maklumat ini dibuat secara menyeluruh, pelan komunikasi yang dirangka ini turut melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agamawan, ketua komuniti serta pihak swasta,” katanya.
Beliau berkata, ia termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memberi penerangan berkaitan vaksin dari sudut pandangan hukum-hakam syarak termasuk isu halal yang menjadi perhatian utama orang Islam di negara ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/kerajaan-pantau-proganda-antivaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Tadbir Negara Demi Rakyat Bukan Untuk Kroni

Kerajaan Pn Tadbir Negara Demi Rakyat Bukan Untuk Kroni

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 222 hits
Diterbitkan Hari ini 8 40 ammalaysiakini comKerajaan PN sedang membangunkan negara melalui pembinaan sahsiah menentang virus maut Covid 19 memperluas sektor industri kecil sederhana dalam aliran ekonomi negara dan mengurangkan peratus penga...
Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Titah Sultan Perak

Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Titah Sultan Perak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 269 hits
Bimbang dengan semakin ramai rakyat jelata yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat penularan wabak Covid 19 Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatakan pemimpin kerajaan supaya tidak menganiayai rakyat khususny...
Kerajaan Tidak Stabil Rakyat Haru Biru

Kerajaan Tidak Stabil Rakyat Haru Biru

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 341 hits
Dr Muhaimin Sulam Saya bukan percaya bab nombor nombor Namun nombor juga ada nilai tertentu dalam kehidupan kita Dalam persaingan politik Malaysia penentuan nombor di kalangan 222 wakil rakyat adalah sangat signifikan untuk diperhalusi Dala...
Vaksin Covid 19 Kerajaan Tanggung Kos Rm77 35 Bagi Setiap Rakyat Malaysia

Vaksin Covid 19 Kerajaan Tanggung Kos Rm77 35 Bagi Setiap Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 295 hits
Vaksin COVID 19 yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia menjadi bualan ramai apabila pihak kerajaan bakal menanggung kos vaksin berjumlah RM77 35 bagi setiap seorang penduduk di Mlaaysia Menurut laporan Sinar Harian perkara tersebut telah ...
Rakyat Kena Kawal Diri Sendiri Elak Dijangkiti Covid 19

Rakyat Kena Kawal Diri Sendiri Elak Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 259 hits
Arau Kerajaan tidak boleh menyekat pergerakan orang ramai selamanya akibat pandemik Covid 19 sebaliknya rakyat perlu diberi kebebasan bergerak dan mengawal diri sendiri Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ketika ini
Fokus Kesejahteraan Rakyat Bukan Kekayaan Negara Kata Jomo Kepada Kerajaan

Fokus Kesejahteraan Rakyat Bukan Kekayaan Negara Kata Jomo Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 247 hits
Jomo Kwame Sundaram berkata rakyat lebih mementingkan kualiti hidup mereka berbanding KDNK negara PETALING JAYA Kerajaan mesti memfokuskan lebih banyak usaha untuk memperbaiki kesejahteraan rakyat bukan sekadar meningkatkan kekayaan negara ...
Cara Pelik Kerajaan Pn Tangani Covid 19 Buatkan Rakyat Tertanya Tanya Betulkah Angka Yang Di Lapurkan

Cara Pelik Kerajaan Pn Tangani Covid 19 Buatkan Rakyat Tertanya Tanya Betulkah Angka Yang Di Lapurkan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 361 hits
Keadaan terkini Covid 19 yang dilapurkan oleh Majlis Keselamatan Negara jelas menunjukkan Kerajaan Perikatan Nasional telah kehilangan punca untuk mengawal penularan pandemik Covid 19 apa lagi untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 MK...
Pelaksanaan Pkpb Elak 4 Juta Rakyat Dijangkiti Covid 19

Pelaksanaan Pkpb Elak 4 Juta Rakyat Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 222 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah foto MOHD ADZLAN PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan empat juta rakyat di Lembah Klang akan dijangkiti Covid 19 sekiranya kerajaan ...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Ambil Alih Tanggungjawab Mak

Perkongsian Empower Quran Global

Daniela Sengalang Sampal Ngabang Gawai Chord

Nadhif Basalamah Bergema Sampai Selamanya Chord

Makan Tengahari Dan Mengopi Di Rumah Hijau Segamat