Kerajaan Pn Persetan Musim Covid Ramadan Rebut Kuasa



Kredit: Liyana Marzuki
Semalam saya menulis mengenai keperluan mendahului Rakyat dan Negara. Undi tidak percaya kepada Kerajaan perlu ditunda. Kita taknak Kerajaan ada vacuum, takut kalau bubar parlimen atau tukar kerajaan, berapa lama pula rakyat kena tunggu. Pada saya, undi tidak percaya tidak sesuai dibuat ketika negara dilanda krisis.
Tup tup… semalam Kerajaan Negeri Kedah tumbang. Kerana 2 ahli PH melompat dan menyokong parti lawan. Ketika penyokong PN meratib, undi tak percaya di peringkat persekutuan adalah derhaka Agong. Takde pulak meratib stunt politik ni derhaka Sultan. Nanti ada la yang kata, itu lain. Itu melompat, bukan undi tak percaya. Spin seperti biasa. Pokok pangkalnya sama. Politikus tak pikirkan Rakyat dan Negeri. Khianat mandat yang diberi.
Ia menunjukkan satu, kalangan PN dah terbukti banyak hooligans. Belum lagi berita isu “khinzir-menkhinzir” di Melaka. Speaker nak baca doa mulakan sidang ditempik, dibaling buku. Mana kualiti Kerajaan Melayu dan Islam, pun saya tak tahu? Dalam bulan mulia, nafsu nakkan kuasa yang didahulu.
Penyokong-penyokong parti Islam dan Melayu diam membisu. Ada pensyarah-pensyarah politik pun yang dok ratib derhaka-derhaka, yang dok ratib sekarang tak kena masa, semua pakat diam. Bila tang orang haram, bila tang dia halal pulak. Memang penganut anutan Machiavellian to the max. Semuanya matlamat menghalalkan cara. Cara haram pun takpa. Janji dapat kuasa. Saya nak tahu, inikah ajaran politik Islam yang sebenar? Berpaksi semua pun jalan, janji kita mendapat?
Yang diratib, Rakyat mahukan ini semua. Rakyat mahukan Kerajaan Melayu Islam. Rakyat yang mana? Mungkin dia lupa. Populasi Rakyat hanya 60% Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak. Bukan semua termakan propaganda Kerajaan Melayu Islam ya. Ada yang boleh nampak sandiwara. Nak cakap bukan Melayu nak kan Kerajaan Melayu Islam? Usah harap. Dengan perangai politikus tebuk atap macam ni, ingat diaorg akan tertarik? Prinsip ke laut, perangai macam duduk zaman batu. Nak buat orang setuju?
Kena ingat mandat Rakyat yang bukan boleh ditipu dan dimain wayang masih lagi mandat PRU14. Yang majoriti Rakyat tolak BN dan PAS. Yang tu spin macam mana pun tak boleh sangkal. Nak cakap mandat Rakyat PRU14 berubah selepas PH memerintah, itu omong kosong buat masa ini. Takkan la seluruh 60% Melayu dan Bumiputera sokong PN? Sangat tak logik bukan. Masih ramai kalangan kita yang tolak penunggang agama dan kaum. Bukan semua senang termakan propaganda begitu.
Yang pasti hipokrasi politik ketika Covid dan dalam bulan yang mulia ni bukan dirancang level bawah2. Nescaya endorsement datang from the very top. Yes, Abah baca doa nak tolong makcik kiah. Tapi orang dah mula nampak. Cara berpolitik cara hooligans dia endorse. Takde pun sebutir komen keluar dari mulutnya. Kalau betul dia berprinsip sebagaimana yang cuba ditunjuk, ini dah jauh menyimpang. Soalan yang saya selalu tanya, is he in control? Kenapa biarkan orang yang beliau tentang dulu, kuasai Kerajaan dan buat all these stunts? Takpun dalam diam dia yang mencatur?
Saya tahu ramai Melayu yang tolak BN dulu, sekarang boleh menerima PN kembali. Sebab adanya faktor Abah di situ. Mereka mungkin menyampah dengan UMNO, tapi Abah ini beri nafas baru. Walaupun saya marah juga dengan dia mula2, tapi dalam hati kecil saya pun harap begitu. Let him be different. Allow him to lead sementara tunggu PRU15 berbeza dari yang dulu. Tapi dari hari ke hari, harapan saya dah nampak mcm nak musnah. Politik hooligans dia bawa ke tengah.
Kita rakyat yang dibawah macam biasa. Ada yang melopong ada yang menyorak. Sorak kalau kena tekak. Kalau tak kena, habis diratib apa yang perlu. Ia bukan lagi berasaskan fakta dan prinsip. Banyak yang semata2 retorik. Janji tercapai cita2 yang utamanya kuasa. Kuasa politik parti pilihan mereka.
Kena ingat Kerajaan ini tidak mungkin jadi “Kerajaan Melayu Islam” selama2nya. Selagi nak menang pilihanraya, mereka perlukan undi bukan Islam juga. Nanti tuan puan tengok la, nak dekat pilihanraya. Banyak lagi hipokrasi politik yang akan keluar. Yang dulu haram, sekarang jadi halal. Semua boleh jalan.
Makanya kita, tepuk dada tanya selera. Kalau ini bentuk Kerajaan Melayu Islam yang kita hendak, terserah. Namun bagi kebanyakan kita yang celik mata, bukan ini yang diharapkan. Yang kita harap, ramai lagi orang baik2 dan berprinsip masuk politik. Yang letak kepentingan Rakyat dan Negara sebelum dirinya dan parti.
Evil triumphs when good people do nothing. Notes to self. Teruskan bersuara. Sangkal bila salah. Jangan taksub mengkhinzir buta. Kena fitnah RBA dan walaupun sampai dikafirkan oleh mereka, kena teruskan juga bersuara. Allah sahaja yang boleh putuskan dosa dan pahala… bukan mereka-mereka.
Wallahu a’lam.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27616

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mukhriz Berkata Kenapa Berlaku Musim Covid Dia Lupa Ayah Dia Buat Undi Tak Percaya Musim Covid Juga

Mukhriz Berkata Kenapa Berlaku Musim Covid Dia Lupa Ayah Dia Buat Undi Tak Percaya Musim Covid Juga

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 357 hits
Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir menganggap tindakan beberapa Adun Bersatu memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional semalam sebagai perkara biasa Mungkin tahun ini bukan tahun yang begitu baik untuk negara sebab kita ini sibuk deng...
Qsr Brands Launches Kita Fight Covid 19 Terangi Ramadan Campaigns

Qsr Brands Launches Kita Fight Covid 19 Terangi Ramadan Campaigns

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 264 hits
Encouraging Malaysians To Join Hands in Supporting the Frontliners Those in NeedQSR Brands Holdings Bhd the leading food chain brand that operates KFC and Pizza Hut Malaysia is continuing the fight against COVID 19 with an additional Corpor...
Covid 19 Kerajaan Yakin Tidak Berlaku Gelombang Kedua Seperti Di Jepun

Covid 19 Kerajaan Yakin Tidak Berlaku Gelombang Kedua Seperti Di Jepun

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 275 hits
PUTRAJAYA Tindakan kerajaan Jepun membenarkan kemasukan warga asing ke dalam negara mereka menjadi menyumbang berlakunya gelombang kedua penularan koronavirus di negara itu selepas perintah berkurung ditarik semula Menteri Kanan Datuk Seri ...
Kerajaan Peruntukkan Rm100 Juta Untuk Membantu Syarikat Pemula Terjejas Covid 19

Kerajaan Peruntukkan Rm100 Juta Untuk Membantu Syarikat Pemula Terjejas Covid 19

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 252 hits
Wabak Covid 19 memberikan kesan terhadap pelbagai perniagaan termasuk syarikat pemula teknologi 8211 sekaligus membuatkan pembangunan dan perkembangan syarikat terbantut Selari dengannya kini kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan juga
Tuduh Kerajaan Pn Tidak Sah Itu Satu Tindakan Mencabar Kuasa Yang Di Pertuan Agong Ismail Sabri

Tuduh Kerajaan Pn Tidak Sah Itu Satu Tindakan Mencabar Kuasa Yang Di Pertuan Agong Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 327 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas pihak yang mengatakan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional sebagai tidak sah Tegasnya tindakan tersebut jelas kelihatan mencabar kuasa yang ada pada Yang di Pertuan Agong Yang di P...
Negeri Sembilan Tutup Sebuah Jabatan Kerajaan 2 Hari Selepas Kakitangan Positif Covid 19

Negeri Sembilan Tutup Sebuah Jabatan Kerajaan 2 Hari Selepas Kakitangan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 361 hits
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengesahkan seorang kakitangan sebuah jabatan di Wisma Negeri didapati positif Covid 19 selepas menjalani ujian pengesanan baru baru ini Setiausaha Kerajaan Negeri Razali Ab Malik berkata jabatan berkenaan ...
Tak Tidur Lena Dibuatnya Bila Musim Covid Ni Kena Demam Dan Sakit Tekak

Tak Tidur Lena Dibuatnya Bila Musim Covid Ni Kena Demam Dan Sakit Tekak

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 408 hits
Ini cerita lebih seminggu lepas dan perkara ni nak masuk 14 hari dah Waktu petang Sabtu hari ke 15 Ramadan lepas badan rasa seram sejuk dan menggigil macam nak demam bila dah masuk waktu malam lepas Isyak tu memang dah demam dan tak larat n...
Terkini Kerajaan Lanjutkan Pkpb Sehingga 9 Jun Pastikan Usaha Perangi Covid 19 Lebih Berkesan

Terkini Kerajaan Lanjutkan Pkpb Sehingga 9 Jun Pastikan Usaha Perangi Covid 19 Lebih Berkesan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 308 hits
Perdana Menteri berkata rata rata rakyat mahukan kerajaan terus mengambil langkah langkah yang wajar untuk memerangi wabak COVID 19 Foto Astro AWANIPUTRAJAYA Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pegerakan B...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba