Kerajaan Pn Hilang Keabsahan Jika Enggan Benar Parlimen Bersidang



Kemelut politik negara mungkin masuk ke fasa yang bertambah rumit sekiranya Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin terus enggan mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh segera, sebagaimana dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang tertentu sekiranya PM dilihat seolah-olah sengaja menghalang Parlimen daripada dibuka.
Beliau bersetuju dengan kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan menuntut Mahiaddin meletak jawatan sekiranya berdegil tidak mahu Parlimen bersidang, malah Dr Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa Tuanku Agong boleh memecat PM.
“Saya rasa tidak sekeras kenyataan yang saya keluarkan, Agong boleh pecat PM.
“Proses perjalanan persidangan Parlimen ini perkara yang rutin. Prinsip yang kita kena faham ialah Parlimen tidak boleh tidak bersidang tidak lebih 6 bulan. Tidak boleh tanpa sebab. Apa yang berlaku ialah kuasa memanggil itu di tangan Agong. Kuasa itu disimpan atas nama Agong kerana sistem pengurusan negara atas nama Agong.
“Dalam keadaan Agong menitahkan boleh bersidang, kalau tidak bersidang juga ertinya PM atau kerajaan yang ada itu sudah kehilangan keabsahan.
“Kedua, dia (PM) dilihat sebagai ingkar, degil atau sengaja mahu menghalang Parlimen. Di situ sudah berlaku satu keadaan dia menyekat proses demokrasi, semak imbang dan sebagainya .
“Pada saya kuasa memecat timbul kerana dia menjadi batu penghalang, bukan kerana saja-saja (mahu pecat). Dalam konteks kenyataan Majlis Presiden, apabila dititahkan Parlimen boleh bersidang dan masih lagi buat rileks, itu tak betul. Dalam konteks itu (PM) perlu letak jawatan atau dipecat itu,” katanya dalam siaran di media sosial progran Cendol Pak Ya, bertajuk: “#Kerajaan Gagal: YDP Agong & Raja-raja Melayu Titah Parlimen Bersidang Segera”.
Menurut Dr Aziz lagi, proses semak dan imbang harus berjalan seperti biasa terutama untuk menyemak peruntukan kewangan yang dibuat tanpa pergi ke Parlimen sepanjang tempoh Darurat
Begitu juga soal pembahagian vaksin dan pertanyaan mengapa angka jangkitan Covid 19 terus meningkat.
Kata ADUN Tebing Tinggi itu, Ketua Pengarah Kesihatan boleh buat sidang media tetapi beliau tidak boleh disoal secara mendalam dan memerlukan menteri menjawab di Parlimen.
Selain itu, Ketua Pembangkang DUN Perak itu juga membangkitkan soal majoriti yang dimiliki oleh kerajaan Mahiaddin Yassin.
Menurutnya, hal itu mesti diselesaikan dengan pembukaan Parlimen dan tidak boleh dibiarkan tergantung.
“Isi kenyataan itu (Majlis Raja-raja), selain dari semua proses berjalan seperti biasa dari kehakiman hingga eksekutif, juga perlunya kerajaan yang stabil.
“Majlis Raja-raja menekankan kerajaan yang rakyat menyokong. Jadi ertinya kerajaan itu mesti ada majoriti yang cukup.
“Betullah melantik PM, Menteri Besar dan sebagainya atas budi bicara tetapi dalam dunia sekarang ini budi bicara itu kita kena tahu. Berapa dia (PM) ada? 115 kah, dan sebelum ini kita ikuti Ketua Pembangkang dia ada majoriti. Jadi dalam logik, kalau sebelah ini ada majoriti maka sebelah sana sudah tidak ada. Tidak mungkin kedua-dua ada. Jadi itu kita kena ketahui (majoriti),” katanya.
Mengenai pertanyaan apakah perlunya Parlimen bersidang kerana tanpa persidangan pun undang-undang boleh dibuat melalui Ordinan Darurat, Dr Aziz berkata, persidangan Parlimen boleh menentukan ketelusan perbelanjaan kerajaan yang tiada cara untuk ditanyakan dalam forum yang lain.
“Orang tak nampak apa perlunya Parlimen bersidang. Kalau rujuk balik sebenarnya apa yang telah pun disebut dalam kenyataan Penyimpan Mohor Besar itu cukup jelas. Apa yang perlu dalam proses dalam Perlembagaan (digariskan).
“Perlembagaan ini manual dalam negara kita. Apa yang ditekankan oleh Raja Melayu, semak dan imbang berjalan dengan biasa, jangan disekat. Dalam masa sama kita mendegar RM5 bilion untuk vaksin ke mana? Apa yang dibelanjakan? Rakyat nak tahu.
“Kenapa proses pemberian vaksin lambat. Kenapa di Eropah orang boleh tengok bola macam biasa dalam stadium,” katanya lagi.
Untuk rekod, titah membuka Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong telah dibuat dua kali. Pertama pada 24 Februari yang lepas apabila Agong menerima menghadap Presiden Dewan Negara Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azizan Harun.
Namun empat bulan kemudian Parlimen kekal digantung sehingga memaksa Agong dan Majlis Raja-raja mengeluarkan titah kedua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32363

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Kerajaan Pn Benar Benar Mahu Sidang Parlimen Secara Hibrid

Adakah Kerajaan Pn Benar Benar Mahu Sidang Parlimen Secara Hibrid

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 190 hits
Oleh Hassan Abdul Karim ULASAN Menteri menteri Perikatan Nasional tidak sekata dalam isu bilakah Parlimen akan dibuka semula Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin tidak bersetuju Parlimen dibuka sekarang sehinggalah dicapai imuniti kelompok ...
Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 217 hits
Keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatanku...
Keputusan Majlis Raja Raja Agar Parlimen Bersidang Adalah Wajar

Keputusan Majlis Raja Raja Agar Parlimen Bersidang Adalah Wajar

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 174 hits
Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN ISTANA NEGARAKUALA LUMPUR Keputusan mesyuarat Majlis Raja Raja bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin adalah wajar Pakar Perlembagaan Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata Perdana Menteri ...
Beri Ruang Masa Kerajaan Tentukan Sidang Parlimen

Beri Ruang Masa Kerajaan Tentukan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 252 hits
bharian com Jun 20 2021 3 35pmFOTO NSTPKUALA LUMPUR Pertubuhan Cendekiawan Negara mahu semua pihak memberi ruang dan masa sewajarnya kepada kerajaan berhubung isu perlu menyegerakan persidangan Parlimen Timbalan Presidennya Prof Dr Kamaruln...
Kerajaan Pn Jangan Dolak Dalik Buka Parlimen Segera

Kerajaan Pn Jangan Dolak Dalik Buka Parlimen Segera

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 438 hits
Gabungan Reformis Malaysia terdiri daripada 10 NGO memperjuangkan Reformasi menggesa agar Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional segera membuka Parlimen sebagaimana titah Yang di Pertuan Agong dan Majlis Ra...
Sidang Parlimen Istana Beri Peringatan Ulangan Pada Kerajaan

Sidang Parlimen Istana Beri Peringatan Ulangan Pada Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 284 hits
Sidang Parlimen Istana beri Peringatan Ulangan Pada Kerajaan Istana Negara sebentar tadi memuat naik satu status dalam media rasmi facebook Istana Negara mengenai titah Agong sebelum ini yang mahu parlimen perlu bersidang segera atau secepa...
Jadi Bilakah Parlimen Akan Bersidang

Jadi Bilakah Parlimen Akan Bersidang

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 212 hits
Israr KhalidJun 16 2021 Tidak kira bila ia akan dibuka semula sidang Dewan Rakyat akan datang diharap akan berlangsung dengan lebih matang telus dan fokus untuk membincangkan solusi kepada segala permasalahan negara ketika ini Gambar failKU...
Raja Raja Bertitah Parlimen Segera Bersidang

Raja Raja Bertitah Parlimen Segera Bersidang

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 199 hits
Tidak mungkin Yang di Pertuan Agong secara tidak sengaja tercicir penghargaan kepada kerajaan melainkan ianya adalah sengaja tidak disebut kata Zulqarnain Menurut beliau titah Yang di Pertuan Agong dan Raja Raja itu masih menghormati kedudu...
Umno Beri 14 Hari Untuk Kerajaan Panggil Sidang Parlimen

Umno Beri 14 Hari Untuk Kerajaan Panggil Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 279 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno memberi 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk memanggil sidang Parlimen susulan titah Yang di Pertuan Agong dan Raja raja Melayu supaya Dewan Rakyat bersidang semula secepat mungkin Presidennya Ahm...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025