Kerajaan Pintu Belakang Harus Diambil Tindakan


Kerajaan yang mentadbir negara sekarang ialah PH yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta merangkumi keanggotaan daripada Warisan daripada Sabah.Kemenangan PH dalam dalam PRU14 lalu adalah berasaskan sokongan rakyat yang mahukan perubahan dengan menyingkirkan BN yang telah berkuasa sejak lebih 60 tahun lamanya.Dengan kedudukan PH sebagai kerajaan yang telah diiberi mandat oleh rakyat, adalah menjadi tanggungjawab mereka yang berada dalam kerajaan, khususnya anggota kabinet untuk mengekalkannya sehingga PRU akan datang.Mengekalkan kerajaan yang ada sehingga PRU seterusnya bermakna menghormati pilihan pengundi yang berhak menentukan kedudukan kerajaan setiap lima tahun sekali.Sebab itu, apabila timbul isu tentang keinginan pihak-pihak tertentu yang mahu membentuk kerajaan baru melalui pintu belakang dengan adanya beberapa menteri didakwa terlibat sedang mencaturnya, ia bukan saja suatu pengkhianatan kepada PH, tetapi juga kepada pengundi seluruhnya.Lebih merupakan suatu pengkhianatan bila mana kerajaan baru yang ingin dibentuk itu dikatakan mahu mengenepikan satu dua parti dalam PH sendiri dan bekerjasama semula dengan sebahagian pemimpin UMNO yang sudah disingkirkan daripada menguruskan kerajaan sebelum ini.Apabila pengundi membuat keputusan memilih PH sebagai kerajaan dengan menumbangkan BN, hasrat mereka tentulah mahu gabungan baru itu mentadbir negara melalui kerjasama antara parti-parti dalam PH saja dan bukannya membawa kembali saki baki UMNO sebagai kerajaan semula.Menteri-menteri PH yang didakwa sedang menjalankan kerja-kerja menumbangkan kerajaan PH sendiri untuk tujuan mewujudkan sebuah kerajaan baru melalui pintu belakang, mereka adalah pendosa dan pengkhianat besar sebenarnya.Mereka ini tidak harus dibiarkan terus menjalankan kerja-kerja jahat mereka yang hanya bertunjangkan nafsu dan kepentingan peribadi semata-mata.Keutamaan semua pihak dalam PH ialah mesti mengutamakan PH, bukan sibuk di sana sini mencatur untuk menaikkan semula pemimpin UMNO tertentu sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau sebagainya.Pemimpin UMNO sudah dikalahkan dan mereka adalah pembangkang sekarang. Jika mereka mahu jadi kerajaan semula, tunggu saja PRU akan datang dan biar rakyat yang membuat penentuan.Jika ada bukti dan sebelum segala-galanya terlambat, tindakan tegas dan keras harus diambil terhadap mana-mana menteri atau sesiapa juga yang terlibat dalam perkara itu.Sebagai menteri dan anggota kerajaan, tanggungjawab mereka ialah bekerja untuk rakyat dan negara serta mempertahanlan kedudukan kerajaan, bukan meruntuhkannya.Kalau PH mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak, ia mesti menjadi keputusan bersama yang melibatkan semua pimpinan dan parti yang bergabung di dalamnya.Tidak harus dibiarkan mana-mana pihak, kumpulan atau sesiapa juga dalam PH untuk cuba mencatur pembentukan kerajaan baru melalui pintu belakang secara sendirian atau dalam gelap kerana kerajaan PH sedia ada masih sah, berwibawa dan dipercayai rakyat.Memandangkan isu ini sudah kerapkali muncul dan seolah-olah berterusan tanpa ada penamatnya, Majlis Presiden PH harus segera bertindak menanganinya tanpa berlengah lagi.Jika perlu dipecat mereka yang menjadi dalang dan petualang yang mahu meruntuhkan kerajaan PH dengan tak henti-henti cuba menggantikannya dengan kerajaan baru yang lain itu, itulah yang paling baik demi kelangsungan, keyakinan serta sebagai menghormati pilihan rakyat. (ShahbudinHusin 19/10/2019)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/kerajaan-pintu-belakang-harus-diambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tubuh Kerajaan Pintu Belakang Pengkhianatan Khalid

Tubuh Kerajaan Pintu Belakang Pengkhianatan Khalid

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 262 hits
Komplot menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan bagi menggantikannya dengan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah disifatkan satu pengkhianatan terhadap rakyat Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata individu yang berkaitan deng...
Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka

Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 539 hits
Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka Rancangan itu akan dilaksanakan semasa sidang Dewan Undangan Negeri Melaka antara 18 hingga 26 November ini dengan menolak belanjawan negeri untuk tahun depan katanya Dalam pilihan raya umum lalu ...
Pemimpin Ph Akan Patahkan Cubaan Bentuk Kerajaan Pintu Belakang

Pemimpin Ph Akan Patahkan Cubaan Bentuk Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 364 hits
Pemimpin Pakatan Harapan akan memastikan kerajaan pintu belakang yang cuba dibentuk tanpa penglibatan DAP dan Amanah gagal Hal itu disuarakan oleh Exco Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin Menurutnya mandat rakyat pada pilihan raya umum ke ...
Kerajaan Pintu Belakang Kalau Ph Solid Kenapa Perlu Takut Hishammuddin

Kerajaan Pintu Belakang Kalau Ph Solid Kenapa Perlu Takut Hishammuddin

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 445 hits
K jaan pintu belakang Bincang dengan PM kata Hisham Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein berkata pemimpin Pakatan Harapan yang menuduh beliau cuba membentuk kerajaan pintu belakang perlu berbincang dengan Perdana Menteri Dr Mahathir ...
Petisyen Tindakan Saman Kerajaan Ph Dan Menggesa Menunaikan Manifesto Pilihanraya Pru14

Petisyen Tindakan Saman Kerajaan Ph Dan Menggesa Menunaikan Manifesto Pilihanraya Pru14

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 252 hits
Kami Gerakan Manifesto Nasional menyeru Rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk bersama sama kami menuntut agar Manifesto Pilihanraya menjadi satu akujanji kontrak yang mengikat Manifesto sepatutnya adalah satu akujanji kontrak d...
Begini Situasi Pintu Belakang Gedung Dpr Jelang Pelantikan Jokowi Ma Ruf

Begini Situasi Pintu Belakang Gedung Dpr Jelang Pelantikan Jokowi Ma Ruf

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 354 hits
Sedangkan di kawasan dalam Kompleks Parlemen Polisi tetap berjaga Anjing pelacak juga ikut mengamankan Kompleks Parlemen
Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak Akan Diambil Tindakan Kpm

Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak Akan Diambil Tindakan Kpm

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 464 hits
Putrajaya 15 Okt Isu debat Bahasa Inggeris yang tular di media sosial akhirnya mendapat respon daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Melalui satu Kenyataan Media yang dikeluarkan melalui laman facebook rasmi KPM satu siasatan telah dibua...
K Jaan Pintu Belakang Bincang Dengan Pm Kata Hisham

K Jaan Pintu Belakang Bincang Dengan Pm Kata Hisham

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 416 hits
Perdana menteri adalah pemimpin mereka bukan pemimpin saya mereka harus berbincang dengan perdana menteri mereka
Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Carsome Unveils Official Fam Fleet

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maryline Feat Saba Dimsond Laya Gawai Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Lavender Garden

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito

Jadual Dan Beli Tiket Lima 2025 Langkawi

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Lirik Lagu Carilah Aku Di Neraka Fadzli Fareast

Ameerais Puaskah Chord