Kerajaan Ph Dirampas Sokongan Rakyat Kembali
Mood rakyat untuk mendengar ceramah kembali memuncak selepas berlalunya 22 bulan pilihan raya umum ke 14.
Malam tadi di Taman Sri Andalas, Kelang hampir seribu rakyat keluar mendengar ceramah penerangan isu rampasan kuasa kerajaan Perikatan Nasional ke atas Pakatan Harapan
Salah seorang penceramah, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan mengapakah seorang perdana menteri Muhyiddin Yassin memulakan ucapan dengan kalimah khianat. Tidak ada PM dalam sejarah Malaysia menyebut khianat dalam ucapan pertama selepas mengangkat sumpah.
“Inilah kali pertama Perdana Menteri (Muhyiddin) memulakan penggalnya dengan berkata beliau bukan pengkhianat
“Tetapi bagaimana mungkin sedangkan rakan barunya kini Umno dan PAS. Adakah ini yang anda pilih pada 2018?” tanya Saifuddin dipetik The Malaysian Insight
Saifuddin berkata kerajaan “baharu” di bawah Muhyiddin juga boleh membebaskan beberapa pemimpin Umno yang kini berdepan perbicaraan rasuah.
“Kami menghormati janji untuk memastikan Najib (Razak) dibicarakan di mahkamah kerana rasuah. Tetapi jika beliau dibebaskan esok, anda perlu mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin dan Azmin Ali,” kata Saifuddin, di padang yang hanya 500m jaraknya dari tempat ceramah pada 2018.
Pada akhir ceramah, Azhar Ismail berkata: “Saya datang dari Bangsar dengan keluarga untuk mendengar sendiri apa yang berlaku dalam dua minggu lalu.
“Saya ada membaca berita dan sedar PH tidak berada dalam keadaan baik kerana semua pembohongan ini. Tetapi pengkhianatan yang berlaku benar-benar membuatkan saya marah,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Bersama isteri dan anak-anaknya, Azhar berkata ia adalah satu tragedi yang PH dikhianati sebelum mandat mereka selesai.
“Ini hanyalah satu alasan yang mereka gunakan dengan mendakwa DAP adalah penjahat dan ini adalah untuk membentuk kerajaan yang semuanya Melayu. Tetapi ia benar-benar merampas kuasa untuk diri mereka sendiri dan mengembalikan penjahat ke kerajaan,” katanya marah.
Bagi penduduk Taman Sri Andalas, V Muthusamy, kerajaan baharu tidak mempunyai mandat.
“Kami tidak mengundi Barisan Nasional dan PAS untuk berkuasa dan perdana menteri baru tidak mempunyai alasan kukuh untuk menjatuhkan PH.
“Saya faham PH tidak berfungsi dengan baik tetapi saya tidak boleh terima ia dijatuhkan seperti itu,” kata lelaki berusia 55 tahun itu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/26645