Pm Malaysia Tan Sri Muhyddin Rayu Sokongan Rakyat







UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN -
PERDANA MENTERI MALAYSIA

“RAYUAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA”


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Wahai saudaraku rakyat Malaysia yang dihormati,

Hampir seminggu negara kita menghadapi kemelut politik yang membimbangkan. Kemelut ini berlaku apabila mantan Perdana Menteri meletakkan jawatan.
 
Ini menyebabkan jawatan Perdana Menteri kosong dan perlu diisi.

Menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri baharu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Selaras dengan peruntukan ini, Duli Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik saya sebagai Perdana Menteri. Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah melalui pilihanraya. Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini adalah satu amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia.

Setelah melalui kemelut politik yang melanda negara kita sejak seminggu yang lalu, saya tahu saudara-saudari tentunya mahu negara kita kembali berada di landasan yang betul. Saudara-saudari pastinya tidak mahu negara kita diheret ke dalam kemelut politik yang lebih besar
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati,

Saya tidak berniat untuk menimbulkan konfrontasi dengan sesiapa. Saya cuma ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perkara yang sebenarnya berlaku supaya keikhlasan saya tidak dipersoalkan.

Saya tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri. Saya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Di peringkat awal, saya dan semua ahli Dewan Rakyat daripada parti Bersatu telah memberikan sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Tetapi malangnya beliau gagal mendapatkan sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain. Perkara ini telah dijelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara pada 28 Februari 2020.

Oleh yang demikian, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah mengambil keputusan yang bijaksana dengan menjemput ketua-ketua parti mengemukakan seorang calon lain yang berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ketika itulah nama saya sebagai calon Perdana Menteri telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada parti BERSATU dan ketua-ketua parti yang lain. Menurut mereka saya mempunyai sokongan majoriti.

Saya mengambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.
Apa pilihan yang saya ada? Terus menyokong Tun Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri?

Jika saya terus menyokong Tun Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan. Berkemungkinan Parlimen terpaksa dibubarkan dan Pilihanraya umum perlu diadakan.

Saya sedar saudara dan saudari sudah letih dan la’ih dengan kemelut politik yang berlaku.
Dalam keadaan ini, saya sebagai pemimpin mesti mencari jalan penyelesaian. Saya tidak boleh membiarkan kemelut berpanjangan.

Kerana itu saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir dan meminta beliau menyokong saya. Dalam pertemuan yang disaksikan oleh dua orang tokoh parti, beliau telah menyatakan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada saya sekiranya saya mendapat sokongan majoriti. Perkara ini dinyatakan oleh beliau sendiri dalam satu sidang akhbar pada 27 Februari 2020.

Dengan sokongan itu, saya telah menerima pencalonan saya sebagai Perdana Menteri.
Saya tahu ada yang marah kepada saya. Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhianat. Dengarlah baik-baik. Saya bukanlah pengkhianat.

Naluri saya jelas bahawa keberadaan saya di sini adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut.

Saya juga sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah. Buat permulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Kerajaan pimpinan saya juga akan memberi keutamaan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik. Ini termasuk usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dengan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan undang-undang, peraturan dan amalan yang berkaitan.

Saya juga faham bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Saudara memerlukan wang untuk membeli barang keperluan harian, membeli buku dan keperluan sekolah untuk anak-anak, membayar bil air, letrik dan sewa rumah, membayar pinjaman kereta dan kediaman, serta lain-lain keperluan untuk menyara kehidupan sekeluarga.

Saya juga tahu bahawa antara perkhidmatan yang paling diperlukan oleh saudara dan saudari ialah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang berpatutan. Ini juga akan menjadi keutamaan saya.

Dalam menghadapi wabak corona virus pada masa ini, sama-samalah kita jaga kesihatan.
Saya juga sedar saudara dan saudari juga mahukan pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak. Bidang pendidikan amat dekat dengan jiwa saya. Dengan pengalaman selama 6 tahun menjadi Menteri Pendidikan, saya berjanji akan berusaha untuk melonjakkan lagi kualiti pendidikan negara. Saya akan pastikan anak-anak kita mendapat taraf pendidikan yang setanding dengan negara-negara maju. Usaha ini telah pun saya mulakan dahulu. InsyaAllah ianya akan diperkukuhkan lagi pada masa hadapan.

Saya tahu bahawa saudara dan saudari mahukan sebuah negara yang stabil, aman dan makmur. Sebuah negara yang menawarkan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua.
Kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat.

Marilah bersama-sama saya untuk bina semula negara kita dan kembalikan kegemilangannya.
Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah Perdana Menteri saudara.

Samada saudara adalah petani, saudara nelayan, saudara peniaga, saudara penjawat awam, saudara pekerja swasta, saya adalah Perdana Menteri saudara.

Saya merayu agar saudara dan saudari memberikan sokongan padu kepada saya untuk memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.

Berilah saya peluang untuk memanfaatkan 40 tahun pengalaman saya dalam politik dan kerajaan untuk mengemudi Malaysia ke arah kegemilangan.

Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk negara
Berikan saya sedikit masa untuk menetapkan garis-garis utama hala tuju kerajaan dan negara di bawah pentadbiran baharu ini yang insyaAllah akan saya jelaskan kepada rakyat dalam masa terdekat.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara dan saudari yang telah menghadapi kemelut yang melanda negara dengan sabar dan tenang.

Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Dr Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara kita.

Bersatu teguh, bercerai roboh.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Ayuh, bersatulah kita demi tanah air tercinta.

Bismillahi tawakkaltu alaLLah
Faiza azamta fa tawakkal alaLLah
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sejarahmelayu.blogspot.com/2020/03/pm-malaysia-tan-sri-muhyddin-rayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tan Sri Muhyiddin Pm Ke 8 Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Pm Ke 8 Malaysia

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 697 hits
Tan Sri Muhyiddin PM Ke 8 Malaysia Teka teki selama beberapa hari selepas Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri akhirnya terjawab setelah Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilantik sebagai YAB Perdana Menteri ke 8 Malaysia Tan...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 441 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan Jam 5 00 petang tadi Tan Sri M...
It S Official The Agong Has Sworn In Tan Sri Muhyiddin As Malaysia S 8th Prime Minister

It S Official The Agong Has Sworn In Tan Sri Muhyiddin As Malaysia S 8th Prime Minister

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 372 hits
The swearing in took place at Balai Singgahsana Kecil at 10 33am small Cover image via Bernama small Tan Sri Muhyiddin Yassin has been sworn in as the eighth Prime Minister of Malaysia in front of the Yang di Pertuan Agong Yang di Pertuan A...
Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke 8 Terima 114 Sokongan Pas Akhirnya Dalam Kerajaan

Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke 8 Terima 114 Sokongan Pas Akhirnya Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 746 hits
Selepas hampir 1 minggu rakyat Malaysia bermain teka teki dengan ketidaktentuan politik negara akhirnya satu keputusan telah dicapai apabila Yang di Pertuan Agong membuat keputusan untuk menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Me...
Saya Bersama Lima Lagi Ahli Parlimen Ppbm Tidak Bersama Sama Menyokong Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Tun M

Saya Bersama Lima Lagi Ahli Parlimen Ppbm Tidak Bersama Sama Menyokong Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Tun M

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 413 hits
Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara Datuk Peng...
Mb Terengganu Ucap Tahniah Atas Perlantikan Tan Sri Muhyidin Sebagai Pm Kelapan

Mb Terengganu Ucap Tahniah Atas Perlantikan Tan Sri Muhyidin Sebagai Pm Kelapan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 690 hits
KUALA TERENGGANU 29 Februari Menteri Besar Terengganu Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan Dalam catatan T...
Tahniah Tan Sri Netizen

Tahniah Tan Sri Netizen

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 178 hits
BERITA SEMASA 29 FEBRUARI 2020 Ucapan tahniah buat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada netizen tidak berhenti dari membanjiri ruangan media sosial lapor Wartawan Sinar Harian Azwan Safbri SILA LAYARI https bit ly 3ajnngH Muzik www bensound co...
Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1233 hits
Biodata Perdana Menteri Ke 8 Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Tahniah daripada kami tim di atas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke 8 Malaysia Semoga TSMY dapat mengembalikan keharmonian negara dan mengukuhkan la...
Perjalanan Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Dilantik Menjadi Pm Ke 8

Perjalanan Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Dilantik Menjadi Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 733 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402 dan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran