Kerajaan Ph Bailout Hartanah Untuk Warga Asing




KEPUTUSAN Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menurunkan harga minima hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing dari RM1 juta kepada RM600,000 telah diumumkan pada sidang Belanjawan 2020 ketika rakyat Malaysia menghadapi masalah untuk memiliki rumah sendiri justeru itu mengejutkan. Hari ini walaupun kerajaan tersebut telah tumbang dan Kerajaan Perikatan Nasional telah menggantikannya namun belum ada pengumuman rasmi yang membatalkan peraturan tersebut.

Pada 22 Disember lepas, Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail, menegaskan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menurunkan harga minima ini kepada RM600,000 sepertimana peraturan Kerajaan Persekutuan. Ketika PAS adalah sebahagian dari Kerajaan Negeri Selangor, harga minima ini adalah RM2 juta dan hari ini ia masih RM2 juta. Sejak dari dahulu lagi harga minima di Selangor adalah berbeza dari Kerajaan Persekutuan.
Penurunan ini dilihat seperti untuk membantu para pemaju menjual hartanah yang tidak laku (property overhang).Pemaju sepatutnya telah melakukan kajian pasaran untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku. Permintaan hari ini adalah terhadap rumah mampu milik dan bukan hartanah mewah.
Menurut data Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC), pada suku pertama 2019 daripada 32,936 unit kediaman yang tidak terjual yang bernilai RM19,964.20 juta hanya 13.86 peratus atau 4,567 unit bernilai RM548.15 juta adalah terdiri dari rumah di bawah RM200,000 seunit. Ini membuktikan permintaan adalah terhadap rumah mampu milik.
Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah. Pemaju telah mengambil risiko membina rumah mewah dan rumah kos tinggi. Mereka menjangkakan mengaut keuntungan yang lebih besar berbanding membina rumah mampu milik walaupun rumah mampu milik amat diperlukan. Oleh itu, tidak wajar kerajaan membantu mereka apabila mereka gagal. Mereka telah membuat pilihan maka mereka perlu menyelesaikan masalah mereka sendiri.
Harga minima RM600,000 adalah rendah berbanding dengan pendapatan rakyat di negara-negara seperti Singapura dan Hong Kong. RM600,000 adalah 196,656 Dollar Singapura (SGD) atau 1,124,279 Dollar Hong Kong (HKD).
Sebagai perbandingan kita perlu melihat nilai harga rumah RM600,000 itu dan pendapatan rakyat di negara-negara yang mungkin menjadi sasaran pemaju Malaysia itu. Di Malaysia, pendapatan median isi rumah adalah RM6,275 sebulan (M40) dan harga rumah RM600,000 ini bersamaan dengan 95.60 bulan pendapatan bulanan mereka.
Sementara bagi rakyat Singapura, pendapatan median isi rumah mereka adalah 9,293 SGD atau RM28,325 dan ini bersamaan dengan hanya 21.16 bulan pendapatan bulanan mereka.
Bagi rakyat Hong Kong pula, pendapatan median isi rumah adalah 28,100 HKD atau RM14,974 dan ini bersamaan dengan 40.00 bulan pendapatan bulanan mereka. Oleh yang demikian, harga minima hartanah ini adalah terlalu rendah bagi mereka. Hartanah tersebut akan laku dijual seperti kacang goreng panas.
Polisi ini akan menyebabkan komposisi bandar-bandar kita berubah. Struktur masyarakat juga akan berubah dengan kebanjiran warga-warga asing ini. Kita sedang berusaha menyelesaikan masalah-masalah sampingan yang datang dengan tenaga kerja asing dan kita akan menambah masalah dengan polisi baru ini. Polisi baru ini adalah satu ‘bailout’ walaupun kerajaan tidak perlu mengeluarkan satu sen namun kesannya akan ditanggung oleh kita semua.
Tetapi yang paling menyedihkan rakyat tempatan sedang menghadapi masalah untuk memiliki rumah walhal warga asing boleh memilikinya dengan mudah. Bantulah mereka yang memerlukan bukan para pemaju.
Tetapi apakah penyelesaiannya? Terdapat pihak yang berpandangan kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan perlu bertindak dengan lebih tegas. Mereka perlu mengawal bekalan hartanah yang dilambakkan ke dalam pasaran. Kelulusan tidak boleh diberikan semata-mata kerana ia mematuhi Rancangan Tempatan ( RT ) seperti zon gunatanah dan kepadatan pembangunan atau keperluan-keperluan teknikal yang lain tetapi keupayaan pemaju menjual hartanah yang hendak dibangunkan. Kajian pasaran yang disediakan oleh pihak yang bebas perlu diambilkira. Agensi kerajaan seperti NAPIC perlu dilibatkan di dalam OSC (One Stop Centre).
Bagaimana pula dengan hartanah yang tidak laku? Ia sebenarnya bukan masalah kerajaan. Masalah hartanah yang tidak terjual ini telah wujud sejak berlaku Krisis Kewangan Asia (Asian Financial Crisis) dalam tahun 1997. Tetapi para pemaju terus mengulangi kesilapan mereka. Hartanah terus dihasilkan dengan harapan sebarang kemelesetan ekonomi akan berlalu dan kerajaan akan membantu. Justeru kerajaan perlu tegas. Menurunkan had minima sehingga RM600,000 adalah melampau. Di Selangor, YB Rodziah yang mewakili kerajaan negeri berkata mereka boleh mempertimbangkan serendah RM1.5 juta sahaja.
Walau bagaimanapun saya berpandangan sebarang penurunan perlu dikaitkan dengan komitmen pemaju untuk membangunkan perumahan mampu milik. Mereka mungkin diwajibkan menyumbang kepada satu tabung khas untuk membinanya. Selain dari itu perlu ada kuota yang boleh dijual kepada warga asing bagi sesuatu pembangunan malah blok. Pelepasan bukan automatik tetapi berdasarkan kes demi kes (case to case) dan pemilik warga tempatan mestilah majoriti yang tidak tercabar atau ‘overwhelming majority’.
DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Kajian Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)

– HARAKAHDAILY 31/12/2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/01/kerajaan-ph-bailout-hartanah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indonesia Larang Warga Asing Masuk Selama 2 Minggu Malaysia Bagaimana

Indonesia Larang Warga Asing Masuk Selama 2 Minggu Malaysia Bagaimana

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 228 hits
Semua pelawat antarabangsa akan dilarang memasuki Indonesia untuk jangka waktu dua minggu dalam usaha cuba menyekat varian koronavirus baru yang berpotensi daripada menular kata menteri luarnya Retno Marsudi Reuters melaporkan peraturan bar...
Kerajaan Minta Wanita Malaysia Kahwin Warga India Tampil Beri Penjelasan

Kerajaan Minta Wanita Malaysia Kahwin Warga India Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 264 hits
Ahmad Marzuk Shaary KOTA BHARU Wanita dari Malaysia Illi Najwa Saddique yang dilaporkan berkahwin dengan kapten pasukan Hoki India di Mithapur dekat Jalandhar Punjab awal minggu ini akan dipanggil memberi penjelasan mengenai status agama me...
Tujuh Pelacur Warga Asing Ditahan

Tujuh Pelacur Warga Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Tujuh pelacur warga asing yang melakukan aktiviti pelacuran dicekup polis dalam dua serbuan di premis menawarkan khidmat urut di Taman Usahawan Kepong di sini malam Isnin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asist...
Sejak Bila Kerajaan Buka Pintu Sempadan Kepada Pelancong Asing

Sejak Bila Kerajaan Buka Pintu Sempadan Kepada Pelancong Asing

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 233 hits
Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini hairan apabila diajukan soalan sama ada kerajaan sudah membenarkan membuka sempadan kepada pelancong asing Beliau menegaskan kerajaan bukan ...
Hanya Warga Asing Dibenarkan Keluar Semasa Hujung Minggu Di Turki

Hanya Warga Asing Dibenarkan Keluar Semasa Hujung Minggu Di Turki

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 296 hits
Aduh dah seronok tak payah beratur panjang kedai pulak tutup https mlstudios my mehmetizudingul antarabangsa
Annuar Beri Amaran Tindakan Tegas Pada Orang Dalam Sewa Lesen Warga Asing

Annuar Beri Amaran Tindakan Tegas Pada Orang Dalam Sewa Lesen Warga Asing

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 225 hits
Annuar Musa beramah mesra dengan warga emas Tan Su Kat 86 ketika meninjau keadaan penduduk yang dilaporkan dalam keadaan daif di Flat Taman Segar di Cheras hari ini KUALA LUMPUR Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengambil tindakan tegas ...
Tiada Kompromi Salah Guna Kuasa Beri Lesen Kepada Warga Asing Annuar Musa

Tiada Kompromi Salah Guna Kuasa Beri Lesen Kepada Warga Asing Annuar Musa

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana mana pihak yang menyalahgunakan kuasa untuk memberi kelulusan perniagaan kepada warga asing Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata kementerian itu juga sama ...
Warga Emas Dibunuh Angkara Sengketa Tayar

Warga Emas Dibunuh Angkara Sengketa Tayar

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 310 hits
BH ONLINE Anggota pasukan forensik polis memeriksa mayat dan kenderaan di mana seorang lelaki warga emas dipercayai dibunuh dan mayatnya disumbat dalam but sebuah kereta jenis Volvo S70 di Taman Wawasan Puchong malam tadi Foto NSTP KUALA LU...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Fix Harmful Backlinks For Free

Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan