Kerajaan Peruntuk Rm69 9 Juta Bantu Pekebun Penoreh Terjejas Musim Tengkujuh


Bernama 
Bantuan itu akan memanfaatkan 232,319 orang pekebun kecil dengan kadar RM600 seorang yang akan dibayar dua kali pada Disember 2021 dan Januari 2022.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama Kerajaan memperuntukkan RM69.9 juta sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini dalam usaha berterusan memelihara kebajikan pekebun kecil dan penoreh getah negara.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata jumlah itu akan memanfaatkan 232,319 orang pekebun kecil dengan kadar RM600 seorang yang akan dibayar dua kali pada Disember 2021 dan Januari 2022.
“Prihatin dengan nasib pekebun kecil getah yang menjadi tulang belakang industri getah negara, kerajaan sekali lagi memperuntukkan BMT bagi bayaran 2021,” katanya dalam ucapan di majlis penyampaian dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) 2021.
Muhyiddin berkata tahun lepas kerajaan memberikan BMT untuk pekebun kecil dan penoreh getah melibatkan peruntukan RM129.8 juta dan Bantuan Khas Covid-19 dengan peruntukan berjumlah RM64 juta.
Selain itu, beliau berkata dalam usaha untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan menerusi penanaman getah, pada tahun ini kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Risda telah memperluaskan skop Bantuan Tanam Semula Getah.
Muhyiddin berkata pekebun kini boleh membuat permohonan untuk tanah kosong atau tanah selain ditanam getah dan keluasan tanah yang melayakkan bantuan itu adalah minimum 0.1 hektar hingga maksimum 5.0 hektar.
“Usaha ini bukan sahaja dilihat kepada peningkatan ekonomi pekebun kecil malah kerajaan menyasarkan pengeluaran getah negara dapat ditingkatkan dengan memastikan keluasan tanaman getah kepada 1.1 juta hektar serta mengurangkan tanah terbiar yang tidak diusahakan,” katanya.
Di samping itu, beliau berkata bagi menyokong keperluan industri dan tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah skrap, kerajaan menyediakan satu skim yang dikenali Skim Insentif Lateks (SIL) yang melibatkan pemberian input pertanian, penyelenggaraan kebun serta insentif upah penoreh pada kadar RM500 sehektar.
Perdana menteri berkata skim berkenaan diperkenalkan bertujuan menggalakkan pekebun kecil menghasilkan lateks dan meningkatkan pendapatan sebanyak 30% berbanding penghasilan skrap.
Sementara itu, bagi membantu industri sawit yang kekurangan tenaga kerja mahir akibat terkesan dengan pandemik Covid-19, kerajaan melalui Felcra Berhad sejak September tahun lepas telah berusaha mewujudkan peluang pekerjaan sebagai operator penuaian di seluruh negara.
“Ia melibatkan komitmen 2,500 peluang merangkumi lapan wilayah pengurusan Felcra iaitu Utara, Timur, Perak, Pahang, Tengah, Johor, Sabah dan Sarawak.
“Buat masa ini, seramai 200 orang sudah pun menjalani latihan kemahiran yang diperlukan demi menjalankan tugasan sebagai operator penuaian dengan efisien dan efektif,” katanya.
Beliau berkata peluang ini juga terbuka kepada mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan turut menyantuni mereka yang dipilih daripada program orang yang diparol (ODP).
“Ini adalah salah satu usaha untuk membantu mereka memulakan hidup baru dan mencapai kejayaan agar tidak terbelenggu dengan kisah silam mereka,”katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/kerajaan-peruntuk-rm699-juta-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bmt 2021 Rm600 Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Risda

Bmt 2021 Rm600 Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Risda

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 448 hits
BMT 2021 RM600 PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA Ada ke bagi tahun 2021 Ya ada ia juga dipanggil sebagai BMT 2021 Sebanyak 232 319 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah yang melibatkan peruntukan berjum...
Rm1 5 Juta Sagu Hati Bantu 2 500 Peniaga Bazar Di Kelantan

Rm1 5 Juta Sagu Hati Bantu 2 500 Peniaga Bazar Di Kelantan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 232 hits
Oleh ROSALWANI CHE SOH DR IZANI HUSINKOTA BHARU Kerajaan negeri Kelantan bersetuju menyalurkan wang sagu hati sebanyak RM1 5 juta kepada 2 500 peniaga yang terjejas ekoran penutupan bazar Ramadan dan Aidilfitri Pengerusi Jawatankuasa Keraja...
5548 Kesan Sampingan Vaksinasi Covid 19 Ppim Sedia Bantu Rakyat Buat Tuntutan Terhadap Kerajaan Samudera My 14 04 2021

5548 Kesan Sampingan Vaksinasi Covid 19 Ppim Sedia Bantu Rakyat Buat Tuntutan Terhadap Kerajaan Samudera My 14 04 2021

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR 14 April 2021 Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersedia membantu penerima vaksin COVID 19 yang mengalami kesan sampingan selepas suntikan vaksinasi untuk membuat aduan dan menuntut ganti rugi terhadap kerajaan Bercakap dalam s...
Pinjaman Dua Generasi Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju

Pinjaman Dua Generasi Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 299 hits
PETALING JAYA Cadangan supaya institusi kewangan menawarkan pinjaman perumahan dua generasi dilihat hanya sebagai gimik untuk membantu pemaju menjual rumah berbanding usaha untuk membantu pembeli Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Unive...
Bantuan Musim Tengkujuh Rm600 Setiap Seorang

Bantuan Musim Tengkujuh Rm600 Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 171 hits
Bantuan Musim Tengkujuh RM600 Setiap Seorang ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memelihara kebajikan para pekebun kecil dan juga penoreh getah negara Menurut beliau jumlah peruntukan b...
Kerajaan Kutip Rm35 Juta Program Usir Pati

Kerajaan Kutip Rm35 Juta Program Usir Pati

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 173 hits
Oleh AMREE AHMAD HAMZAH Zainudin menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Tahun 2020 kepada Pengarah Bahagian Pekerja Asing Mohammad Abiddin Abd Rahman di Putrajaya UTUSAN FAISOL MUSTAFA PUTRAJAYA Program Rakalibrasi P...
2 Penggodam Indonesia Curi As 60 Juta Dana Bantuan Covid 19 Kerajaan As

2 Penggodam Indonesia Curi As 60 Juta Dana Bantuan Covid 19 Kerajaan As

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 196 hits
2 penggodam Indonesia curi AS 60 juta dana bantuan Covid 19 kerajaan AS Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Apr
Pn Beli Jiwa Lebih Dua Juta Penjawat Awam Pesara Menjelang Aidilfitri

Pn Beli Jiwa Lebih Dua Juta Penjawat Awam Pesara Menjelang Aidilfitri

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 212 hits
FAZLI RADZIKerajaan Perikatan Nasional hari ini dilihat cuba membeli jiwa penjawat awam dan pesara kerajaan dengan pengumuman pemberian duit raya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri itu sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke ...
10 Juta Dilabur

10 Juta Dilabur

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 251 hits
Emas Fareha Sdn Bhd melabur RM10 juta bagi membuka rangkaian kedai emas pertamanya Emas Fareha di Bandar Saujana Putra Kuala Langat Selangor Harga emas sedikit lebih tinggi sebanyak 14 sen per gram hari ini Tidak ada berita besar untuk mend...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon