Kerajaan Peruntuk Rm25 Juta Transformasi Pasar Malam Pm


Oleh Afiq Mohd. Shah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil kesempatan berkunjung ke gerai peniaga dan penjaja kecil selepas merasmikan majlis sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2021 (HPPK 2021) dan pelancaran program Transformasi Pasar Malam, hari ini. KERAJAAN akan memperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi pelaksanaan Transformasi Pasar Malam secara berperingkat mulai tahun hadapan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam majlis sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2021 (HPPK 2021) dan pelancaran program Transformasi Pasar Malam, hari ini.
Menurut Perdana Menteri, program transformasi itu akan dilaksanakan di 50 tapak pasar malam utama seluruh negara.
Kata beliau, program Transformasi Pasar Malam yang diusahakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu mengetengahkan pelbagai elemen norma baharu.
Perdana Menteri memaklumkan, ia mementingkan komponen kesihatan dan keselamatan seperti penugasan ‘marshal pasar malam’ bagi meningkatkan kembali keyakinan rakyat.
“Dalam keadaan ekonomi domestik kembali rancak termasuk yang diusahakan oleh rakyat kumpulan penjaja dan peniaga kecil, kita harus juga beri perhatian bahawa suasana kini telah berubah.
“Untuk itu, semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kerajaan negeri diharap dapat mengadaptasi pendekatan transformasi tersebut di seluruh negara.
“Ini kerana pasar malam merupakan satu medan kepada rakyat mendapatkan keperluan harian dengan mengurangkan peranan orang tengah,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut hari ini.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil kesempatan ‘menarik’ teh tarik selepas merasmikan majlis sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2021 (HPPK 2021) dan pelancaran program Transformasi Pasar Malam, hari ini.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 seperti yang dipohon Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPKMM).
Beliau berkata, persatuan penjaja amat dekat di hatinya memandangkan beliau merupakan menteri bertanggungjawab ketika pertama kali persatuan penjaja dan peniaga kecil diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dahulu.
Malah, beliau merupakan menteri pertama yang merasmikan sambutan HPPK pertama pada tahun 2012.
“Saya dengan ini bersetuju untuk meluluskan peruntukan RM100,000 kepada persatuan penjaja seperti yang dipohon.
“Saya ingat nak mohon banyak lagi (sebab) saya nak lulus lagi. Insya-Allah, kalau ada keperluan tambahan, kita akan bagi lagi.
“Seperti yang saya kata tadi, persatuan penjaja ini ibarat anak saya kerana saya bapa yang pertama dahulu, walaupun dah ada bapa baharu tetapi bapa lama tak lupa anak dia.
“Insya-Allah saya akan terus membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil,” jelas beliau.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/kerajaan-peruntuk-rm25-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Peruntuk Rm25 Sehari Kepada Setiap Mangsa Banjir Di Pps

Kerajaan Peruntuk Rm25 Sehari Kepada Setiap Mangsa Banjir Di Pps

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 206 hits
BernamaMenurut MetMalaysia angin kencang timur laut berkelajuan 40 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3 5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur Pahang Terengganu dan Kelantan sehingga 7 Dis fotoBERNAMA PASIR MAS Kera...
Kerajaan Lulus Peruntukan Lebih Rm80 Juta Elaun Jkkk Sarawak

Kerajaan Lulus Peruntukan Lebih Rm80 Juta Elaun Jkkk Sarawak

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 312 hits
Oleh KERAJAAN meluluskan peruntukan lebih RM80 juta setahun bagi pembayaran elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Wilayah Sarawak Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Jemaah Kabinet pada 19 Novembe...
Rezeki Tersekat Ketika Pkp Peniaga Pasar Malam Pengusaha Teh Dan Rempah Ini Dah Mampu Tersenyum Mujur Ada Ncer

Rezeki Tersekat Ketika Pkp Peniaga Pasar Malam Pengusaha Teh Dan Rempah Ini Dah Mampu Tersenyum Mujur Ada Ncer

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 180 hits
PANDEMIK Cov1d 19 yang melanda sejak lebih setahun lalu ternyata membawa impak besar buat penduduk negara ini Sepanjang tempoh getir itu segelintir individu bagaikan kering air mata menangisi nasib diri serta perniagaan yang diusahakan mere...
Mana Transformasi Parlimen Penulis Politik Anggap Mou Ph Dan Kerajaan Sia Sia

Mana Transformasi Parlimen Penulis Politik Anggap Mou Ph Dan Kerajaan Sia Sia

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 179 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON November 25 2021 Penulis buku politik Mohd Sayuti Omar menganggap transformasi Parlimen yang diharapkan melalui perjanjian persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara Pakatan Harapan dan kerajaan adal...
Cara Buat Resipi Yong Tau Foo Versi Diet Sihat Tapi Sedap Macam Pasar Malam

Cara Buat Resipi Yong Tau Foo Versi Diet Sihat Tapi Sedap Macam Pasar Malam

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 264 hits
Sebut sahaja Yong Tau Foo terbayang kesedapan kuahnya dan dicelup panas panas dalam air mendidih di pasar malam Memang buat kita terliur Tak berkesempatan mencuba menu Yong Tau Foo pasar malam apa kata anda cuba hasilkan sendiri di rumah ve...
Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan Rm5 79 Juta

Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan Rm5 79 Juta

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 202 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang pada Isnin membentangkan Belanjawan 2022 bertemakan Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama Rakyat Sejahtera dengan anggaran lebihan RM5 79 juta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata melalui B...
Nasi Kerabu Daging Bakar Pasar Malam

Nasi Kerabu Daging Bakar Pasar Malam

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 274 hits
Assalamualaikum HAMPIR dua tahun berehat bekerja dari rumah Bila dah mula ke pejabat balik rutin kembali seperti dulu Setiap petang meredah sesaknya jalan Skudai hingga ke Pulai sampai rumah badan pun dah lemau Lepas mandi rasa nak terbongk...
Zakat Perniagaan Berjumlah Rm2 Juta Kepada 14 Negeri Dari Mcdonald S Malaysia

Zakat Perniagaan Berjumlah Rm2 Juta Kepada 14 Negeri Dari Mcdonald S Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 301 hits
Zakat Perniagaan Berjumlah RM2 Juta Kepada 14 Negeri Dari McDonald s Malaysia Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan jika ia telah memenuhi syarat syarat yang ditetapkan Hasil daripada perniagaan yang melibatka...
Video Prolog Jurassic World Dominion Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Video Prolog Jurassic World Dominion Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 339 hits
Universal telah mengeluarkan video prolog Jurassic World Dominion selama lima minit berserta poster terbaru Video prolog tersebut membawa penonton kembali ke 65 juta tahun ke masa lalu untuk merasai pengalaman dimana manusia masih belum wuj...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas