Kerajaan Pertimbang Tambah Bekalan Minyak Masak Paket Di Pasaran Runcit


 
Terdapat permintaan yang tinggi terhadap minyak masak paket ketika ini ekoran kenaikan harga minyak masak dalam kemasan botol, kata Salahuddin Ayub. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti tambahan jumlah kuota minyak masak paket yang kini ditetapkan sebanyak 60,000 tan atau 60 juta pek setiap bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub.
Menjawab pertanyaan Cha Kee Chin (PH-Rasah), Salahuddin berkata jumlah berkenaan tidak lagi dapat menampung permintaan di pasaran ketika ini.
Katanya, permintaan tinggi itu ekoran kenaikan harga minyak masak dalam kemasan botol, ditambah dengan harga minyak sawit mentah yang tinggi di pasaran pada RM4,200 ketika ini.
“Kementerian mengakui bahawa terdapat permintaan yang amat tinggi ke atas minyak masak paket bersubsidi ekoran daripada kenaikan harga minyak masak dalam kemasan botol yang mana harga minyak masak ini hanya dikawal dan tidak bersubsidi.
“Oleh demikian, kita pada masa ini sedang meneliti semula jumlah kuota yang bersesuaian untuk ditambah agar permintaan minyak masak bersubsidi dapat dipenuhi dalam masa yang singkat,” katanya di Dewan Rakyat.
Cha sebelum itu membangkitkan kesediaan kerajaan untuk menambah kuota bekalan minyak masak paket bersubsidi di pasaran runcit tempatan, agar bekalannya mencukupi.
Tambah Salahuddin, permintaan minyak masak paket ketika ini bukan saja daripada pengguna isi rumah, malah peniaga kecil dan industri mikro yang baru ingin bermula atau bangkit daripada pandemik Covid-19.
“Kita tidak boleh terlalu keras atau menguatkuasa isu ini kerana industri industri kecil dan sederhana (IKS) baru nak pulih.
“Kita terpaksa melakukan peranan timbang tara dalam keadaan cukup berhati-hati, keperluan isi rumah mesti dipenuhi tetapi permintaan dan desakan daripada golongan peniaga kecil mesti disantuni,” katanya.
Bagaimanapun, Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah berkata penambahan kuota minyak masak paket bersubsidi memerlukan penelitian yang rapi serta kesediaan kerajaan kerana ia memberikan implikasi kewangan besar.
“Sehubungan itu, segala faktor hendaklah diambil kira termasuk menilai semula mekanisme pemberian subsidi secara bersasar dan mekanisme harga dua peringkat bagi jualan minyak masak di pasaran sebelum keputusan mengenai penambahan kuota dapat dimuktamadkan.
“Sekiranya ianya diluluskan, mekanisme pengenalan diri hendaklah diwujudkan untuk memastikan pembelian minyak masak paket bersubsidi ini adalah pada kumpulan yang dikhaskan mengikut kuantiti yang telah ditetapkan,” katanya.
Pada 6 Dis, Salahuddin ketika mempengerusikan sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak Malaysia yang turut disertai wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berkata kerajaan sedang memperincikan cadangan, polisi dan mekanisme pelaksanaan harga dua peringkat (2-tiered pricing) bagi minyak masak.
Beliau berkata, cadangan dan polisi mengenai mekanisme pelaksanaannya akan diperincikan sehingga semua aspek diambil kira. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/02/kerajaan-pertimbang-tambah-bekalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasaran Minyak Global Menjangkakan Bekalan Akan Merosot Dan Permintaan Meningkat

Pasaran Minyak Global Menjangkakan Bekalan Akan Merosot Dan Permintaan Meningkat

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 119 hits
Harga minyak meningkat secara aktif pada Jumaat lalu semuanya disebabkan jangkaan pengurangan bekalan dari Rusia dan peningkatan permintaan di China Minyak mentah Brent untuk penghantaran April menokok 0 73 pada 82 81 setong di Bursa Hadapa...
Warga Singapura Berang Ditegur Isi Minyak Ron95 Netizen Gesa Kerajaan Ambil Tindakan

Warga Singapura Berang Ditegur Isi Minyak Ron95 Netizen Gesa Kerajaan Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 204 hits
Nampaknya isu lama yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia timbul kembali apabila seorang warga Singapura didakwa sengaja membeli petrol bersubsidi di negara ini yang lebih murah Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Twitter yang tu...
Kerajaan Sedang Pertimbang Perbaharui Lesen Memandu Selama 10 Tahun Anthony Loke

Kerajaan Sedang Pertimbang Perbaharui Lesen Memandu Selama 10 Tahun Anthony Loke

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 138 hits
Boleh dikatakan isu mengenai perbaharui lesen memandu sebelum tiba tarikh luputnya sering menjadi perdebatan dikalangan para pengguna Susulan itu Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke memaklumkan ketika ini banyak perkara yang sedang dibi...
Kerajaan Pertimbang Perketat Undang Undang Elak Rakyat Jadi Mangsa Tipu Kata Pm

Kerajaan Pertimbang Perketat Undang Undang Elak Rakyat Jadi Mangsa Tipu Kata Pm

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 210 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperketat undang undang bagi mengelak rakyat Malaysia daripada diperdaya sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara Beliau berkata orang ramai menjadi ma...
Bajet 2023 Kerajaan Tambah Rm500 Di Akaun 1 Pencarum Kwsp

Bajet 2023 Kerajaan Tambah Rm500 Di Akaun 1 Pencarum Kwsp

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 276 hits
Bajet 2023 Kerajaan Tambah RM500 Di Akaun 1 Pencarum KWSP Kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10 000 dalam akaun satu Perdana Menteri Datuk Seri ...
Benda Tak Populis Tapi Kerajaan Dah Tambah 500 Dalam Tabung Demi Nak Jaga Masa Depan Pencarum Yang Dah Tak Ada Duit

Benda Tak Populis Tapi Kerajaan Dah Tambah 500 Dalam Tabung Demi Nak Jaga Masa Depan Pencarum Yang Dah Tak Ada Duit

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 212 hits
Benda KWSP ini sensitif bagi sesetengah orang tapi ini cara Kerajaan Perpaduan hendak tolong mereka yang ada kurang dari RM10k dalam akaun 1 Jumlah 1 billion ini kalau masuk ke dalam market akan menyebabkan inflasi yang lebih teruk jadi car...
Ni Kerja Wee Ka Siong La Gamaknya Masa Jadi Menteri Tapi Kini Kerajaan Pertimbang Kembalikan Feri Ikonik Pulau Pinang

Ni Kerja Wee Ka Siong La Gamaknya Masa Jadi Menteri Tapi Kini Kerajaan Pertimbang Kembalikan Feri Ikonik Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 390 hits
Biarkan berdepan cabaran namun kerajaan Persekutuan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan semula perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata cabaran dihadapi pihaknya antara lain disebabkan terminal...
Pas Pertimbang Tawar Kerusi Dun Kepada Kj Kata Timbalan Presiden

Pas Pertimbang Tawar Kerusi Dun Kepada Kj Kata Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 123 hits
agendaily com17 02 2023Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man PAS mempertimbangkan kerusi Dewan Undangan Negeri yang sesuai untuk bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang T...
20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kek Lapis Penganan Pilah

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinda Dania Katana Chord

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60

Makan Kenduri Di Telok Panglima Garang

3 Beranak Ke Ikea Cheras