Kerajaan Persekutuan Perakui Aspirasi Sarawak Ceburi Industri Minyak Pm Anwar


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak memperakui aspirasi negeri itu yang berhasrat menceburi kegiatan industri minyak di negeri berkenaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata hasrat itu dipaparkan menerusi Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Pindaan) (DGO) dan berkuat kuasa pada 1 Mac 2025.
“DGO dibaca sekali dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), maka PETROS (Petroleum Sarawak Bhd) berperanan sebagai agregator di Sarawak,” kata beliau pada Sesi Penerangan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Isnin 17 Februari 2025.Menjelaskan selanjutnya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peranan itu tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan anak-anak syarikatnya.
“Ini bermakna PETRONAS akan mengekalkan semua perjanjian (obligasi berkontrak) domestik dan antarabangsa yang sedia ada,” kata Anwar.
Di bawah ordinan itu, PETROS dijamin memperoleh gas asli sehingga 1.2 bilion kaki padu sehari untuk keperluan domestik Sarawak dengan jaminan penambahan berdasarkan keperluan berikutnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Isnin 17 Februari 2025.Perdana Menteri berkata PETROS juga berhak meluaskan kegiatan yang baharu dan memanfaatkan kerjasama dengan PETRONAS.
“PETRONAS dan PETROS akan bergerak sederap (serentak) sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan negeri Sarawak; dan segala rundingan terperinci berikutnya akan mengekalkan manfaat dan kepentingan bersama mengikut prinsip komersial secara telus,” kata beliau.
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak juga, kata beliau, turut mengiktiraf Akta PDA 1974 sebagai Akta Persekutuan seperti yang tertera dalam peruntukan undang-undang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Persidangan China: Asia Tenggara 2025 pada 17 Februari 2025. Foto BernamaDalam pada itu, Perdana Menteri berkata PETRONAS telah menyempurnakan tugas dengan menjamin pengagihan kepada semua negeri.
Merujuk Sarawak, Anwar beliau berkata manfaat pembangunan industri minyak dan gas di Sarawak merangkumi pelaburan huluan dan infrastruktur berjumlah melebihi RM280 bilion sejak 1976.
“Daripada jumlah pelaburan huluan tersebut, dianggarkan lebih RM90 bilion nilai kontrak yang dibelanjakan dalam tempoh 10 tahun lepas (2014-2024).

“Syarikat vendor berdaftar dari Sarawak telah mendapat kontrak melebihi RM40 bilion dalam tempoh sama,” kata beliau.
Dari segi pulangan kewangan, Perdana Menteri berkata Sarawak telah menerima bayaran tunai sebanyak RM49 bilion (sehingga Disember 2024) bagi sumber petroleumnya serta bayaran cukai jualan sebanyak RM18.66 bilion sehingga suku ketiga 2024.
Sarawak turut memperoleh dividen sebanyak RM28.6 bilion sehingga Disember 2024 melalui pegangan saham “State Financial Secretary of Sarawak” (SFS) dalam Syarikat Kumpulan MLNG.

SFS merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah “State Financial Secretary (Incorporation) Ordinance, 1948,” kata Anwar.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/kerajaan-persekutuan-perakui-aspirasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Akan Pinda Akta Perhimpunan Aman Kata Anwar

Kerajaan Akan Pinda Akta Perhimpunan Aman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 111 hits
freemalaysiatoday com 13 Feb 2025 10 30 AMPerdana menteri berkata keperluan mendapat persetujuan penghuni bagi penganjuran perhimpunan seperti di bawah Seksyen 11 akta itu akan dikeluarkan Antara pindaan adalah mengeluarkan Seksyen 11 dalam...
Anwar Ulang Kerajaan Tak Campur Urusan Sprm Lhdn

Anwar Ulang Kerajaan Tak Campur Urusan Sprm Lhdn

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 160 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana mana pihak sebaliknya ia dilakukan bagi memastikan tatakelola yang baik di bawah pentadbirannya ...
Kerajaan Arah Bina Rumah Perumahan Rakyat Di Estet Pm Anwar

Kerajaan Arah Bina Rumah Perumahan Rakyat Di Estet Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 169 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan model unit rumah pada Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya di Kuala Selangor Selangor pada Sabtu 15 Februari 2025 Foto Afiq RazaliKUALA SELANGOR 15 Feb Kerajaan menga...
No Need To Support Me To Get Allocations Anwar Tells Pn

No Need To Support Me To Get Allocations Anwar Tells Pn

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 150 hits
Anwar Ibrahim said discussions on opposition funding are not new as he himself had gone through them when Ismail Sabri Yaakob was the prime minister BANGI Prime Minister Anwar Ibrahim says there has never been any condition for opposition M...
Sabah Sarawak Diramal Hujan Berterusan Hingga Esok

Sabah Sarawak Diramal Hujan Berterusan Hingga Esok

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 165 hits
Hujan berterusan diramalkan berlaku di Telupid Beluran dan Sandakan di Sabah manakala di Sarawak melibatkan Kuching Serian Samarahan Sri Aman Betong Sarikei Sibu dan Mukah KUALA LUMPUR Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di bebera...
Dr M Anwar Bohong Setiap Kali Buka Mulut

Dr M Anwar Bohong Setiap Kali Buka Mulut

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 120 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 22 2025 12 02 PMDr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim berbohong apabila menafikan pemimpin luar disekar dari bertemu bekas perdana menteri itu Dia boleh nafi tapi saya nasihat sudah sudah...
Time For Anwar To Pull Plug On Umno Bury Loonies

Time For Anwar To Pull Plug On Umno Bury Loonies

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 207 hits
Umno Malaysia s once mighty political titan is a rotting husk its veins clogged with the greed of its old guard the reckless bluster of its new blood and the fading echoes of its BN empire For decades Umno ruled with an iron fist its financ...
Discuss Not Accuse Says Anwar On Opposition Allocations

Discuss Not Accuse Says Anwar On Opposition Allocations

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 141 hits
BANGI Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has dismissed claims that the government is imposing conditions on the Opposition for allocations He said that discussions should take place without baseless accusations They have already accuse...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations