Kerajaan Persekutuan Meluluskan 11 Projek Kerajaan Negeri Kedah



BERITA BAIK UNTUK RAKYAT KEDAH!

KENYATAAN MEDIA

1. Kerajaan Persekutuan telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kedah dengan meluluskan 11 projek untuk dilaksanakan dengan segera. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan menyampaikan khabar gembira untuk rakyat Kedah ini melalui surat kepada saya minggu lepas.

2. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah meluluskan:
• Pembinaan Dewan Serbaguna di Pokok Sena
• Pembinaan semula Masjid Muadzam Shah dan dewan serta kerja-kerja berkaitan di Kuala Nerang
• Peruntukan tambahan khas bagi menyempurnakan sebuah dewan orang ramai di Taman Gurun Jaya, Gurun
• Pelaksanaan kerja-kerja tanah runtuh di Taman Selasih, Kulim
• Kerja baik pulih dan naik taraf masjid dan surau di Negeri Kedah
• Pembinaan sebuah masjid di Changlun
• Pembinaan semula Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu
• Pembinaan Kompleks Perniagaan / Bazar di Sungai Petani
• Kerja baik pulih Masjid Permatang Gedong di Kuala Muda

3. Kementerian Kewangan pula meluluskan :
• Projek “Off-River Storage” (ORS) Sungai Merbok, membina menara tangki dan mengganti paip air di Merbok dan Tanjung Dawai
• Kerja baik pulih Masjid Al-Fateh di Bandar Baharu

4. Projek-projek yang diluluskan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan menggunakan peruntukan Projek Khas Unit Perancang Ekonomi yang akan disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Projek baik pulih Masjid Al- Fateh di Bandar Baharu pula diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.

5. Kesemua 11 projek ini akan dilaksanakan secara tender terbuka dalam memberikan nilai faedah terbaik dan penjimatan selaras dengan tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa tanpa menjejaskan kualiti kerja.

6. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Kedah Darul Aman, saya merakam penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khasnya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di atas perhatian dan keprihatinan terhadap keperluan masyarakat dalam meluluskan projek-projek ini.

7. Semestinya, keputusan-keputusan tersebut mengambil kira pelbagai perkara, terutamanya memandangkan projek-projek tersebut bersifatkan peduli rakyat dan mensejahterakan masyarakat. Saya yakin kesemua projek ini dan projek-projek lain yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan memberi manfaat besar kepada rakyat dan menjamin kemakmuran Negeri Kedah.

DATO’ SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 24hb Disember 2018

#KedahSerataRata
#KedahAmanMakmur

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2018/12/kerajaan-persekutuan-meluluskan-11.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Halangan Dari Persekutuan Untuk Kedah Teruskan Projek Kxp Mukhriz Mahathir

Tiada Halangan Dari Persekutuan Untuk Kedah Teruskan Projek Kxp Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 180 hits
YAB Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan dalam sidang medianya kelmarin tiada halangan dari kerajaan Persekutuan untuk Kedah melaksanakan projek Lapangan Terbang Kulim dengan mempertimbangkan kaedah kaedah selain dari pembiayaan keraj...
11 Projek Infrastruktur Di Kedah Mendapat Kelulusan Putrajaya Mukhriz

11 Projek Infrastruktur Di Kedah Mendapat Kelulusan Putrajaya Mukhriz

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 169 hits
ALOR SETAR Kerajaan Persekutuan menerima rayuan Kedah dengan meluluskan 11 projek membina dan menaik taraf infrastruktur di negeri ini khususnya masjid untuk dilaksanakan segera melalui kaedah proses tender terbuka Menteri Besar Datuk Seri ...
Projek Tuna Kedah Akan Tubuh Armada Perikanan Laut Dalam

Projek Tuna Kedah Akan Tubuh Armada Perikanan Laut Dalam

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 305 hits
YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir meninjau Kapal laut dalam menangkap Tuna milik Luhaifeng Holding di Pelabuhan Tanjung Lembong Langkawi Projek ini dirancang ketika YAB Dato Seri melawat Pelabuhan Tuna milik Luhaifeng di Qingdao Chin...
Video Perwakilan Ppbm Minta Projek Dari Kerajaan Ph Masyuk Patbersatu2018

Video Perwakilan Ppbm Minta Projek Dari Kerajaan Ph Masyuk Patbersatu2018

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 390 hits
Hebat perwakilan PPBM Dia minta projek projek yang menggunakan Wang rakyat diberikan kepada Ketua Ketua Bahagian PPBM Apa dia ingat duit rakyat ni abah dia yang punya
Tabung Khairat Kematian Negeri Kedah

Tabung Khairat Kematian Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 676 hits
Untuk makluman kepada seluruh rakyat Negeri Kedah Kerajaan Negeri Kedah telah pon melancarkan TABUNG KHAIRAT KEMATIAN bermula pada 1 8 2018 yang lalu Untuk setiap kematian yang berlaku para waris si mati boleh lah memohon bantuan khairat ke...
Projek 99 East Hidup Kembali Selepas 11 Tahun Terbengkalai

Projek 99 East Hidup Kembali Selepas 11 Tahun Terbengkalai

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 247 hits
Projek Pelancongan 99 East secara rasminya dilancarkan pada Isnin lalu bakal menjadi tarikan baru di Langkawi Projek yang tertangguh sejak 11 tahun lalu akan dimulakan dengan fasa pertama melibatkan padang golf 18 lubang dan Forest Estate m...
Skandal Projek Jiwa Murni Apa Hubungan Tauke Sarawak Dengan Zahid Hamidi

Skandal Projek Jiwa Murni Apa Hubungan Tauke Sarawak Dengan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 329 hits
Projek Jiwa Murni ini hanya nampak cantik pada nama dan sedap didengar di telinga saja Di sebaliknya projek ini menyimpan pelbagai rahsia atau mungkin membuka pekung yang melibatkan bekas pemimpin nombor dua negara era BN dahulu Ahmad Zahid...
Dirikan Yayasan Bumn Hadir Untuk Negeri Menteri Rini Minta Bumn Bersinergi

Dirikan Yayasan Bumn Hadir Untuk Negeri Menteri Rini Minta Bumn Bersinergi

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 121 hits
Menteri BUMN Rini Soemarno yang ditunjuk sebagai pembina kepengurusan yayasan mengatakan sebanyak 22 BUMN tercatat sebagai anggota Yayasan BUMN Hadir Untuk Negeri Ia berharap BUMN dapat menjalankan fungsinya dalam meningkatkan kesejahteraan...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Jom Melabur Dalam Amanah Hartanah Bumiputera

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director

Bila Rasa Diri Lebih Mulia Berbanding Orang Lain



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord

Yoursay Time And Patience Running Out For Anwar

Put Targeted Subsidy Plan In Place Quickly To Combat Diesel Smuggling Govt Urged

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Koleksi Video Melawat Taiping 2024

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd