Kerajaan Persekutuan Malaysia 8488



Sedap lagi bunyi KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. BAHASA MELAYU dengan BAHASA MALAYSIA. 

Malaysia desak Laut China Selatan kekal dijadikan zon bebas
Masalah besar timbul jika kapal perang AS, China berlanggar 30 September lalu
 adminweb   21/10/2018 0 158   tempoh bacaan kurang dari 1 minit
  Kapal AS dan China yang hampir berlanggar di kawasan Spratly Island di Laut China Selatan

SINGAPURA, 12 Safar 1440H, Ahad – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, Malaysia akan terus mendesak supaya Laut China Selatan dikekalkan sebagai zon yang bebas daripada sebarang persaingan dan peningkatan ketenteraan.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, desakan itu akan terus dilakukan walaupun kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China memberi jaminan akan menjadikan laluan antarabangsa itu kawasan yang selamat.

Kebimbangan tercetus semula berikutan hampir berlaku perlanggaran dua kapal perang kedua-dua negara itu di Laut China Selatan pada 30 September lalu.

Katanya, saranan untuk mengekalkan Laut China Selatan sebagai kawasan yang aman telah dilakukan sejak daripada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein sehinggalah sekarang di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita mahu negara-negara kuasa besar menghormati Laut China Selatan adalah kawasan aman dan berkecuali,” katanya.

Mohamad yang berada di sini sejak 18 Oktober, mengulangi penegasan hubungan pertahanan yang baik dengan Singapura dalam lawatan pengenalan diri ke republik ini.

Beliau juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari mulai 19 Oktober.

Mohamad berkata, di forum terbuka, kuasa-kuasa besar ini sentiasa menyatakan mereka menghormati undang-undang perairan antarabangsa namun realiti adalah sebaliknya.

“Itu pengakuan mereka tetapi dalam realitinya kita lihat baru-baru ini hampir berlaku perlanggaran dua kapal perang di Laut China Selatan di kawasan Spratly Island. – Bernama
Malaysia desak Laut China Selatan kekal dijadikan zon bebas - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/21/malaysia-desak-laut-china-selatan-kekal-dijadikan-zon-bebas/
Tun M merajuk dengan sikap kasar pemandu teksi :'Kalau tak nak saya jadi PM, hari ini saya letak jawatan'
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya berkaitan isu e-hailing.

Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu sesi dialog yang diadakan bersama perdana menteri di Langkawi.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan Grab yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan mereka, lapor Berita Harian.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan...saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara...orang panggil balik, jadi saya datang.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum kejadian itu, Dr Mahathir berkata Grab akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan dan membayar insuran serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil.

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam kabinet. Saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

“Saya akan usaha lagi, saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan Grab, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan majlis perjumpaan itu kecoh apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Sekitar 10 pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.

Kekecohan itu berlaku sekitar dua minit sebelum reda.
at 10/21/2018 02:00:00 PTG
KERENGGA: Tun M merajuk dengan sikap kasar pemandu teksi :'Kalau tak nak saya jadi PM, hari ini saya letak jawatan'
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/10/tun-m-merajuk-dengan-sikap-kasar.html

Sunday, October 21, 2018
Setuju dengan Kadir Jasin menteri dan pegawai perlu masuk sekolah
REAKSI

CADANGAN A Kadir Jasin agar para menteri, timbalan menteri, menteri besar disekolahkan sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan Harapan sangat disokong.

Mungkin ayat digunakan Kadir itu kasar tetapi itulah hakikat yang berlaku kini. Ada menteri perlu di sekolah, bukan sekolah rendah sahaja, tetapi ada yang perlu masuk ke pra-sekolah.

Jika ada menteri, timbalan menteri, kurang cerdik, kekok, masih terpinga-pinga, terkial-kial untuk menjalankan tugas, kita tidak perlu kesal sangat, sebab hakikat yang kena sedar mereka adalah orang baharu yang cetek pengalaman sebagai pentadbir, pemimpin dan diplomatik kerajaan. Ini kita kena akui.
Pun begitu kekurangan itu bukan alasan untuk memaafkan mana-mana menteri yang lambat untuk jadi cerdik atau pun tidak tahu membaca, mengeja dan mengira.

Menteri persis ini adalah yang “benak”. Orang benak jika diajar berkali-kali pun payah untuk faham. Benak satu hal jika dicampur dengan sombong, jadi benak sombong lagilah sukar. Yang benak sombong ini tidak mahu mengaku kelemahan, tetapi masih perasaan dirinya pandai.

Pandangan dan kritikan Kadir itu harus diterima semua pihak kalau mahu melihat kerajaan hari ini bertahan lama. Daya tahan kerajaan dan usianya bergandung kepada rakyat. Bila rakyat terutamanya penyokong cemuh, marah, kerajaan boleh jatuh dalam sekelip mata sahaja. Rakyat bagaikan api yang
menyala akan membakar hangus apa yang ada.

Banyak aspek yang menteri baharu perlu disekolahkan. Dari sikap dan cara berfikir. Seperti kata Kadir untuk mengharap Dr Mahathir mendidik, bukan masanya lagi. Masa untuk mendidik sudah berlalu, sebab Dr M sudah pun “bersara” dari alam persekolahan, mengajar.

Makanya menteri kena belajar sendiri, ada inisitif untuk mempelajari sendiri seluk beluk pentadbiran, belajar berifkir untuk mencungkil idea-idea yang baik demi rakyat. Juga belajar untuk membuang gaya dan sifat yang memuakkan rakyat besar diri dan mula egois bila ada jawatan.

Untuk mengenal diri dan stail Dr Mahathir, sebelum ini saya pernah cadangkan agar menteri membaca buku DOKTOR UMUM - Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Dari buku itu banyak dapat dipelajari apa dilakukan Dr Mahathir dan juga mengenal dirinya sebagai seorang pemimpin yang sukses. Dari buku dapat mengenali beliau sebagai seorang Doktor, sebagai seorang PM, seorang rakyat biasa, seorang pemikiran dan segala-galanya.

Banyak ilmu-ilmu untuk muncul menjadi seorang menteri yang baik dan kredibale. Jalan dan ilmu pengetahuan dibentangkan dalam memoir itu sangat berguna.

Iya untuk mendapat dan mendampingi Dr Mahathir bagi mencungkil segala rahsianya, sudah tidak mungkin kerana batasan waktu dan keadaan. Tetapi bukulah menjadi penggantinya dan makenisme terbaik untuk mempelajari dan memikirkan tentang kesuksessannya menjadi PM 22 tahun. Nah baca. Saya tidak dapat pasti berapa ramai menteri yang sudah menghadam buku berkenaan. Atau masih ada tidak pernah dengar dan pegang buku berkenaan. Agak malang kalau ada sebagai seorang politik tidak mengambil peduli buku itu.

Dr Mahathir mungkin terfikir hal ini, — kelemahan dan kegagalan beberapa orang menterinya, tetapi masakan beliau perlu menyuruh dan memaksa orang membaca bukunya. Sepatutnya semua mengambil inisitif sendiri.

Saya percaya sudah ada sikap baharu dikalangan menteri kini selepas mereka menajdi menteri. Mereka belajar berdisiplin dan bekerja segigih Dr Mahathir Mohamad. Ini sudah bagus. Apa yang dirasai oleh seorang rakan saya yang jadi menteri, jelasnya bahawa beliau sedang diajar cara memimpin seperti Dr Mahathir.

Saya tidak perlu menuturkan apa-apa kelemahan yang ada kepada menteri, kerana sudah kerap kita menegurnya. Apa yang diluahkan dalam media sosial bukan semuanya bersifat dengki dan benci, tetapi ada kebenarannya. Malanglah kalau anda berasa lontaran dalam media massa mengenai anda sebagai benda remeh dan tidak level anda.

Dalam pada itu yang perlu belajar bukan sahajha menteri tetapi orang di sekeliling menteri juga — para pegawainya. Dari Setiausaha Sulit kepada setiausha politik, setisusaha akhbar dan pegawai khas harus, juga mereka semua kena belajar. Cukuplah belajar cara pakai tie atau cara berjalan, tetapi apa harus difikir dan dilakukan melengkapkan anda sebagai seorang pegawai membantu jaya menteri bukan menambah kelemahan dan keburukan menteri.

Jika anda juga macam menteri anda, kurang pengalaman, cari dan temuilah bekas-bekas pegawai atau setiausaha menteri untuk menimpa ilmu daripada mereka. Jaya dan gagal menteri terletak kepada sejauh mana peranan dfan fungsi anda. Trims. [wm.kl.1.30 am 21/10/18]

Posted by mohd sayuti Omar at 1:31:00 PM
.: Setuju dengan Kadir Jasin menteri dan pegawai perlu masuk sekolah
https://msomelayu.blogspot.com/2018/10/setuju-dengan-kadir-jasin-menteri-dan.html

‘Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu?’
Masih ramai Ahli Parlimen gagap apabila berbahasa Melayu
 ainulillia  21/10/2018  1,515  1 minit anggaran tempoh bacaan
Oleh Ainul Illia Meor SuzurudinBANGI, 12 Safar 1440H, Ahad – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya meluahkan rasa terkilan apabila terdapat beberapa seruan yang menggesa orang Melayu menguasai bahasa lain, namun seruan yang sama tidak ditujukan kepada bangsa Cina yang nyata masih lemah dalam bahasa Melayu.
Aminuddin dalam satu kenyataan menegaskan, adalah tidak menjadi masalah buat orang Melayu untuk menguasai bahasa asing.
Malah, katanya, Islam turut menggalakkan umatnya untuk menimba apa saja ilmu yang baik termasuk penguasaan pelbagai bahasa.
“Cuma saya terkilan, kenapa seruan yang sama tidak disarankan kepada orang Cina untuk belajar bahasa Melayu? Berapa ramai orang Cina yang tidak fasih malah ada yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu.
“Di kalangan Ahli Parlimen juga kita boleh lihat ramai yang gagap dan tersasul menggunakan bahasa Melayu.“Tun M menyeru orang Melayu belajar dan menguasai bahasa Inggeris. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyeru supaya belajar bahasa Mandarin.
“Sekilas lalu memang tidak ada apa-apa masalah dengan seruan seperti ini. Tetapi pada sisi yang lain, ia dilihat seolah-olah perjuangan bahasa Melayu tidak lagi menjadi agenda penting kerajaan.
“Saya berkata demikian kerana kedua-duanya adalah pemimpin dan bakal pemimpin disebuah negara majoriti Melayu. Tanah ini Tanah Melayu. Raja-rajanya pula orang Melayu. Tapi pemimpinnya memperjuangkan bahasa asing,” katanya.
Semalam, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Seminar Kebangsaan Visi Islam dalam Aspirasi Malaysia Baharu di Nilai, menggesa anak Melayu perlu menguasai bahasa Cina.
Ini kerana, katanya, ia merupakan bahasa ekonomi yang penting pada masa ini.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, setiap pemimpin harus berhati-hati dalam mengemukakan saranan dalam usaha untuk membuat perubahan.
“Jangan sampai bangsa sendiri tergadai. Bak kata pepatah ‘Bahasa melambangkan Bangsa’.
“Bagaimana kalau bahasa Melayu tidak lagi diperkasakan? Bagaimana jadinya identiti orang Melayu? Adakah ini penghakisan secara halus bangsa Melayu kepada Bangsa Malaysia? Adakah ini dikatakan Malaysia Baharu?
“Kalau kita sendiri tidak memuliakan bahasa kita sendiri maka bagaimana bangsa lain akan hormat dengan kita.
“Kalau kita ke luar negara kita dipaksa berbahasa mereka tetapi kalau mereka datang ke negara kita, mereka tak mahu berbahasa Melayu,” katanya.
‘Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu?’ - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/21/kenapa-tak-seru-orang-cina-kuasai-bahasa-melayu/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/10/kerajaan-persekutuan-malaysia-8488.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Jamin Bantu Warga Malaysia Berdepan Hukuman Mati Di Luar Negara

Kerajaan Jamin Bantu Warga Malaysia Berdepan Hukuman Mati Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 375 hits
Kerajaan jamin bantu warga Malaysia berdepan hukuman mati di luar negara Dikemas kini 28 minit yang lalu middot Diterbitkan p
Kelantan Tarik Balik Saman Terhadap Petronas Kerajaan Persekutuan

Kelantan Tarik Balik Saman Terhadap Petronas Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 283 hits
Kelantan tarik balik saman terhadap Petronas kerajaan persekutuan nbsp Dikemas kini 12 minit yang lalu middot Diterbitkan p
Rancangan Malaysia Kesebelas Adalah Hasil Usaha Kerajaan Bn Ds Najib

Rancangan Malaysia Kesebelas Adalah Hasil Usaha Kerajaan Bn Ds Najib

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 480 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam tonggak kajian yang terdapat dalam laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas semuanya adalah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional Menurut beliau yang juga ...
Ekonomi Malaysia Merundum Kerajaan Ph Kena Berhenti Cipta Alasan Dan Mula Bekerja

Ekonomi Malaysia Merundum Kerajaan Ph Kena Berhenti Cipta Alasan Dan Mula Bekerja

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 314 hits
Exco Pemuda UMNO Malaysia Shahrul Nasrun Kamarudin berkata kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan perlu berhenti mencari salah kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional dan harus segera mula bekerja Jelas beliau ini penting demi membukti...
Kerajaan Persekutuan Beri Pinjaman Rm22 5juta Kepada Kelantan

Kerajaan Persekutuan Beri Pinjaman Rm22 5juta Kepada Kelantan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 356 hits
iklan penaja PUSAT JUALAN TONE EXCEL Kerajaan Persekutuan telah memberi pinjaman sebanyak RM22 5 juta kepada kerajaan negeri Kelantan tahun ini kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Katanya pemberian pinjaman yang dipohon pada Jun lepas adalah...
Mahkamah Tinggi Isytihar Kapal Equanimity Milik Kerajaan Malaysia

Mahkamah Tinggi Isytihar Kapal Equanimity Milik Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan kapal mewah Equanimity sebagai milik kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad selepas pemilik berdaftar gagal hadir untuk menuntut kapal itu dan kerajaan kini boleh men...
Pelancaran Max Factor Di Malaysia Dengan Kempen Unlockingrealwomen Bersama Dutanya Lisa Surihani

Pelancaran Max Factor Di Malaysia Dengan Kempen Unlockingrealwomen Bersama Dutanya Lisa Surihani

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 508 hits
Hi Korang Meh citer pasal event ni ek memang cantiklah tempat ni Jalan Tangsi Ini kali pertama kak lily je Beauty House di Jalan Tangsi ni sempena majlis pelancaran jenama kosmetik Max Factor di Malaysia Wah sangat sangat cantik tempatnya a...
Policystreet Menawarkan Insurans Terbaik Di Malaysia Serendah Rm5 Sebulan

Policystreet Menawarkan Insurans Terbaik Di Malaysia Serendah Rm5 Sebulan

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 595 hits
Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5 Sebulan PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemamp...
Liga Bolasepak Kdm Malaysia Kembali

Liga Bolasepak Kdm Malaysia Kembali

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 526 hits
LIGA BOLASEPAK KDM MALAYSIA KEMBALIPeter dan Frankie bergambar bersama piala kemenangan Liga Bola Sepak KDMM pada kunjungan berkenaan Gambar SNT Alfred PetrusKOTA KINABALU Liga Bola Sepak KDM Malaysia kini kembali selepas tiga tahun kejohan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game